Is the concoction of a lie out of whole cloth, like the recent fabrication that there is a move to topple the Prime Minister, Tun Dr.Mahathir Mohamad in the form of a vote of no confidence by Pakatan Harapan Members of Parliament in the forthcoming Parliament, a shariah-compliant lie?
A so-called list of 101 MPs who have agreed to support the vote of no confidence against Tun Dr. Mahathir has even been circulated on the social media, with the constituencies given, with eight MPs from Kedah, 10 from Penang, 14 from Perak, 17 from Selangor, 7 from Federal Territory of Kuala Lumpur, two from Malacca, five from Negri Sembilan, 12 from Johor, four from Pahang, one from Terengganu, one from Kelantan, eight from Sabah and 12 from Sarawak – when it is just total and sheer fabrication and falsehood.
Is this second lie shariah-compliant?
A website which specialises in dissemination of lies and falsehoods, carried a piece datelined yesterday with a photograph of myself with the heading: “DAP may have to leave Pakatan Harapan if the rot continues”.
Is the third lie shariah-compliant?
Malaysian politics and public affairs have been infested with lies and falsehoods, with very creative attempts to justify them with the creation of the term “shariah-compliant lies”.
On top of Malaysia’s infamy as a global kleptocracy under the previous administration, do Malaysians want to make another signal contribution to the world with the creative coinage of the term “shariah-compliant lie”?
It is time that we restore decency, morality and integrity in politics and public affairs in Malaysia.
Anyone reading the shocking affidavit of Court of Appeal judge Hamid Sultan Abu Backer about judicial corruption, improprieties and misconduct would have agreed that if decency, morality and integrity had prevailed in the judiciary, the present sad and deplorable state of the judiciary would not have come to pass.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 21st February 2019)
==============================
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Khamis, 21 Februari 2019:
Kembalikan tatasusila, prinsip moral dan integriti dalam politik dan hal ehwal awam di Malaysia Adakah pembohongan, seperti kisah rekaan terbaharu bahawa kononnya terdapat usaha untuk menumbangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam sidang Parlimen akan datang, sebuah pembohongan yang mematuhi syariah?
Senarai 101 Ahli Parlimen yang dikatakan kononnya telah bersetuju untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir beredar di media sosial, dengan perincian setiap kawasan, iaitu lapan Ahli Parlimen dari Kedah, 10 dari Pulau Pinang, 14 dari Perak, 17 dari Selangor, 7 dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua dari Melaka, lima dari Negeri Sembilan, 12 dari Johor, empat dari Pahang, satu dari Terengganu, satu dari Kelantan, lapan dari Sabah dan 12 dari Sarawak – sedangkan ia hanyalah cerita rekaan dan bohong.
Adakah ini pembohongan mematuhi syariah yang kedua?
Sebuah laman sesawang yang pakar dalam menyebarkan kepalsuan dan pembohongan, menyiarkan satu artikel semalam dengan memaparkan gambar saya bersama tajuk “DAP may have to leave Pakatan Harapan if the rot continues”.
Adakah ini pembohongan mematuhi syariah yang ketiga?
Politik Malaysia dan hal ehwal semasa telah tercemar dengan pembohongan dan kepalsuan, dengan percubaan kreatif mewajarkannya dengan penggunaan istilah ‘pembohongan patuh syariah’ yang baru dicipta.
Setelah Malaysia mendapat malu akibat digelar sebagai kleptokrasi global di bawah pentadbiran terdahulu, adakah rakyat Malaysia mahu pula dikenali dunia sebagai penyumbang kepada istilah “pembohongan patuh syariah”?
Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan tatasusila, prinsip moral dan integriti dalam politik dan hal ehwal awam di Malaysia.
Sesiapapun yang membaca afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer berhubung amalan rasuah, perbuatan songsang dan salah laku dalam badan kehakiman tentu akan bersetuju bahawa jika tatasusila, prinsip moral dan integriti menjadi amalan dalam badan berkenaan, keadaan yang terjadi seperti hari ini sudah tentu tidak mungkin akan berlaku.