Election

A great risk but a great challenge to Pakatan Harapan to make itself the coalition of choice of young voters when the voting age is lowered to 18 years

By Kit

July 05, 2019

Penurunan umur layak mengundi kepada 18 tahun adalah satu risiko kepada Pakatan Harapan dan cabaran yang besar kepada Pakatan Harapan untuk kekal menjadi pilihan golongan muda

Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun telah lama diketahui umum akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang dan akan memberikan kesan negatif kepada pihak kerajaan semasa. Inilah sebabnya Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipinda untuk pemerkasaan golongan muda seperti yang akan dilakukan ini sepanjang 6 dekad yang sebelum ini.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan akan membuktikan kepada negara ini, yang kami akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan negara, walaupun ia mungkin akan bertentangan dengan kepentingan politik parti. Pakatan Harapan menerima cabaran ini untuk menjadikannya parti pilihan golongan muda dalam negara ini.

Saya berasa lega dan gembira dengan pembentangan Rang Undang-undang Pindah Perlembagaan semalam yang bertujuan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, memandangkan saya pernah mencadangkan perkara yang sama 48 tahun yang lepas pada tahun 1971.

47 tahun yang lepas, pada tahun 1971 , tahun pertama saya menyertai Parlimen (Parlimen digantung selama 18 bulan selepas PRU 1969 kerana Tragedi 13 Mei dan Darurat), saya telah membentangkan tiga cadangan untuk penambahbaikan sistem pilihanraya, iaitu;

– Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, – Pendaftaran pengundi secara automatik, dan – Mewajibkan pengundian.

Sejak daripada cadangan saya pada tahun 1971 ini, majoriti negara di seluruh dunia telah melaksanakan reformasi pilihanraya ini, kecuali Malaysia yang seakan-akan tersekat dalam peredaran masa dalam hal-hal reformasi parlimen dan pilihanraya.

Kini, dengan keputusan bersejarah 9 Mei 2018, Malaysia berada di haluan yang tepat untuk membina satu Malaysia yang Baharu.

Setakat hari ini, Malaysia ada salah satu daripada hanya beberapa negara yang masih belum melaksanakan reformasi pilihanraya untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Di kalangan negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura yang masih mempunyai had umur mengundi pada umur 21 tahun, walaupun individu berumur 18 tahun dan ke atas dianggap sebagai individu yang matang, berkebolehan untuk memiliki hartanah, dan menyertai perjanjian yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan hak.

Memandangkan masyarakat secara amnya menuntut golongan muda berumur 18 tahun dan ke atas untuk menunaikan tanggungjawab sosial seperti seorang dewasa — seperti direkrut untuk menyertai pasukan tentera apabila berlakunya perang atau darurat, mahupun mengorbankan nyawa dalam mempertahankan negara — golongan ini seharusnya diberikan hak untuk mengundi dan mempunyai suara dalam menentukan bagaimana negara ini ditadbir yang mempunyai kesan yang jelas terhadap kehidupan mereka.

Di Thailand, Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja, dan Myanmar, had umur mengundi adalah 18 tahun, manakala di Indonesia, had umur mengundi adalah 17 tahun dan keatas.

Antara negara-negara yang telah menurunkan umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun sejak daripada ucapan saya di Parlimen mengenai isu ini pada tahun 1971 termasuklah; Belanda, Amerika Syarikat, Finland, Sweden, Ireland, Filipina, Australia, Perancis, New Zealand, Itali, Trinidad & Tobago, Denmark, Sepanyol, Peru, Belgium, India, Switzerland, Austria, Estonia, Hong Kong, Liechenstein, Jordan, Pakistan, Morocco, Maghribi, Uzbekistan, Arab Saudi, dan Jepun.

Manakala, negara-negara seperti United Kingdom, Turki, Poland, Kanada, dan German pula telah pun memberikan hak mengundi kepada golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas semasa saya berucap di Parlimen pada tahun 1971.

Berkat pilihanraya ke-14 yang bersejarah pada 9 Mei 2018, Malaysia kini berada dalam haluan yang tepat untuk kembali ke arus perdana reformasi demokrasi dan pilihanraya.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 5 Julai 2019) ==========================

It is generally held that lowering the voting age to 18 will be beneficial to the Opposition and detrimental to the government of the day, and this was why the Malaysian Constitution was never amended to provide for such an empowerment of the youths in the past six decades.

But the Pakatan Harapan government will demonstrate that it will act in the best interests of the country although it might to be detrimental to the interests of the Pakatan Harapan coalition, and Pakatan Harapan will rise to the challenge to make itself the coalition of choice of the young voters when the voting age is lowered to 18 years.

I feel a special vindication with the tabling of the Constitution Amendment Bill yesterday to lower the voting age to 18, which is particularly historic, as I had first advocated for this measure in Parliament as far back as 48 years ago in 1971.

In my first year in Parliament 47 years ago in 1971, (Parliament was suspended for 18 months after the 1969 General Election because of the May 13 riots and the declaration of emergency), I made three proposals for electoral reforms, viz:

– Lowering the voting age to 18 years; – Automatic registration of eligible voters; and – Compulsory voting.

Since my suggestion for the lowering of the voting age from 21 to 18 in 1971, the majority of the countries in the world have adopted this electoral reform but Malaysia seemed to be frozen in time as far as democratic, parliamentary and electoral reforms are concerned.

Now, Malaysia is set for major changes to build a New Malaysia because of the historic result of the 14th General Election on May 9, 2018.

Malaysia is today one of the handful of countries that have not carried out the electoral reform to lower the voting age from 21 to 18.

In ASEAN, Malaysia and Singapore are the two remaining countries where voting age is still fixed at 21, although men and women of 18 years are treated for serious civil purposes as mature people, able to own property and enter into contractual obligations and rights.

Youths at 18 ought to have the right to vote and to have a say about the way in which their lives are governed and the country is being run, as society expects them to assume adult social responsibilities whether conscription when there is war or national emergency, even to die in the defence of the country.

In Thailand, Philippines, Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar, the voting age is 18, while in Indonesia the voting age is 17.

The countries which have lowered the voting age of 21 to 18 since my speech in Parliament on the issue in 1971 included Netherlands, United States, Finland, Sweden, Ireland, Philippines, Australia, France, New Zealand, Italy, Trinidad and Tobago, Denmark, Spain, Peru, Belgium, India, Switzerland, Austria, Estonia, Hong Kong, Liechtenstein, Jordan, Pakistan, Morocco, Uzbekistan, Saudi Arabia and Japan.

Countries which had already given the right to vote to their 18 year-olds when I spoke in Parliament in 1971 included the United Kingdom, Turkey, Poland, Canada and Germany.

Thanks to the historic 14th General Election on May 9, 2018, Malaysia is poised to return to the international mainstream for democratic and electoral reforms.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 5th July 2019)