Pakatan Rakyat

DAP can accept Fadzil Noor or Nik Aziz as Prime Minister-designate for Malaysia but not Hadi Awang

By Kit

January 23, 2019

PAS President Datuk Seri Hadi Awang is very smooth and slick as he denied what I never said.

Taking to Facebook, Hadi said:

“As far as I remember, PAS never nominated me to be prime minister, nor did I declare myself to be prime minister-designate.”

I never said PAS nominated him to be Prime Minister or that he had declared himself to be Prime Minister-designate.

What I said yesterday was that the reason why Hadi and other PAS leaders are telling lies about the DAP being anti-Malay and anti-Islam was because the DAP had refused to support Hadi as the Prime Minister candidate for Pakatan Rakyat in the 13th General Election in 2013.

The move for Hadi to be the Prime Minister candidate for Pakatan Rakyat for the 13th General Election was a very smooth and slick operation, without any name being mentioned.

This is what I said yesterday:

“Before the 13th General Election, Hadi through the PAS leadership had approached me to broach the subject of a Prime Ministerial-designate, on the ground the Datuk Seri Anwar Ibrahim was not a suitable candidate.

“PAS leaders was a quite astute as not to suggest themselves that Hadi should be the Prime Ministerial candidate for Pakatan Rakyat, and diplomatically suggested that their proposal for a suitable Prime Ministerial candidate was veteran UMNO politician Tengku Razaleigh Hamzah.

“When DAP leaders dissented and held to our view that Anwar should continue to be the Prime Ministerial candidate for Pakatan Rakyat, and we made no suggestion that Hadi should instead be considered as the Prime Ministerial candidate, the PAS leaders knew that the DAP would not support Hadi as the Prime Minister-designate and the proposal replace Anwar as the Prime Ministerial candidate was not further pursued.”

I agree with Hadi. PAS had never nominated him to be Prime Minister for the 13th General Election or did he declare himself to be Prime Minister-designate.

Why?

Because PAS leaders at the time had tested the waters to change Anwar as the Prime Minister-designate, and found that DAP was consistent in our stand that the Prime Minister-designate be Datuk Seri Anwar Ibrahim and any attempt to propose Hadi as replacement for Anwar would not get the support from DAP as well as PKR.

Hadi had not denied that before the 13th General Election PAS leaders had approached DAP leaders for a change of the Prime Minister-designate on the ground that Anwar was not suitable.

I do not know why there is, no chemistry between Anwar and Hadi as there was chemistry between Anwar and the previous PAS President Fadzil Noor or former Kelantan Mentri Besar and PAS Murshyidul Am Nik Aziz Nik Mat.

This must go back to the history of the relationship between Hadi and Anwar, but this is none of my business and I do not intend to intrude into the matter, but only where such matters impinged on the political development of the country and at that time, Pakatan Rakyat.

Hadi has very serious character flaw as a Malaysian political leader, unlike Fadzil Noor or Nik Aziz.

This is why DAP could accept Fadzil Noor and Nik Aziz as Prime Minister-designate for Malaysia, but not Hadi Awang.

Hadi himself should know the reasons. It boils down to trust – DAP leaders can trust Fadzil Noor and Nik Aziz to keep to their word but not Hadi Awang.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Brinchang on Wednesday, 23rd January 2019)

================================

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Brinchang pada Rabu, 23 Januari 2019:

DAP boleh menerima Fadzil Noor atau Nik Aziz sebagai Perdana Menteri menanti tetapi bukan Hadi Awang Secara halus dan licik, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menafikan sesuatu yang saya sendiri tidak pernah sebut.

Menerusi kemas kini di Facebook, Hadi berkata:

“Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri Menanti.

“Mungkin Saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya.”

Apa yang saya katakan semalam adalah mengenai sebab mengapa Hadi dan pemimpin PAS lain sering mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya DAP anti-Melayu dan anti-Islam kerana DAP enggan menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013.

Langkah untuk Hadi menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 merupakan suatu operasi yang halus dan licik, tanpa merujuk kepada mana-mana nama.

Ini apa yang saya katakan semalam:

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Hadi menerusi kepimpinan PAS menemui saya untuk berbincang soal Perdana Menteri menanti, atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai.

“Pemimpin PAS mengambil langkah yang agak bijak dengan tidak menamakan sendiri Hadi selaku calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan secara diplomatik mencadangkan calon Perdana Menteri yang sesuai adalah veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

“Apabila pemimpin DAP menentang dan tetap dengan pendirian kami bahawa Anwar perlu terus menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan kami tidak membuat sebarang cadangan supaya Hadi dipertimbangkan untuk menjadi calon Perdana Menteri, pemimpin PAS tahu bahawa DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri menanti dan cadangan untuk menggantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak diteruskan.”

Saya bersetuju dengan Hadi. PAS tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri pada PRU13 atau Hadi ada mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri menanti.

Mengapa?

Ini kerana pemimpin PAS pada masa itu mahu mencuba-cuba untuk menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri menanti, dan mendapati DAP sangat konsisten dengan pendirian kami bahawa Perdana Menteri menanti adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebarang usaha untuk mencadangkan nama Hadi untuk menggantikan Anwar tidak akan mendapat sokongan daripada DAP mahupun PKR.

Hadi tidak pernah menafikan bahawa sebelum PRU13, pemimpin PAS ada bertemu dengan pemimpin DAP untuk berbincang soal Perdana Menteri menanti atas alasan Anwar tidak sesuai?

Saya tidak tahu mengapa Anwar dan Hadi tidak sebulu, sedangkan Anwar dan Presiden PAS terdahulu iaitu Fadzil Noor atau bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat mempunyai hubungan yang baik.

Kita harus melihat sejarah hubungan antara Hadi dan Anwar, namun ini bukan urusan saya dan saya tidak berniat untuk masuk campur dalam perkara itu, saya hanya akan menyentuh perkara yang memberikan kesan kepada perkembangan politik negara dan ketika itu, Pakatan Rakyat.

Hadi mempunyai kecacatan sifat yang begitu serius sebagai pemimpin politik Malaysia, tidak seperti Fadzil Noor atau Nik Aziz.

Ini sebabnya mengapa DAP boleh menerima Fadzil Noor dan Nik Aziz sebagai Perdana Menteri menanti untuk Malaysia, namun bukan Hadi Awang.

Hadi sendiri patut tahu sebabnya. Ini adalah soal kepercayaan – pemimpin DAP boleh memperpercayai janji Fadzil Noor dan Nik Aziz tetapi bukan Hadi Awang.