The 42 DAP MPs will vote in support of a constitutional amendment to provide for equal rights for Malaysian women to confer citizenship on children born overseas


Kesemua 42 orang Ahli Parlimen DAP akan menyokong RUU Pindaan Perlembagaan bagi memberikan hak sama rata kepada wanita berbangsa Malaysia untuk menurunkan kerakyatan mereka kepada anak yang lahir di luar negara

Kesemua 42 orang Ahli Parlimen DAP akan menyokong satu Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan untuk memberikan hak sama rata kepada wanita yang berbangsa Malaysia untuk menurunkan kerakyatannya kepada anak kelahiran mereka yang lahir di luar negara.

Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan membenarkan bapa berkerakyatan Malaysia untuk menurunkan kerakyatan mereka kepada anak mereka yang lahir di luar negara dengan kelulusan diberikan dalam tempoh beberapa bulan selepas permohonan.

Tetapi wanita berbangsa Malaysia yang mengahwini suami berbangsa asing perlu memohon kerakyatan bagi anak mereka di bawah peruntukan berbeza — Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sesetengah wanita ini telah menunggu lebih daripada dua tahun untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka, malah sesetengah permohonan mereka telah ditolak tanpa sebab.

Mereka yang memohon semula setelah ditolak buat kali pertama kebiasaannya ditolak sekali lagi tanpa diberikan sebarang sebab.

Ahli Parlimen DAP menyokong pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan “bapa” kepada “sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa”, bagi memberikan hak yang sama kepada wanita Malaysia.

Anak kepada wanita berbangsa Malaysia yang lahir di luar negara sepatutnya mempunyai hak kerakyatan yang sama melalui kuatkuasa undang-undang seperti anak kepada individu lelaki yang berbangsa Malaysia.

Malaysia tergolong di kalangan 25 negara yang menafikan wanita hak sama rata untuk menurunkan kerakyatan kepada anak mereka.

Cabaran birokrasi yang dihadapi oleh wanita dalam memohon kerakyatan untuk anak mereka ini adalah salah satu punca kehilangan bakat dalam negara.

Ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara berkahwin di luar negara. Mereka bertemu jodoh di luar negara semasa bekerja dan kini berhasrat untuk pulang ke tanah air. Memandangkan Malaysia secara terus menerus kehilangan bakat berharga disebabkan oleh proses birokrasi ini, kita haruslah mengubah sistem ini.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Hari Jumaat 20 September 2019)

=====================================

The 42 DAP MPs will vote in support of a constitutional amendment to provide for equal rights for Malaysian women to confer citizenship on children born overseas.

Article 14 of the Federal Constitution allows Malaysian men to pass on citizenship to their children born overseas, with approval being obtained within a month of applying for citizenship.

But Malaysian women with foreign spouses have to apply for their children’s citizenship under a different provision – Article 15 (2) of the Federal Constitution.

Some women had waited more than two years to obtain citizenship for their children, while others had their application rejected without a reason.

Those who reapplied for Malaysian citizenship for their children after being unsuccessful the first time around were often rejected yet again without a reason being given.

DAP MPs support the amendment of Article 14 of the Constitution to replace the word “father” with “at least one parent”, in order to grant Malaysian women the same rights as Malaysian men.

Children of Malaysian women who are born overseas should have the right to citizenship by the operation of law on an equal basis with the children of Malaysian men.

Malaysia is among 25 countries which denied women equal rights to pass on citizenship to their children.

The bureaucratic challenges faced by women in applying for citizenship for their children were among the reasons for Malaysia’s brain drain.

Many Malaysians living overseas were married overseas. They met their spouses while working and they wanted to return home. As Malaysia continues to lose its precious talent due to this bureaucratic process, it needs to be changed.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday 19th September 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.