Parliamentary Caucus of Institutional Reform and Good Governance should pioneer new thinking on vital national issues – how to ensure affirmative measures are need-based and not race-based; how Malaysia can be a leading nation of integrity and a showcase to the world of the success of Alliance of Civilisations instead of a failure because of a Clash of Civilisations


Kaukus Reformasi Institusi dan Tadbir Urus Parlimen patut menjadi perintis pemikiran baharu isu-isu penting negara — bagaimana untuk memastikan langkah tindakan afirmatif berasaskan kepada keperluan dan bukan berasaskan kaum; untuk menjadikan Malaysia negara berintegriti terulung dan menjadi contoh kejayaan Perikatan Peradaban kepada dunia

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana menganjurkan seminar ini dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Kaukus Reformasi Institusi dan Tadbir Urus Parlimen. Penubuhan kaukus ini merupakan salah satu elemen terpenting dalam proses reformasi parlimen sejak kerajaan Pakatan Harapan dibentuk selepas Pilihan Raya ke-14 yang bersejarah. Selain daripada pembentukan kaukus ini, enam jawatankuasa khas parlimen juga telah ditubuhkan bagi memberikan lebih banyak ruang kepada backbenchers di Parlimen untuk memastikan kerajaan tindakan kerajaan disemak oleh Parlimen.

Kewujudan struktur dan proses akauntabiliti baharu ini tidak mungkin berlaku di bawah pentadbiran yang lepas di mana parlimen dilihat sebagai sebuah cop (“rubber stamp”) yang digunakan oleh kerajaan untuk memaksa kelulusan keputusan secara tidak demokratik seperti yang dapat kita lihat dalam pembentangan Rang Undang-undang Akta Berita Tidak Benar yang bertujuan untuk menutup keburukan berkenaan skandal 1MDB.

Acara hari ini adalah contoh yang kuat di mana Ahli Parlimen, melalui kaukus ini yang terdiri daripada semua parti yang diwakili di Parlimen, dapat memberikan input mengenai isu-isu penting polisi untuk dipertimbangkan secara serius oleh pihak eksekutif.

Isu yang dibincangkan hari ini — pemahaman kita mengenai bagaimana kemiskinan didefiniskan dan ditangani melalui polisi kerajaan — telah diperkatakan dalam berita di kebelakangan ini setelah satu laporan dikeluarkan oleh Pelapor Khas PBB berkenaan Kemiskinan Ekstrem dan Hak Asasi Manusia Profesor Philip Alston, pada 23 Ogos 2019 yang menyatakan Malaysia mengurangkira (“undercounts”) jumlah rakyat miskinnya.

Ramai individu telah menyeru supaya pihak kerajaan memandang serius laporan ini, termasuklah Pengerusi Kaukus ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Akademik, penyelidik, dan pertubuhan sivil. Pelbagai sebab-sebab yang kukuh untuk mempertimbangkan laporan ini secara serius telah dibangkitkan.

Saya tidak berhasrat untuk mengulang semula semua sebab-sebab yang dibangkitkan ini. Tetapi saya ingin menyatakan yang di dalam era di mana berita palsu dan penipuan disebarkan secara meluas kini, sebarang penambahbaikan dalam ukuran kemiskinan, yang akan membawa kita kepada peningkatan jumlah rakyat yang akan dikira sebagai miskin, pasti akan “dipusing” oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab. Jika, sebagai contoh, jumlah isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan dikirakan sebagai 19% daripada kesemua isi rumah melalui ukuran baru kemiskinan multi-dimensi, saya pasti pihak pembangkang dan tentera siber mereka akan menuduh yang jumlah isi rumah miskin telah meningkat secara drastik di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Dan sudah tentu sekali DAP, yang selama ini menjadi momokan tentera siber ini akan dituduh menjadi punca “kenaikan” ini.

Walaupun kerisauan ini bukanlah sesuatu yang tidak berasas, kita tidak boleh takut untuk memberikan gambaran masyarakat Malaysia yang tepat hanya kerana fakta ini boleh dimanipulasi dan disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab. Saya percaya yang kebenaran akan sentiasa menang terutamanya jika penerangan diberikan kepada pihak awam, bukan sahaja daripada kerajaan, tetapi juga daripada pakar-pakar dalam bidang ini, termasuklah daripada sesetengah penyelidik dan ahli akademik yang hadir hari ini di dalam seminar ini.

Satu contoh baik penerangan ini adalah pendedahan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengenai jumlah tanggung jawab hutang negara yang telah melebihi nilai RM1 trilion di bawah pentadbiran yang lalu kerana liabiliti dan komitmen luar jangka yang tersembunyi. Terdapat sesetengah pihak yang mengkritik tindakan mendedahkan angka ini. Tetapi setelah menerangkan secara telus kepada rakyat dan pihak-pihak lain yang berkepentingan, termasuklah agensi penarafan bon, Malaysia berjaya mengekalkan taraf kreditnya.

Hampir lima sudah berlalu sejak kita sebagai sebuah negara menerima pakai Dasar Ekonomi Baharu (DEB). DEB mempunyai dua tujuan utama dan satunya adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum sebagai wadah perpaduan negara. Rancangan Malaysia yang mendatang telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk program dan projek untuk mencapai matlamat ini. Angka rasmi pentadbiran sebelum ini menyatakan hanya ada 0.4 peratus isi rumah, yang berjumlah lebih kurang 27,000 isi rumah berada di bawah paras kemiskinan kebangsaan. Anggaran ini telah dipersoalkan secara serius sebagai cubaan untuk mengurang-kira jumlah isi rumah miskin dan telah terdapat pelbagai seruan supaya anggaran ini dikaji semula. Anggaran 0.4 peratus ini adalah delusional dan tidak boleh dijadikan asas untuk perancangan dan pengagihan sumber negara. Metodologi sedia ada perlulah digantikan setaraf dengan amalan terbaik antarabangsa. Tindakan segera diperlukan dan saya berhasrat untuk memberikan cadangan seperti berikut:

A) Tubuhkan satu Kumpulan Pakar Teknikal untuk mengira semula garis pendapatan kemiskinan (GPK) yang mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa untuk mendapatkan anggaran yang lebih berkredibiliti. Langkah ini banyak digunakan di negara maju apabila berhadapan dengan isu ukuran statistik yang penting dan sensitif. Masanya sudah tiba untuk Malaysia maju ke hadapan dengan mengguna pakai kaedah yang lebih telus dan meninggalkan kaedah lama yang hanya bertujuan untuk memberikan anggaran yang membuatkan kita berasa selesa.

B) Mengarahkan EPU dan Jabatan Statistik untuk menerbitkan data terpecah (selepas memadamkan maklumat peribadi individu) daripada Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah yang terbaru bagi membolehkan ahli akademik membuat kaji selidik bebas. Penerbitan ini adalah sebahagian daripada komitmen terhadap keterbukaan dan ketelusan data yang konsisten dengan Manifesto PH.

C) Mempertimbangkan satu kaji selidik yang meluas untuk mengkaji punca kegagalan polisi-polisi yang dilaksanakan sebelum ini dalam mencapai matlamat DEB. Termasuklah mengkaji punca kebocoran polisi sebelum ini. Kaji selidik ini juga patut diberikan tugas untuk memberikan cadangan penambahbaikan program jaringan keselamatan untuk membantu golongan miskin. Satu lagi isu yang sesuai diberikan perhatian adalah bagaimana untuk mengubah “gaji minima” kepada “gaji kehidupan”.

Jurang pendapatan – Walaupun kadar kemiskinan telah menjadi topik perbincangan awam, satu lagi isu yang berkait rapat, jurang pendapatan, tidak menerima perhatian yang sewajarnya. Anggaran koefisien Gini negara kita telah menunjukkan terdapat pengagihan pendapatan yang tidak adil. Sesetengah kajian telah menunjukkan pembesaran jurang pendapatan di antara yang kaya dan miskin, terdapat juga sesetengah kajian yang menunjukkan sebaliknya.

Satu kajian yang baru diterbitkan oleh Muhammed Abdul Khalid (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Li Yang (Paris School of Economics) yang bertajuk INCOME INEQUALITY AND ETHNIC CLEAVAGES IN MALAYSIA EVIDENCE FROM DISTRIBUTIONAL NATIONAL ACCOUNTS (1984-2014) mengisi ruang yang penting dalam pengetahuan kita. Kajian ini mendedahkan beberapa mitos mengenai corak pengagihan pendapatan.

Penulis kajian ini telah menggabungkan maklumat yang diperoleh daripada akaun nasional, kaji selidik isi rumah, data fiskal, dan statistik demografi. Kajian ini dilihat sebagai cubaan pertama untuk mendapatkan ukuran ketidaksamaan pendapatan yang konsisten dengan akaun nasional. Penulis kajian ini membentangkan dapatan mereka seperti berikut:

Bagi tempoh 2002-2014, pertumbuhan pendapatan sebenar bagi kumpulan pendapatan 50% terbawah adalah yang tertinggi (5.2%), diikuti kumpulan pertengahan 40% (4.1%), kumpulan 10% teratas (2.7%), dan kumpulan 1% teratas (1.6%). Walaupun kadar pertumbuhan pendapatan purata positif di kalangan semua kumpulan etnik (Bumiputera 4.9%, India 4.8%, dan Cina 2.7%), pertumbuhan terbesar pendapatan sebenar berada di kumpulan 1% teratas Bumiputera (8.3%), yang sangat berbeza dengan pertumbuhan pendapatan kumpulan etnik India (3.4%) dan pertumbuhan negatif kumpulan etnik Cina (0.6%). Walaupun dengan kadar negatif, kumpulan etnik Cina masih merupakan kumpulan terbesar dalam kumpulan 1% teratas. Dalam tahun 2014, 60% individu dalam kumpulan 1% teratas adalah daripada kumpulan etnik Cina, sementara 33% adalah Bumiputera dan 6% daripada etnik India (berbanding dengan 2002, di mana kumpulan 1% teratas terdiri daripada 72% etnik Cina, 24% Bumiputera, dan 3% etnik India). Kami simpulkan dalam tempoh ini, pertumbuhan pendapatan Malaysia menunjukkan sifat pengagihan yang inklusif di antara kumpulan pendapatan tetapi dengan sedikit putaran di antara kumpulan etnik.

Kaukus Parlimen ini mungkin boleh menganjurkan satu seminar untuk menjemput kedua penulis kajian ini untuk memberikan pembentangan penuh kajian mereka.

Penulis kajian ini juga memberikan amaran untuk berhati-hati dengan anggaran mereka yang agak rapuh kerana kekurangan ketelusan dan keterbukaan data pendapatan dan kekayaan di Malaysia. Ini merupakan satu lagi rayuan kepada agensi kerajaan untuk bersifat lebih terbuka dan telus dalam menerbitkan data. Manifesto Pakatan Harapan telah menjanjikan reformasi dalam perkara ini.

Tiba masanya untuk EPU dan Jabatan Statistik diarahkan untuk menerbitkan data terpecah (selepas memadamkan maklumat peribadi individu) daripada Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah yang terbaru bagi membolehkan ahli akademik membuat kajiselidik bebas. Penerbitan ini menjadi bukti komitmen kerajaan Pakatan Harapan terhadap ketelusan dan keterbukaan dalam berkongsi maklumat, selari dengan manifesto PH. Reformasi ini telahpun dijanjikan dan ia mestilah dipenuhi. Penting untuk kita ingat kembali yang penerbitan maklumat-maklumat ini adalah satu perkara yang biasa dilakukan dan selari dengan Prinsip Statistik PBB. Tidak ada mana-mana negara yang matang dari segi statistik di dalam dunia ini yang menyorokkan datanya seperti Malaysia.

Tidak ada sebab untuk kita bersifat defensif ataupun mempertahankan polisi pentadbiran yang lepas terutamanya dalam bidang di mana terdapat konsensus yang besar untuk perubahan. Keperluan untuk pengemaskinian definisi dan pemahaman topik kemiskinan adalah salah satu contoh bidang tersebut dan kita tidak patut lari daripada cabaran sebegitu. Ini termasuklah memberikan akses kepada terma-terma dan definisi teknikal dan meningkatkan pemahaman di kalangan rakyat, menambahbaik polisi sedia ada dan membentangkan polisi baharu bagi mengurangkan jumlah isi rumah — yang telah bertambah dibawah definisi baharu ini — yang dikategorikan sebagai miskin. Saya yakin ramai ahli akademik dan penyelidik yang hadir hari ini akan dapat membantu kita dalam hal ini.

Tambahan lagi, kita tidak boleh takut untuk menyemak rekod DEB dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia di kalangan berbagai kumpulan etnik. Walaupun kita harus mengakui yang DEB telah berjaya mengangkat keluar rakyat Malaysia daripada kemiskinan, terutamanya di kalangan komuniti Bumiputera, terdapat juga kumpulan terpinggir di kalangan kita, terutamanya komuniti Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman. Kita perlukan satu definisi kemiskinan multidimensi yang lebih meluas untuk memahami nasib komuniti terpinggir ini. Dengan pengiktirafan ini, bolehlah kita letakkan dan laksanakan polisi yang disasarkan dengan lebih baik untuk meningkatkan taraf hidup komuniti ini, terutamanya untuk mengurangkan kemiskinan antara generasi.

Perbincangan mengenai isu ini haruslah diteruskan selepas seminar hari ini. Perbincangan ini haruslah melibatkan lebih banyak NGO, ahli akademik, penyelidik, dan pihak berkepentingan yang lain yang berkerja di garis hadapan dalam perjuangan membasmi kemiskinan.

Malah, saya sanggup untuk bergerak lebih jauh. Kaukus Parlimen ini mestilah mendahului dalam menyeru reformasi institusi dan tadbir urus. Perdana Menteri dalam ucapan beliau di majlis sambutan ulang tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2019 telah berkata mengenai Visi Kemakmuran Bersama di mana Malaysia akan secara terus menerus dibangunkan secara mampan, selari dengan dengan pembangunan yang saksama pada setiap tahap sama ada kelas, kaum, mahupun geografi dan mewujudkan satu situasi yang harmoni dan stabil di kalangan rakyat menjelang 2030. Kaukus Parlimen ini tidak sepatutnya terhad menjadi perintis pemikiran baharu untuk isu kemiskinan sahaja tetapi juga isu-isu lain seperti:

a) bagaimana untuk memastikan tindakan afirmatif di Malaysia berasaskan keperluan dan bukan kaum;
b) bagaimana untuk membina perpaduan negara terutamanya dalam melawan peningkatan berita palsu dan ucapan kebencian yang cuba untuk menghasut polarisasi antara kaum dan agama;
c) bagaimana untuk melaksanakan reformasi institusi dan tadbir urus;
d) bagaimana untuk menjadikan Malaysia negara berintegriti yang terulung; dan
e) bagaimana Malaysia boleh menjadi contoh kejayaan Perikatan Peradaban di mata dunia dan bukan kegagalan kerana konflik peradaban.

Sekian terima kasih.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Seminar Ekonomi, Kemiskinan di Malaysia: Takrifan dan Pelaksanaan yang dianjurkan oleh Kaukus Reformasi Institusi dan Tadbir Urus di Parlimen pada hari Selasa 24 September 2019)

=====================================

I would like to congratulate Datuk Seri Anwar Ibrahim for organizing this seminar in his capacity as the chairman of parliamentary caucus on reform and governance. The formation of this caucus is part and parcel of the rigorous reform of parliamentary process since Pakatan Harapan formed the government after the historic 14th General Elections in 2018. In addition to this parliamentary caucus, six new parliamentary committees have been formed to allow for greater room for backbenchers to keep the front bench accountable to parliament.

The presence of these new accountability structures and processes in a newly invigorated parliament would not have been possible under the previous administration as parliament was seen as a rubber stamp that was used to bulldoze through undemocratic decisions such as the 2018 delimitation bill and the Anti-Fake News Act to whitewash the 1MDB scandal.
Today’s event is a concrete example of how Members of Parliament, through this parliamentary caucus comprising of MPs from all parties represented in parliament, can give inputs on important policy matters for the members of the executive to give serious consideration to.

The issue for discussion today – our understanding of how poverty is defined and addressed via government policy – has been in the news of late arising from the report made by the UN special rapporteur on extreme poverty and human rights, Professor Philip Alston, on the 23rd of August 2019, which states that Malaysia undercounts the number of its poor.

Many have called for the findings of this UN report to be taken seriously including the chairman of this caucus, Dato Seri Anwar Ibrahim, many Members of Parliament, academics and researchers (both Malaysians and non-Malaysians) and members of civil society. Many of the sound reasons to take this report seriously have been raised.

I do not want to repeat these points. But I want to acknowledge that in this day and age of fake news and outright lies, any enhanced measure of poverty, which would inevitably increase the number of people among marginalized groups who are defined as poor, can and most probably will be ‘spun’ by irresponsible parties. If, for example, the percentage of households in poverty is calculated at 19% using more updated measures of multidimensional poverty, I am almost certain that the opposition and their cyber troopers will use this figure to say that the number of poor people has spiked up dramatically under the Pakatan Harapan government. And in all likelihood, the DAP, being the bogeyman for these cybertroopers, will be targeted as the cause of this so called ‘rise’ in poverty.

While these fears are not unfounded, we should not shy away from giving a more accurate picture of Malaysian society just because the facts will be manipulated and misinterpreted by irresponsible parties. I very much believe that the truth will prevail especially if there is proper explanation made to the public, not just by the government, but by experts in this field including some of the researchers and academics who are present today at this seminar.

One good example is the revelation by Prime Minister Tun Dr. Mahathir that our total debt exposure had actually exceeded RM1 trillion under the previous government because of hidden contingent liabilities and commitments. There were some quarters which criticized us from revealing and using this figure. But after explaining to the public and the relevant stakeholders, including the bond rating agencies, Malaysia was able to maintain its overall credit rating.

Almost five decades ago we as a nation adopted the New Economic Policy (NEP). The NEP had two prongs, one of which was  the eradication of poverty irrespective of race as a means towards attaining national unity. Successive Five Year Plans have allocated billions of Ringgit for programs and projects designed to meet this important goal. Official estimates put out by the previous government indicated that there are 0.4 percent of households, numbering approximately27,000 households, that remain below the national poverty line. 

These estimates have been seriously questioned as a gross understatement and there have been call for a review of the estimates.  The estimate of 0.4 percent is delusional and cannot be used as a basis for planning and allocation of resources. The methodology in place needs replacement and needs to be brought into line with international best practice. There is a certain urgency and I would like to propose a number of steps:

A) Establish a Technical Expert Group to recalculate the PLI using international best practice to derive credible estimates of poverty. This is the commonly accepted approach adopted by most advanced countries when calculating important/sensitive statistical measures. It is time for Malaysia to move towards a fully transparent approach by abandoning outdated practices designed to generate “feel good” numbers.

B) Direct the EPU and Dept of Statistics to release disaggregated data (anonymized in keeping with the requirements of the Statistics Act) from the last Household Income-Expenditure Survey to permit researchers to undertake independent analysis. The release would represent the commitment to open and transparent sharing of data consistent with the PH Manifesto. 

C) Consider a wide-ranging survey to look into why past policies have not succeeded in achieving the goals set out in the NEP. This should include the identification of leakages. The survey should be given the task of making recommendations for strengthening Safety Net Programs to aid the poor. A further issue that would merit attention would be how best to turn the “minimum wage” into a “Living Wage”.

Income Inequalities – While poverty incidence has been the subject of public discourse, the related issue of income inequalities has received far less attention. The calculations of Gini coefficients have broadly pointed to skewed distributions. While some studies have indicated a widening of the disparities in incomes between the rich and the poor, other studies have pointed in the opposite direction. 

A recent study by Muhammed Abdul Khalid (National University of Malaysia) Li Yang (Paris School of Economics)  entitled INCOME INEQUALITY AND ETHNIC CLEAVAGES IN MALAYSIA EVIDENCE FROM DISTRIBUTIONAL NATIONAL ACCOUNTS (1984-2014) fills an important gap in our knowledge. The study exposes a number of myths about income distribution patterns. 

The authors have combined available information obtained from national accounts, household surveys, fiscal data, and demographic statistics. This appears to be the first attempt to produce inequality measurements which are fully consistent with the national accounts. The two authors present their key findings as follows:

For the period of 2002 – 2014, the real income growth for the bottom 50% is the highest (5.2%), followed by the middle 40% (4.1%), the top 10% (2.7%) and then the top 1% (1.6%). However, while average growth rates are positive across all ethnic groups (Bumiputera 4.9%, Indians 4.8%, and Chinese 2.7%), the highest growth of real income per adult accrued to the Bumiputera in the top 1% (at 8.3%), which sharply contrasts the much lower growth rate of the Indians (at 3.4%) and negative income growth rates of the Chinese (at -0.6%). Despite the negative growth rate, the Chinese still account for the lion’s share in the top 1%. In 2014, 60% of the adults in the top 1% income group are Chinese, while 33% Bumiputera, and 6% Indians (compared to 2002, in which the top 1% consists of 72% Chinese, 24% Bumiputera, and 3% Indians). We conclude that in this period, Malaysia’s growth features an inclusive redistribution between income classes, but with a twist between racial groups.

The Caucus can probably organnise a Seminar to invite the two authors to make a presentation of the full findings.

The authors of the study caution readers to take account of the fact that the estimates are fragile because of the lack of transparency about income and wealth data in Malaysia. This is yet again another plea for official agencies to be more open and transparent in the release of data. The Pakatan Harapan manifesto had promised reforms in that regard.

It is time for EPU and Dept of Statistics to be directed to release disaggregated data (anonymized in keeping with the requirements of the Statistics Act) from the last Household Income-Expenditure Survey to permit researchers to undertake independent analysis. The release would represent the commitment to open and transparent sharing of data consistent with the PH Manifesto. This is a promised reform and needs to be met. It is noteworthy that release of such data are a basic and common practice and in keeping with the UN Principles of Statistics. No statistically mature country hoards survey data in the way Malaysia does.

We should not feel the need to be defensive or to defend the policies of the past administration especially in areas where there is a great consensus for change. The need for a more updated definition and understanding of poverty is one such area and we should not shy away from such a challenge. This includes making some of the technical terms and definitions accessible and simple to understand for the public at large, enhancing existing and coming up with new government policies to tackle and reduce the expanded number of people who will be categorized as poor under a revised definition of poverty. I am confident that many of the academics and researchers here would be able to help us in this regard.

In addition, we should not be afraid to examine the record of the National Economic Policy (NEP) in reducing poverty in Malaysia across the various ethnic groups in the country. While it should be acknowledge that the NEP has had some success in lifting many Malaysians out of poverty and into the middle class, especially among the Bumiputera community, there remain many pockets of marginalized groups among our midst, especially the Orang Asli and the natives of Sabah and Sarawak who are living in the rural areas. We need a wider definition of multidimensional poverty in order to properly capture the plight of these marginalized communities. With this recognition, we can then put in place and implement better targeted policies to help improve the livelihoods of these communities especially in terms of alleviating inter-generational poverty. 

The engagement on this issue should continue beyond today’s seminar. This conversation, which has already started, should include more NGOs, academics, researchers, and other stakeholders who work on the frontlines of the battle against poverty.

In fact, I would go further. The Parliamentary Caucus should be in the forefront advocating institutional reforms and good governance. The Prime Minister in his keynote address on the occasion of the first anniversary of the Pakatan Harapan Government on May 9, 2019 spoke of the Shared Prosperity Vision where Malaysia could be continuously developed sustainably in line with equitable growth at all levels of the supply chain, class, race and geography and to create a sense of harmony and stability among the people by 2030. The Parliamentary Caucus should not initiate new thinking not only on the issue of poverty but also other important issues, viz:

(a) how to ensure that affirmative actions in Malaysia are needs-based and not race-based;
(b) how to promote national unity and in particular combat the surge of fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisastion;
(c) how to implement institutional reforms and good governance;
(d) how Malaysia can become a leading nation of integrity in the world and
(d) how Malaysia can be a show-case to the world of the success of the Alliance of Civilisations instead of being a failure as a result of Clash of Civilisations.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the parliamentary seminar on “Evaluating our Understanding of Poverty in Malaysia and the implementation of anti-poverty policies” organised by the Parliamentary Caucus on Institutional Reform and Good Governance in Parliament on Tuesday, 24th September 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.