Najib Razak

Shahredzan and Ahmad Faiz appointed to liaise with Najib’s officers to finalise details on the debate with Najib: “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” after Hari Raya

By Kit

May 21, 2019

Syahredzan dan Ahmad Faiz telah dilantik untuk berurusan dengan pegawai Najib bagi mengaturkan sesi berdebat mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung” selepas Hari Raya ini

MalaysiaKini telah melaporkan yang mana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju dengan topik yang saya cadangkan, iaitu: “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung”.

Saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perbincangan topik yang lain pada sesi debat ini. Namun begitu, tajuk utama debat ini mestilah kekal dan dimaklumkan sebagai “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung” sama ada di tempat berlangsungnya debat ini ataupun di tempat lain.

Oleh itu, saya telah melantik Setiausaha Politik saya, Syahredzan Bin Johan dan Pegawai Perhubungan Parlimen saya, Ahmad Faiz Mustafa untuk berurusan dengan pegawai Najib mengenai tempat, waktu, dan butir-butiran yang lain berkenaan dengan perdebatan ini selepas Hari Raya.

Sementara itu, saya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pendapat atau komen mengenai topik ini untuk mengemelkan pandangan dan cadangan mereka kepada limkitsiang@gmail.com.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Kuala Lumpur pada hari Selasa 21 Mei 2019)

==================================

Former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is reported by Malaysiakini to have agreed to the topic proposed by me, viz: “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity”.

I have no objection to other topics being discussed at the debate, but the subject of the debate must not be changed and must be clearly publicised as “How Malaysia became a global kleptocracy and how can we become a leading nation of integrity” whether at the debate venue or elsewhere.

I am appointing Syahredzan bin Johan, my political secretary and Ahmad Faiz Mustafa, my parliamentary liaison officer, to liaise with Najib’s officers to finalise details of the debate after Hari Raya.

Meanwhile, I welcome Malaysians who have views on the subject “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” to email their views and suggestions at limkitsiang@gmail.com.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 21st May 2019)