“Malu Apa Bossku” campaign violates Rukunegara, a challenge to National Anti-Corruption Plan 2019-2023 and obstacle to the national mission to transform Malaysia from a global kleptocracy into a leading nation of integrity


Kempen “Malu Apa Bossku” bertentangan dengan Rukunegara, mencabar Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023, dan halangan kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrasi global kepada negara berintegriti yang terulung

Sejak beberapa bulan sebelum pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei yang lalu, cybertrooper bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bertungkus lumus menjaja satu tema baru — cukuplah bercakap mengenai skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib, Pilihanraya ke-14 sudah selesai dan biarkan mahkamah yang tentukan sama ada Najib bersalah atau tidak, sebaliknya, mari lihat apa yang kerajaan PH telah berjaya laksanakan untuk menurunkan kos sara hidup dan mereformasikan institusi negara.

Januari tahun ini, cybertrooper Najib telah memulakan kempen “Malu Apa Bossku” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun dan yang malang sekalinya kempen ini telah berjaya menawan sebahagian tertentu rakyat Malaysia. Lantas membolehkan gabungan UMNO-PAS, dengan sokongan belakang tabir MCA dan MIC di semenanjung Malaysia, PBS dan parti pembangkang lain di Sabah, dan GPS di Sarawak, untuk menjaringkan tiga kemenangan di pilihanraya kecil Cameron Highlands, Semenyih, dan Rantau.

Fenomena “Malu Apa Bossku” juga telah memberikan galakan kepada ahli parlimen pembangkang untuk menyekat perjalanan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan langkah pertama yang penting dalam melaksanakan satu daripada lima Janji Teras Pakatan Harapan dalam PRU14 “mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada sepertimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963”.

Namun begitu, ribut kejayaan kempen “Malu Apa Bossku” hanya berjaya untuk berterusan selama lima bulan, kerana ia telah mati dalam pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei yang lalu dan masa depannya masih kelihatan kelam selepas dimusnahkan di Sandakan.

Sebenarnya, kempen “Malu Apa Bossku” ini bertentangan dengan prinsip kelima Rukunegara, Kesopanan dan Kesusilaan, mencabar Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023 dan menjadi batu halangan kepada proses transformasi negara daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara terulung yang berintegriti.

Pendedahan daripada skandal 1MDB dan penahanan Najib, isterinya Rosmah Mansor, bekas-bekas menteri seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, orang besar UMNO seperti bekas Menteri Besar Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Tan Sri Isa Samad, dan orang-orang kanan Najib seperti Arul Kanda Kandasamy, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah adalah satu notis dan bukti keseriusan Malaysia dalam menghapuskan kejelikan dan keburukan sebuah kleptokrasi global, namun ianya masih belum mencukupi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti yang boleh dijadikan model — dimana Malaysia boleh bersama dengan 20 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International.

Malaysia pernah tersenarai sebagai negara ke-23 dan menjunam ke negara ke-62 dalam masa 23 tahun Indeks Persepsi Rasuah diterbitkan, sejak 1995. (Buat masa ini, Malaysia merupakan negara yang ke-61 dengan markah 49 per 100 untuk tahun 2018.)

Beranikah kita impikan dan berusaha untuk berada di kalangan 20 negara teratas Indeks Transparency International ini dalam satu dekad yang akan datang?

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-cawangan DAP Kawasan Iskandar Puteri di Skudai pada hari Sabtu 18 Mei 2019 pada jam 9 malam)
======================================

For the past several months before the Sandakan by-election on May 11, former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s highly-funded cybertroopers had been hammering hard on one theme with the siren song – enough had been said about the 1MDB scandal and Najib’s kleptocracy, the 14th General Election is over and let the courts decide whether Najib was guilty of corruption or not, but for now, the ball is in Pakatan Harapan’s court and let’s hear what the PH government had achieved to lower the cost of living and bring about institutional reforms.

In January this year, Najib’s cybertroopers invented the shameless “Malu Apa Bossku” campaign which seemed to have taken certain sections of the population by storm, which enabled the UMNO-PAS axis, with backroom support by MCA and MIC in Peninsular Malaysia and PBS and other opposition parties in Sabah and the GPS in Sarawak, to score triple victories in the Cameroln Highlands, Semenyih and Ratu by-elections.

The phenomenon of the “Malu Apa Bossku” campaign also encouraged the Opposition MPs in Parliament to block the passage of the Constitutional Amendment Bill on Article 1(2) of the Malaysian Constitution as an important first step to implement one of the five “pillar-promies” of the Pakatan Harapan’s 14th General Election pledge to “return Sabah and Sarawak to the status accorded in Malaysia Agreement 1963”.

But the storm of success of the “Malu Apa Bossku” campaign could only go on a rampage for five months, for it met its Waterloo in the Sandakan by-election on May 11 and only time will tell whether the “Malu Apa Bossku” campaign can find a new second life after being pulverised in Sandakan.

One important lesson for all Malaysians from the Sandakan by-election is never to forget the 1MDB scandal or Najib’s kleptocracy if Malaysia is ever to become a nation of integrity and excellence respected by the world.

In actual fact, the “Malu Apa Bossku” campaign violates the fifth principle of Rukunegara and “Morality and Good Behaviour”, a challenge to the National Anti-Corruption Plan 2019-2023 and obstacle to the national mission to transform Malaysia from a global kleptocracy into a leading nation of integrity

The expose of the 1MDB scandal and the hauling of Najib, his wife Rosmah Mansor, his Ministers like Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, UMNO bigwigs like former Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and Tan Sri Isa Samad and Najib’s right-hand men like Arul Kanda Kandasamy, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah and Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah represent a clear notice to the world that Malaysia is serious about wiping out the infamy, ignominy and iniquity of a global kleptocracy but inadequate to establish Malaysia as a model nation of integrity – to be included in the Top 20 List of countries in the annual Transparency International Corruption Perception Indices.

Malaysia had ranked from 23 to 62 in 23-year series of annual Transparency International Corruption Perception Indices from 1995 to 2018 (Malaysia’s ranking was No. 61 with a score of 49 out of 100 for 2018).

Dare we dream and aim to be listed in the Top Twenty of the Transparency International Corruption Perception Index in the next decade?

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the annual general meetings of DAP branches in Iskandar Puteri in Skudai on Saturday, 18th May 2019 at 9 pm)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.