Mahathir has presented Latheefa Koya one of her greatest challenges as MACC Chief – to ensure that both the kleptocrats and sharks are brought to justice in the next two years of her contract


Mahathir sudah memberikan salah satu cabaran terbesar kepada Latheefa Koya sebagai Pengerusi SPRM — untuk memastikan kleptokrat dibawa kemuka pengadilan sepanjang kontrak dua tahun beliau yang mendatang

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengamanatkan salah satu cabaran terbesar buat Latheefa Koya — untuk memastikan kesemua kleptokrat dan kaki rasuah dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh kontrak dua tahun beliau.

Apabila ditanyakan di Jasin, sama ada kerajaan berhasrat untuk menyiasat peranan seorang bekas perdana menteri dan beberapa bekas pegawai kerajaan berpangkat tinggi dalam Minggu Pemecatan Besar-besaran yang berlaku pada Julai/Ogos 2015, Mahathir menjawab, kerajaan buat masa ini tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menyiasat semua individu daripada pentadbiran yang lepas yang disyaki terlibat dengan rasuah.

Kata Mahathir:

“Kita dapati kerajaan yang telah ditewaskan tersebut dipenuhi dengan mereka yang melakukan jenayah, tapi buat masa ini, kita tidak boleh untuk fokus kepada mereka semua kerana kita tidak mempunyai tenaga manusia yang mencukupi.

“Buat masa ini, kita fokus kepada kes-kes yang amat serius, seperti kes (bekas) Perdana Menteri yang menyebabkan banyak wang daripada Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) hilang.”

Saya telah menyatakan harapan saya sebelum ini, seperti mana yang kita dapat saksikan dalam tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan — para kleptokrat yang diketuai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat dan didakwa atas tuduhan rasuah — tahun kedua Kerajaan ini akan menyaksikan kaki rasuah yang lain dibawa ke muka pengadilan.

Ramai rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan daripada kumpulan bekas pegawai kerajaan kanan G25 yang menyokong pelantikan Latheefa Koya sebagai Pengerusi SPRM sebagai suatu pelantikan yang luar biasa yang perlu dilakukan kerana gejala rasuah kini sudah terlalu kritikal dan Perdana Menteri perlu mengisi jawatan tersebut secepat mungkin.

Mereka berkata: “Walaupun kami berharap untuk melihat kemunculan satu konvensyen berperlembagaan yang baharu bagi memberi ruang untuk parlimen mengambil bahagian dalam proses pelantikan tersebut, tidak dapat kami nafikan yang pelantikan ini bertepatan dengan peruntukan undang-undang.”

Mereka berkata rasuah di Malaysia sudah mencapai satu tahap yang kritikal, melangkaui semua lapisan masyarakat dan jawatan ini perlulah diisi dengan segara.

“Kita mestilah menyokong keputusan yang membawa kepada urustadbir yang baik dan proses perundangan yang betul. Lagi pun, semua ini hanyalah salah satu daripada cara untuk mencapai matlamat yang sama,” kata G25 lagi.

Tanpa ragu lagi, tangan-tangan pegawai SPRM sememangnya penuh dengan penyiasatan SPRM, tetapi, tidak ada seorang pun pemimpin sepatutnya terlepas dari siasatan rasuah kerana kes jenayah rasuah tidak mempunyai statut keterbatasan.

Biarpun jika SPRM tidak boleh untuk menyiasat pemimpin tertentu daripada pemerintahan sebelum ini kerana kesibukan menyiasat kleptokrat dan kuncu-kuncunya, tidak ada kaki rasuah di mana-mana sekalipun patut terlepas dari muka pengadilan.

Malaysia tidak boleh terus-menerus menjadi sebuah negara di mana bekas pegawai kanan kerajaan sendiripun mengakui yang rasuah berleluasa jika Malaysia mahu berubah daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara berintegriti yang terulung.

Atas sebab ini, kenyataan daripada Presiden PKR dan ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim yang menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan untuk menyokong keputusan Perdana Menteri dan memberikan ruang kepada Pengerusi baru untuk menjalankan tugas beliau haruslah dipuji.

Rakyat Malaysia haruslah sentiasa berazam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani di mata dunia dalam indeks persepsi rasuah, yang berada di tangga tertinggi kaji selidik persepsi rasuah dalam sejarah negara ini.

Mungkin masanya sudah tiba untuk Pusat Governans, Integriti, dan Anti Rasuah Kebangsaan (GIACC), SPRM, dan rakyat Malaysia secara amnya, yang mahu melihat Malaysia berubah daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara yang berintegriti untuk mempertimbangkan satu bentuk program pengampunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah, dengan syarat mereka memulangkan semula semua harta yang diperolehi secara haram tersebut.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa 11 Julai 2019)
=============================================

The Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad has in fact presented Latheefa Koya one of her greatest challenges as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief – to ensure that both the kleptocrats and sharks of corruption are brought to justice in the next two years of her contract.

When asked in Jasin, Malacca yesterday whether several former high-ranking officers, as well as a former minister, are to be investigated for their role in the “Week of Long Knives” in July/August 2015, Mahathir said they currently lack the manpower to investigate everyone in the previous government who is suspected of wrongdoing.

Mahathir said:

“We find that the government who was defeated had many who committed crimes, but at this time, it is not possible for us to focus on them all because we lack manpower.

“Right now, we are focusing on the very serious cases such as the (former) prime minister who had caused a lot of the Retirement Fund Incorporated (KWAP) money to go missing.”

I had expressed the hope that just as the first year of Pakatan Harapan government in Putrajaya saw the kleptocrats headed by former Prrime Minister, Datuk Seri Najib Razak, being charged and prosecuted for corruption, the second year of the Pakatan Harapan Governmment (which is the first year of Latheefa’s charge as MACC chief), will see the other “sharks” of corruption being brought to book.

Malaysians are struck by the statement of the G25 group of former senior civil servants which supported the appointment of Latheefa Koya as MACC head for “an exceptional circumstance” – because corruption had reached critical proportions and the prime minister had to fill the post immediately.

It said: “Whilst we had wished for the emergence of the constitutional convention of parliamentary scrutiny in the appointment process, which sadly, did not happen, it cannot be denied that the appointment was strictly in accordance with the law.”

It said that corruption in Malaysia had reached critical proportions, traversing all levels of society, and the position had to be filled urgently.

“We must support decisions that promote good governance and appropriate legal processes. After all, these are a means to an end,” G25 said.

Undoubtedly, the MACC officers had their hands full in their anti-corruption investigations, but no top leader should be spared corruption investigation and prosecution as there is no statute of limitation for crime or corruption offences.

Even if the MACC is unable at present to deal with certain leaders of the former government because it had its hands full dealing with other kleptocrats and “sharks”, no “sharks” should be spared being brought to justice.

Malaysia cannot continue to be among nations where even former top government officials like those in G25 admit that corruption has reached “critical proportions, traversing all levels of society” if Malaysia wants to transform itself from a global kleptocracy to become a leading nation of integrity.

For this reason, the statement by the PKR President and MP for Port Dickson, Anwar Ibrahim urging Pakatan Harapan leaders to support the Prime Minister’s decision and to give space to the newly-minted MACC chief and MACC to do their duties is to be lauded.

Malaysians must never lose sight of the challenge and possibility of Malaysia rising up in international rankings in future corruption surveys to the best levels ever occupied in the nation’s history, and this is a task which all Malaysians must support.

The time may have come for the National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption (GIACC), MACC and Malaysians who want to see Malaysia transform from a global kleptocracy to a leading nation of integrity to give thought to an amnesty programme for those involved in corruption provided they return their ill-gotten gains as a strategy to help curb the scourge of corruption in Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 11th July 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.