democracy

Will Muhyiddin emulate the example of Tun Hussein Onn and convene an emergency meeting of Parliament this month to secure a vote of confidence in him as Prime Minister to establish that he is a legitimate Prime Minister?

By Kit

March 04, 2020

Adakah Tan Sri Muhyiddin akan mencontohi tauladan Tun Hussein Onn dan mengadakan satu sidang khas Parlimen dalam bulan ini untuk memastikan beliau mempunyai kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai legitimasi?

Sidang Parlimen yang telah dijadualkan untuk berlangsung pada hari Isnin 9 Mac depan telah ditangguhkan kepada 18 Mei 2020.

Perkara ini telah ditafsirkan sebagai satu “tanda kelemahan” di mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tidak mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang sah.

Persidangan Parlimen dalam bulan puasa ini menimbulkan pelbagai tanda tanya memandangkan ini adalah kali pertama dalam sejarah negara Parlimen bersidang dalam bulan puasa.

Mengapakah tidak dijadualkan persidangan Parlimen ini untuk ditangguhkan sebelum bermulanya bulan puasa, yang dijangkakan bermula pada 25 April 2020?

Jika minggu pertama persidangan Parlimen di bawah Muhyiddin ini perlu juga diadakan dalam bulan puasa sekalipun, adakah beliau bersedia untuk mencontohi tauladan Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang telah memanggil satu mesyuarat khas Parlimen pada 26 Januari 1976 — hanya 11 hari selepas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri selepas pemergian Tun Razak — untuk memastikan yang beliau mempunyai kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk memimpin negara?

Urusan Parlimen berlangsung seperti biasa dengan upacara pembukaan Parlimen pada 30 Mac 1976 selepas undi kepercayaan kepada beliau ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Pada hari ini jugalah Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pekan yang baharu.

Empat puluh empat tahun yang lalu, tidak timbul sebarang ragu-ragu mahupun persoalan mengenai sokongan terhadap kepimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri oleh majoriti ahli-ahli Parlimen.

Tetapi hari ini, situasinya kelihatan sangat berbeza, di mana rakyat Malaysia, termasuklah mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh tidak yakin Tan Sri Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

Adakah beliau bersedia untuk memanggil satu sidang khas Parlimen dalam bulan Mac, seperti yang telah dilakukan oleh Tun Hussein Onn dalam keadaan sebegini, untuk memastikan beliau mempunyai kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu 4 Mac 2020)

=============================

The parliamentary meeting scheduled to meet for a month from Monday, March 9, 2020 has been postponed till May 18, 2020.

This has been interpreted as “a sign of weakness” that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin does not have the majority support of Members of Parliament to be a legitimate Prime Minister of Malaysia.

The holding of Parliament during the puasa month raises eyebrows as it must be the first time in the nation’s history of over six decades that Parliament is meeting during puasa month.

Why can’t Parliament be convened to end its meeting before the start of puasa month, which is expected to begin on April 25, 2020?.

Even if the first working meeting of Parliament under Muhyiddin has to be held during puasa month, is Muhyiddin prepared to emulate the example of the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, who had convened an emergency meeting of Parliament on January 26, 1976 – eleven days after his appointment as the third Prime Minister of Malaysia on the death of Tun Razak – to demonstrate that he had the confidence of the majority of the Members of Parliament?

It was only after a vote of confidence in him as Prime Minister of Malaysia was passed by Dewan Rakyat on January 26, 1976 that Parliament went on with its ordinary business with the annual opening of Parliament fixed on 30th March 1976, which had as its first working business the oath-taking ceremony of the then new MP for Pekan, Najib Tun Razak!

Forty-four years ago, there was no doubt or question about majority support of Members of Parliament in Tun Hussein Onn as the Prime Minister of Malaysia.

But today, it is very different, as Malaysians, including the fourth and seventh Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad, do not believe that Muhyiddin enjoys majority support of Members of Parliament.

Is Muhyiddin prepared to convene an emergency meeting of Parliament in March itself, as Tun Hussein undoubtedly would have done in the present circumstances, to secure a vote of confidence from Members of Parliament?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 4th March 2020)