nation building

Challenge for Pakatan Harapan after the Semenyih by-election defeat is to find a formula to be able to continue to inspire hope and support among Malaysians that PH is committed to the building of a New Malaysia and not to out-UMNO UMNO or out-PAS PAS

By Kit

March 05, 2019

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Selasa, 5 Mac 2019:

Cabaran buat Pakatan Harapan selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih adalah untuk mencari formula bagi membangkitkan sokongan dan harapan di kalangan rakyat bahawa Pakatan Harapan komited terhadap agenda pembinaan Malaysia Baharu yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan generasi masa depan, tanpa perlu menjadi lebih UMNO dari UMNO atau lebih PAS dari PAS

Cabaran buat Pakatan Harapan selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih adalah untuk mencari formula bagi membangkitkan harapan dan sokongan di kalangan rakyat bahawa Pakatan Harapan komited terhadap agenda pembinaan Malaysia Baharu yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan generasi masa depan, tanpa perlu menjadi lebih UMNO dari UMNO atau lebih PAS dari PAS.

Tahun 2019 akan menjadi tahun terpenting dalam sejarah negara yang mana akan menentukan sama ada Malaysia Baharu yang mahu dibentuk gabungan Pakatan Harapan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mampu digerakkan atau sekadar khayalan semata-mata.

Peristiwa 9 Mei 2018 menganugerahi semua rakyat Malaysia satu peluang yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara, dan walaupun Malaysia Baharu tidak boleh dibina atau dilengkapkan dalam tempoh 100 hari atau beberapa tahun, sebaliknya memerlukan tempoh sedekad dua untuk dicapai, rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan komited dengan program dan objektif Malaysia Baharu malah menunjukkan kemajuan dalam pelaksanaan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Perjalanan menuju Malaysia Baharu harus berakar pada reformasi institusi dan struktur pada tahun 2019 bagi mengubah Malaysia daripada gelaran kleptokrasi global kepada negara peneraju integriti; memulihkan kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; melakukan reformasi ke atas sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara terkemuka dunia; menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya dan memanfaatkan aset berbilang kaum, agama, budaya dan tamadun yang bertembung di Malaysia bagi membina sebuah tamadun global baharu.

Pembinaan negara yang bercirikan masyarakat majmuk bukanlah zero-sum game, sebaliknya formula menang-menang untuk semua rakyat Malaysia. Kita harus memperjuangkan hak orang Melayu tanpa meminggirkan orang bukan Melayu. Kita harus berjuang untuk hak orang Cina di Malaysia, tetapi bukan sehingga menjejaskan hak orang bukan Cina. Kita harus berjuang untuk hak orang India di Malaysia tanpa menjadi ancaman kepada orang bukan India di Malaysia. Begitu juga masyarakat Kadazan, Iban dan Orang Asli di Malaysia.

===========================================

The challenge for Pakatan Harapan after the Semenyih by-election defeat is to find a formula to be able to continue to inspire hope and support among Malaysians that Pakatan Harapan is committed to the building of a New Malaysia for the benefit of all Malaysians and future generations and not to out-UMNO UMNO or out-PAS PAS

The year 2019 will be a most decisive year in the nation’s history which will decide whether the New Malaysia the Pakatan Harapan coalition of Bersatu, PKR, AMANAH and DAP wants to build is a work-in-progress or a sheer chimera.

May 9, 2018 allows Malaysians a hitherto unimaginable chance to re-set nation-building policies, and although a New Malaysia cannot be built or completed in 100 days or in a few years, but will take a decade or two to accomplish, Malaysians must be convinced that the Pakatan Harapan is committed to the New Malaysia objective and programme and making progress in this direction in accordance with the Pakatan Harapan election manifesto.

The journey towards a New Malaysia must strike deep roots in terms of structural and institutional reforms in 2019 to transform Malaysia from a global kleptocracy into a leading nation of integrity; restore the rule of law; entrench democracy; reform the educational system to make Malaysia a top world-class nation; unite Malaysians of diverse races, religions and cultures and leverage on the assets of the diverse races, religions, cultures and civilisations which meet in confluence in Malaysia to build a new global civilization.

Nation building must not be a zero sum game but a win-win formula. We must fight for the rights of the Malays but not at the expense of the non-Malays. We must fight for the rights of the Chinese in Malaysia, but not to the detriment of the non-Chinese. We must fight for the rights of the Indians in Malaysia without being a threat to the non-Indians in Malaysia. Similarly for the Kadazans, Ibans and Orang Asli communities in Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 5th March 2019)