Lim Kit Siang

Who will believe that the 42 BN MPs and 18 Pas MPs now support Pakatan Harapan 14GE Manifesto and the arrest and trial of Najib and former top BN leaders – and if so, will they make such a declaration?

Siapakah yang akan percaya 42 MP BN dan 18 MP PAS kini menyokong manifesto PRU14 Pakatan Harapan dan penangkapan Najib dan pimpinan BN — dan jika benar, adakah mereka akan mengumumkan perkara ini?

Parlimen dijadualkan untuk bersidang semula pada 9 Mac ini dan tarikh ini juga menandakan bulan ke-21 selepas pilihan raya bersejarah 9 Mei 2018, di mana seluruh dunia telah menyaksikan kepimpinan Malaysia dalam memperbaharui harapan dalam sistem demokrasi sedangkan berbagai negara menyaksikan pengunduran sistem demokrasi memberi ruang kepada rejim autokratik dan kleptokratik.

Namun begitu, adakah kerajaan Pakatan Harapan akan masih wujud pada 9 Mac 2020 ini, atau adakah kita dan seluruh dunia bakal menyaksikan Malaysia dalam satu keadaan yang buruk dan zalim di mana mandat rakyat yang diberikan pada 9 Mei 2018 untuk menyelamatkan negara ini dikhianati oleh sebuah kerajaan pintu belakang yang menggunakan nama Pakatan Harapan untuk membunuh Pakatan Harapan dan untuk menghalalkan kepulangan kleptokrasi ataupun lebih teruk lagi, kemunculan kakistokrasi di mana anasir yang paling teruk, paling tidak berkelayakan, dan paling tidak berprinsip menduduki jawatan tertinggi negara?

Dalam memperkenalkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, Buku Harapan, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir pada 8 Mac 2018 telah mengatakan:

“Buku ini mengandungi janji-janji Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia mengenai langkah-langkah yang akan diambil apabila kami mengambil alih pemerintahan.

“Ini adalah polisi dan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memberikan negara ini rawatan yang diperlukan, untuk membina semula negara dan untuk memenuhi harapan rakyat.

“Bagi pihak semua di Pakatan Harapan, dengan penuh rendah diri dan tawakkal kepada Allah SWT, saya tawarkan diri kami untuk memikul tanggungjawab yang berat ini untuk menyelamatkan negara kita.

“Kami merayu kepada rakyat untuk memberikan kami peluang untuk menunjukkan kebolehan kami dan membantu negara kita.

“Dengan penerbitan buku ini, kami juga dengan rendah diri berikrar yang kami bersedia untuk dinilai oleh rakyat mengenai sejauh mana kami berjaya mengotakan janji-janji ini apabila kami berada di dalam kerajaan.

“Jika kami gagal atau mungkir kepada janji-janji ini, maka tolaklah kami dalam pilihan raya yang akan datang.”

Adakah rakyat Malaysia kini akan percaya bahawa kesemua 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (39 UMNO, 2 MCA, dan 1 MIC) dan 18 Ahli Parlimen PAS kini menyokong manifesto PRU14 Pakatan Harapan dan penangkapan Najib dan pimpinan BN — dan jika benar, adakah mereka akan mengumumkan perkara ini?

Adakah mereka juga akan menyatakan sokongan mereka kepada Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 yang menyeru kepada:

a) Penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui cara yang menolak keganasan dan sah disisi undang-undang;

b) Penyingkiran semua yang telah bersekongkol dengan beliau;

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baharu yang mencabul hak asasi seperti yang dilindungi di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan pilihan polisi, dan;

d) Pemulihan integriti institusi-institusi negara yang telah dirosakkan seperti polis, SPRM, Bank Negara, dan PAC;

Adakah mereka kini menyokong seruan Deklarasi Rakyat kepada “semua rakyat malaysia, tanpa mengira kaum, agama, pegangan politik, kepercayaan, mahupun parti, muda dan tua” untuk “menyelamatkan negara dan membuka jalan kepada reformasi institusi dan demokrasi yang amat diperlukan, dan memulihkan prinsip-prinsip utama pembahagian kuasa di antara cabang eksekutif, legislatif, dan kehakiman, yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, professionalisme, dan integriti institusi-institusi awam kita”?

Bukankah penumbangan kerajaan Pakatan Harapan dan penyelewengan agenda Pakatan Harapan untuk sebuah Malaysia Baharu ini kerja-kerja pengkhianatan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk sebuah Malaysia Baharu pada 9 Mei 2018?

Saya terkejut dengan mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan pengkhianatan mandat yang diberikan rakyat ini.

Selain daripada pemimpin mereka, saya menyeru kepada semua yang terlibat dengan pengkhianatan ini untuk memperingati dan menghormati mandat mulia yang diberikan oleh rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018, dan untuk berhenti dan pulang ke jalan yang benar yang berasaskan kejujuran, prinsip, amanah, dan tanggung jawab untuk memperjuangkan agenda Pakatan Harapan bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan memenuhi mandat Malaysia Baharunya.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa 25 Februari 2020)

===========================================

Parliament is scheduled to meet on March 9th, which also marks 21 months from the historic decision of Malaysian voters on May 9, 2018, when the world sat up and noticed that Malaysia can lead the world in renewing hope in democracy when for over a decade in the world, democracy had been in retreat losing out to autocratic and kleptocratic regimes.

But will there be a Pakatan Harapan Government by March 9, 2020, or Malaysians and the world will observe another Malaysian infamy, ignominy and iniquity, where the historic decision of May 9, 2018 to Save Malaysia from the fate of a failed, rogue and kleptocratic state will be hijacked and perverted by a back-door government, using the name of Pakatan Harapan to kill Pakatan Harapan, and to justify not only the reversion to a global kleptocracy but even worse, the advent of a kakistocracy where the worst, the most unscrupulous and the most unprincipled elements of society occupy the high offices of state in the nation?

In introducing the Pakatan Harapan 14th General Election Manifesto, the Buku Harapan, the Pakatan Harapan Chairman Tun Dr. Mahathir Mohamad on 8th March 2018 said:

“This book contains Pakatan Harapan’s promises to the people of Malaysia on the steps we will take when we become the government.

“These are the policies and actions that we will implement to give this country the treatment that it needs, to REBUILD THE NATION and to FULFIL THE HOPE of the people.

“On behalf of everyone in Pakatan Harapan, with humility and in full submission to Allah SWT, I offer ourselves to shoulder the heavy responsibility of saving the country.

“We appeal to the people to give us a chance to showcase our abilities and to help the country.

“With the publication of this book, we also humbly pledge that we are willing to be judged by the people on how far we fulfil our promises when we are in government.

“If we fail or if we break our promises, by all means reject us in the next general election.”

Are Malaysians now suddenly to believe, for instance, that the 42 Barisan Nasional MPs (39 UMNO, 2 MCA and 1 MIC) and 18 PAS MPs now support Pakatan Harapan 14GE Manifesto and the arrest and trial of Najib and former top BN leaders – and if so, will they make such a declaration?

Will they now also declare support for the Malaysian Citizens’ Declaration of 4th March 2016 which declared for

a) The removal of Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia through non-violent and legally permissible means;

b) The removal of all those who have acted in concert with him;

c) A repeal of all the recent laws and agreements that violate the fundamental rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices and

d)A restoration of the integrity of the institutions that have been undermined, such as the police, the MACC, Bank Negara and the PAC;

Are they now in support of the Citizen’s Declaration’s call on “all Malaysians, irrespective of race, religion, political affiliation, creed or parties, young and old”, to “save the nation and pave the way for much needed democratic and institutional reforms, and to restore the important principle of the separation of powers among the executive, legislature and judiciary which will ensure the independence, credibility, professionalism and integrity of our national institutions”?

Isn’t the toppling of the Pakatan Harapan Government and the hijacking and perversion of Pakatan Harapan Agenda for a New Malaysa the work of traitors, an unforgivable betrayal of the trust and mandate of the voters of Malaysia who had voted for a New Malaysia on May 9, 2018?

I am shocked by those involved in the hijacking and perversion of the Malaysian people’s mandate of May 9, 2018.

Apart from the ringleaders, I urge all who had been involved to remember and respect the solemn and courageous mandate of the people for a New Malaysia on May 9, 2018, to desist at the brink of the precipice and to return to the path of honesty, principle, trust and responsibility to defend the Pakatan Harapan Agenda so that the Pakatan Harapan Government could discharge its mandate of a New Malaysia.

[Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, 25th February 2020]

Exit mobile version