Pembohongan dan ucapan kebencian daripada Asyraf adalah satu ancaman terhadap maruah orang Melayu dan rakyat Malaysia dan menjadi satu sebab perlunya untuk satu tindakan yang tegas untuk mengekang berita palsu dan ucapan kebencian — yang menghasut polarisasi antara kaum dan agama — daripada terus memusnahkan Malaysia
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan telah mendedahkan bahawa kenyataan Ketua Pemuda UMNO berkenaan “10 alasan kenapa Perdana Menteri Dr Mahathir wajar singkirkan DAP dan PKR” gagal untuk melepasi ujian fakta kerana tidak dapat disokong dengan sebarang bukti sokongan. Namun begitu, perkara ini tidak menghentikan penyebaran berterusan berita palsu dan ucapan kebencian yang bertujuan untuk menghasut polarisasi antara kaum dan agama dalam Malaysia pasca PRU-14.
Ambiga berkata beliau mempunyai 50 alasan mengapa UMNO tidak perlu kembali berkuasa. Kini alasan itu bertambah kepada 51.
Penyebaran penipuan, berita palsu dan ucapan kebencian untuk menghasut polarisasi dan konflik antara kaum dan agama kelihatan seperti sudah menjadi satu-satunya strategi pihak Pembangkang untuk melawan usaha Pakatan Harapan untuk dalam menjayakan sebuah Malaysia Baharu yang menjadi negara terulung berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti.
Saya pernah berharap Kongres Maruah Melayu dapat menjadi perintis untuk satu kempen yang melibatkan semua rakyat Malaysia untuk mencapai Zaman Kegemilangan Malaysia sebagai negara terulung berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti serta membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia adalah kisah kejayaan pertemuan empat tamadun besar dunia – Melayu / Islam, Cina, India dan Barat – bukannya menjadi gagal kerana Konflik Peradaban.
Harapan ini ternyata silap.
Pun begitu, mereka yang berharap bahawa Kongres Maruah Melayu akan membantu memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan pasti berasa kecewa, dan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, mesti terus bersatu, setia kepada prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara, patriotik, matang, berwawasan terhadap sebuah Malaysia menjadi negara terulung dan tidak pernah putus harapan dalam menetapkan semula dasar pembangunan negara untuk mencapai Malaysia Baharu.
Satu contoh yang baik adalah cadangan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Mohamad Hasan kepada Mahathir untuk membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan bekerjasama dengan Umno dan PAS demi perpaduan Melayu selepas Kongres Maruah Melayu dan penolakan segera Mahathir terhadap cadangan itu.
Kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan tidak sesuai untuk kerajaan terdiri daripada ahli-ahli satu kaum sahaja sangat tepat sekali.
Beliau menambah: “Kami tidak berminat untuk membentuk kerajaan baru. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan sejak merdeka kita mempunyai kerajaan dengan semua kaum di dalamnya.
“Ini adalah realiti negara ini dan semua kaum mempunyai hak di negara kita.”
Amat malang dan menyedihkan apabila Kongres Maruah Melayu ini telah mengeluarkan resolusi sepertimana “10 Alasan” Asyraf, yang tidak berpandukan fakta dan kebenaran.
Bagaimana maruah sesuatu kaum atau bangsa boleh dipulihkan jika agendanya didasari dengan pembohongan, berita palsu dan ucapan kebencian?
Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, harus merenung cabaran masa depan dan bukannya disesatkan oleh gambaran masa lepas yang mengelirukan diasaskan berita palsu dan ucapan kebencian.
Berikut adalah ulasan Bank Dunia mengenai pembangunan ekonomi China sempena ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China:
“Sejak memulakan pembaharuan pasaran pada tahun 1978, China telah beralih dari satu perancangan ke arah ekonomi yang lebih berpusatkan pasaran dan telah mengalami perkembangan ekonomi dan sosial yang pesat. Pertumbuhan purata KDNK adalah sekitar 10% setahun — pengembangan yang paling pesat oleh ekonomi utama dalam sejarah — dan lebih daripada 850 juta orang telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan. China mencapai semua Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) menjelang 2015 dan memberi sumbangan besar kepada pencapaian MDGs di seluruh dunia. Walaupun pertumbuhan KDNK China secara beransur-ansur perlahan sejak 2012, seperti yang diperlukan untuk peralihan kepada pertumbuhan yang lebih seimbang dan mampan, ia masih agak tinggi berdasarkan piawaian global semasa.
Dengan populasi seramai 1.4 bilion, China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia. Ia telah menyumbang sekitar 30% pertumbuhan global dalam lapan tahun yang lalu.
“Walaupun China telah mengalami pembangunan ekonomi dan sosial yang mengagumkan, pembaharuan pasarannya tidak lengkap, dan pendapatan per kapitanya kekal seperti negara sedang membangun dan hanya kira-kira satu perempat daripada purata untuk negara berpendapatan tinggi. Negara ini berada di landasan untuk menghapuskan kemiskinan mutlak menjelang 2020 mengikut piawai kemiskinan semasa China (pendapatan isi rumah luar bandar per kapita bersih RMB 2,300 per tahun setakat 2010). Pun begitu, masih terdapat kira-kira 372.8 juta orang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan “menengah keatas” antarabangsa $5.50 sehari.
“Kemajuan ekonomi yang pesat juga membawa banyak cabaran, termasuk kesenjangan yang tinggi (terutamanya di antara kawasan luar bandar dan bandar), cabaran terhadap kelestarian alam sekitar, dan ketidakseimbangan luar. China juga menghadapi tekanan demografi yang berkaitan dengan populasi yang semakin tua dan penghijrahan buruh dalaman.
“Pertumbuhan ekonomi China berkembang pesat melebihi kadar pembangunan institusi, dan terdapat jurang antara institusi penting dan pembaharuan yang perlu ditangani bagi memastikan laluan pertumbuhan yang mampan. Pelarasan dasar yang ketara diperlukan untuk pertumbuhan China yang mampan. Menguruskan pembaharuan struktur dan risiko yang berkaitan tidak akan memberi kesan langsung berikutan kekompleksan, saiz, dan kepentingan ekonomi global China.”
Empat puluh tahun yang lalu pada tahun 1978, KDNK per kapita Malaysia adalah lebih sepuluh kali ganda daripada China. Kini, China hampir memintas KDNK per kapita Malaysia – seperti yang dinyatakan dalam kedudukan negara-negara berasaskan KDNK per kapita (IMF) 2018, China diletakkan di kedudukan ke-67 daripada 156 negara dengan KDNK per kapita US$9,608 berbanding dengan kedudukan ke-63 bagi Malaysia dengan KDNK per kapita US$10,942.
Bukankah ini sepatutnya menjadi salah satu agenda utama Kongres Maruah Melayu tentang mengapa Malaysia tewas dalam persaingan pembangunan ekonomi, tewas bukan hanya kepada China, tetapi kepada negara-negara lain termasuk India, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Vietnam, malahan Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan – dan apakah rupa bentuk masa depan Malaysia jika rakyat Malaysia sendiri tidak bersedia untuk membantu diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar untuk berjaya?
Harapan untuk mengembalikan maruah Melayu tersasar, sebaliknya, Kongres Maruah Melayu telah membawa penghinaan, keaiban dan malu yang lebih besar kepada orang Melayu dan Malaysia apabila tidak ada seorang pun dalam kongres berkenaan membangkitkan tentang keabaiban besar yang dialami Malaysia selama berdekad lamanya ekoran digelar sebagai kleptokrasi global.
Pembohongan, kepalsuan, berita palsu dan ucapan kebencian tidak boleh mengembalikan maruah mana-mana kaum.
“10 Sebab” yang diberikan Asyraf telah membenihkan berita palsu dan ucapanan kebencian yang baru yang direka untuk menghasut polarisasi dan konflik antara kaum dan agama – menyalahkan DAP tentang isu ICERD dan Statute Rom, ketika para pemimpin DAP sendiri terkejut dengan perkembangan kedua-dua isu berkenaan.
Pembohongan Asyraf, berita palsu dan ucapan kebencian adalah ancaman nyata terhadap maruah Melayu dan Malaysia serta menjadi sebab mengapa tindakan pembetulan yang tegas diperlukan dan penting bagi mengelakkan berita palsu dan ucapan kebencian — yang menghasut polarisasi antara kaum dan agama — daripada terus memusnahkan Malaysia.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Parlimen pada Selasa, 8 Oktober 2019)
=================================
Former Malaysian Bar President, Datuk Ambiga Sreenevasan’s expose that UMNO youth Chief Asyraf Wajdi Dusuku’s “10 reasons for Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad to remove DAP and PKR from power” failed the fact-check test which produced no evidence to support them will not discourage the continued dissemination of lies, fake news and hate speech and more lies, more fake news and more hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict in post-14 GE Malaysia.
Ambiga said she had 50 reasons why UMNO should never come back to power. Now she had 51.
The spread of lies, fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict seemed to be the only strategy of the Opposition to counter the promises of Pakatan Harapan for a New Malaysia to become a top world-class nation of unity, justice, freedom, excellence and integrity.
I had hoped that the Malay Dignity Congress could lead the way for a Malaysian campaign to achieve a Golden Age for Malaysia as a top world-class nation of unity, justice, freedom, excellence and integrity and prove to the world that Malaysia is a success story from the confluence of the four great civilisations in the world – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – instead of a basket-case of a failure from the Clash of Civilisations.
These hopes were misplaced.
But those who had had hoped that the Malay Dignity Congress would help to destroy the Pakatan Harapan government had been disappointed, and Malaysians, regardless of race, religion or region, must continue to be united, loyal to the principles of the Constitution and Rukunegara, patriotic, mature, visionary about Malaysia becoming a top world-class nation and never lose hope in resetting nation-building policies to achieve a New Malaysia.
A good example is the proposal by the Umno deputy president Datuk Mohamad Hasan to Mahathir to pull Bersatu out of Pakatan Harapan and team up with Umno and PAS for the sake of Malay unity in the aftermath of the Malay Dignity Congress and Mahathir’s immediate dismissal of the proposal.
Mahathir rightly said that Malaysia is a multi-racial country and it will not be right for the government to consist of members of one race.
He added: “We are not interested in forming a new government. Malaysia is a multi-racial country and since independence we have had government with all races in it.
“This is a reality of this country and all the races have rights in our country.”
It is most unfortunate and depressing that the Malay Dignity Congress has come out with resolutions which llke Asyraf’s “10 Reasons” do not stand up to any fact-check or scrutiny.
How can any restoration of dignity or any race or nation be based on lies, fake news and hate speech?
Malaysians, regardless of race or religion, must look into the challenges of the future instead of being misled by a misleading image of a past based on fake news and hate speeches.
This is the World Bank’s commentary on China’s economic development on the occasion of the 70th anniversary of the Chinese People’s Republic:
“Since initiating market reforms in 1978, China has shifted from a centrally-planned to a more market-based economy and has experienced rapid economic and social development. GDP growth has averaged nearly 10% a year—the fastest sustained expansion by a major economy in history—and more than 850 million people have lifted themselves out of poverty. China reached all the Millennium Development Goals (MDGs) by 2015 and made a major contribution to the achievement of the MDGs globally. Although China’s GDP growth has gradually slowed since 2012, as needed for a transition to more balanced and sustainable growth, it is still relatively high by current global standards. “With a population of 1.4 billion, China is the world’s second largest economy. It has contributed around 30% of global growth in the past eight years. “Although China has made impressive economic and social development gains, its market reforms are incomplete, and its per capita income remains that of a developing country and only about a quarter of the average for high-income countries. The country is on track to eliminate absolute poverty by 2020 according to China’s current poverty standard (per capita rural net income of RMB 2,300 per year in 2010 constant prices). However, there are still an estimated 372.8 million people below the “upper middle income” international poverty line of $5.50 a day. “Rapid economic ascendance has brought on many challenges as well, including high inequality (especially between rural and urban areas), challenges to environmental sustainability, and external imbalances. China also faces demographic pressures related to an aging population and internal labor migration. “China’s rapid economic growth exceeded the pace of institutional development, and there are important institutional and reform gaps that it needs to address to ensure a sustainable growth path. Significant policy adjustments are required for China’s growth to be sustainable. Managing structural reforms and related risks will not be straightforward given the complexity, size, and global importance of China’s economy.”
Forty years ago in 1978, Malaysia’s per capita GDP was more than ten times that of China. Today, China has nearly caught up with Malaysia’s per capita GDP – as in the 2018 International Monetary Fund (IMF) ranking of nations based on per capita GDP, China is placed No. No.67 out of 156 nations with a per capita GDP of US$9,608, as compared to the 63rd placing for Malaysia with a per capita GDP of US$10,942.
Should’nt this be one of the top agendas of the Malay Dignity Congress as to why Malaysia had lost out in the race for economic development, losing out not only to China, but to other countries including India, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Vietnam, not to mention Singapore, Hong Kong, South Korea and Taiwan – and what future is in store for Malaysia if Malaysians are not prepared to pull ourselves up by our bootstraps?
Instead of restoring the dignity of the Malays, the Malay Dignity Congress has brought greater indignity, dishonour and shame to Malays and Malaysia when there was not a word of reference to the great infamy for close to a decade when Malaysia became a global kleptocracy.
Lies, falsehoods, fake news and hate speech cannot restore the dignity of any race or nation.
Asyraf’s “10 Reasons” have invented a new fake news and hate speech designed to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict – blaming the DAP for ICERD and the Rome Statute, when DAP leaders were themselves caught by surprise by these two developments.
Asyraf’s lies, fake news and hate speeches are the real threats to Malay and Malaysian dignity and the reasons why strong corrective action are necessary and imperative to prevent fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation from destroying Malaysia.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, October 8, 2019)