nation building

Suhakam chairman Razali Ismail commended for denouncing Nazri’s incitement of racial hatred in our plural society

By Kit

February 26, 2019

Suhakam Chairman Tan Sri Razali Ismail is to be commended for denouncing former UMNO Minister Datuk Seri Nazri Aziz for inciting racial hatred in our plural society.

It is most deplorable that to win votes in the Semenyih by-election, Nazri is prepared to incite racial hatred and advance a narrow, intolerant and extremist narrative in Malaysia by questioning the appointment of non-Malays and non-Muslims as the Finance Minister, Attorney-General and Chief Justice – in total disregard of history and the nation-building principles embodied in the Malaysian Constitution.

This is a terrible example of what politics can do to a former Law Minister, providing the latest example of the toxic and vicious politics of lies, hatred, fear, race and religion which will end up in Malaysia becoming a divided polity and a failed state, when Malaysia has the capacity to leverage on the best qualities and values of the diverse races, religions, languages and cultures that meet in confluence in the country to be a world top-class nation and be an international show-case to the world of unity, harmony and sense of purpose and excellence of a plural society.

This the time for Malaysian leaders who believe in a Malaysia for all Malaysians, regardless of race, religion or region, and the nation-building principles as embodied in the Malaysian Constitution, to speak up and reaffirm their commitment to the Malaysian Constitution and a plural Malaysian nation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 26th February 2019)

=============================

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Selasa, 26 Februari 2019:

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail wajar diberikan pujian kerana mengecam kenyataan Nazri yang cuba menimbulkan kebencian kaum dalam di kalangan masyarakat majmuk negara ini

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail wajar diberikan pujian atas kecaman yang disuarakannya terhadap bekas Datuk Seri Nazri Aziz ekoran tindakan bekas Menteri UMNO itu meniupkan api kebencian kaum di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Amat menyedihkan apabila Nazri sanggup meniupkan api kebencian kaum, dan mengajukan naratif sempit, tidak bertoleransi dan ekstremis di Malaysia dengan mempersoalkan pelantikan pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam sebagai Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara – yang dilihat mengabaikan sejarah dan prinsip pembinaan negara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia – semata-mata untuk memenangi pilihan raya kecil Semenyih.

Ini adalah contoh yang mengerikan tentang kesan politik terhadap bekas Menteri Undang-Undang, sekaligus memberikan contoh terbaru mengenai politik pembohongan dan toksik, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal dan berpecah-belah, sedangkan Malaysia mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan kualiti dan nilai terbaik daripada pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya yang bertaut di negara ini untuk menjelma sebagai sebuah negara berkelas dunia serta menjadi contoh kepada negara lain sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni, mempunyai matlamat serta masyarakat majmuk yang cemerlang.

Ini adalah masanya untuk pemimpin Malaysia meyakini bahawa Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, dan prinsip pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, bagi menyatakan dan mengesahkan komitmen mereka terhadap Perlembagaan Malaysia serta konsep Bangsa Malaysia yang majmuk.