I just came from Kampong Orang Asli Janggap in Pos Sinderut and I find the road access to it among the worst I have travelled to Orang Asli kampongs in Cameron Highlands in the past fortnight.
I understand that former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak will be arriving in Cameron Highlands to help the Barisan Nasional’s Cameron Highlands by-election campaign.
As he will be here for four days from Thursday to Sunday, I hope he will travel the worst “roti canai” roads and non-roads to the remote Orang Asli kampongs to see for himself how as the sixth Prime Minister, he has failed the Orang Aslis in Camerons Highland and the country to provide the most basic of infrastructures.
Among the worst roads and non-roads to Orang Asli kampongs that I had visited are trips to Kampong Janggap, Kampong Lemoi, Kampong Barehnyis and interior Orang Asli kampongs in Pos Terisu.
Quite unforgettable during my four visits to Orang Asli kampongs in Cameron Highlands was the New Year’s Eve on Dec. 31 when I was trapped at Kampong Orang Asli Simoi Lama together with MP for Bentong Wong Tack, State Assemblyman for Tanah Rata Chiong Yoke Kong, DAP/Pakatan Harapan Candidate for Cameron Highlands M. Manogaram, where we were cut off from all access to the outside world and crossing the river at Kampong Semoi Lama by driving through it despite its strong currents to reach Orang Asli kampongs in Pos Lenyang and Pos Titom.
I was told that if my vehicle was swept away by the strong current, I would end up in Lipis!
The atrocious and terrible conditions of the Orang Asli in the remote areas have to be seen to be believed, and I would urge Najib to see for himself in the next four days how he had forgotten the Orang Aslis in the remote areas during his eight years as Prime Minister, and he should visit these remote Orang Asli kampongs, not flying in by helicopter but by the usual means of access which had to be used by Orang Alis in ordinary life.
In Kampong Janggap, I saw several water tanks but without clean water supply; no electricity; and the villagers, particularly children, are exposed to diseases.
Can Najib explain why despite his premiership and sixty years after Merdeka, Orang Asli are still deprived of the most basic of infrastructure services like clean water supply, electricity; proper roads; basic education and medical needs; and most important of all, resolution of the long-standing land rights battle of the Orang Aslis?
Although Pakatan Harapan has formed the Federal Government in Putrajaya after the 14th General Election, there is nothing it can do with regard to the land rights of the Orang Asli, as land is a state matter and the Federal Government has no jurisdiction over it whatsoever.
Pakatan Harapan, however, wants to be able deal with the land rights of the Orang Asli, but this will have to wait until the 15th General Election when Pakatan Harapan captures the Pahang State Assembly, form Pahang State Government and appoint the Pahang Mentri Besar.
The Cameron Highlands parliamentary by-election on January 26, however, will be an important indicator whether Pakatan Harapan can win the Pahang State Government in the 15th General Elecltion so that we can resolve the long-standing injustice of the Orang Asli over their traditional land rights.
(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kampong Orang Asli Sungai Tiang, Bertam Valley on Wednesday, 16th January 2018 at 6 pm)
=========================================
Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Lembah Bertam pada Rabu, 16 Januari 2018:
Najib, selaku Perdana Menteri keenam, harus berkempen di kampung pedalaman Orang Asli di Cameron Highlands bagi merasai sendiri pengalaman melalui jalan “roti canai” untuk sampai ke sana dan melihat sendiri bagaimana beliau telah mengabaikan kebajikan Orang Asli di Cameron Highlands apabila gagal menyediakan infrastruktur asas untuk masyarakat tersebut
Saya baru sahaja pulang dari Kampung Orang Asli Janggap di Pos Sinderut dan merasakan yang jalan untuk ke kawasan tersebut antara jalan paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang berkempen di Cameron Highlands sejak dua minggu lalu.
Saya difahamkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan tiba di Cameron Highlands untuk membantu kempen Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Sementara beliau berada di sini selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad, besar harapan saya sekiranya beliau dapat berkempen sehingga ke kampung pedalaman Orang Asli menggunakan jalan “roti canai” bagi melihat sendiri bagaimana beliau, selaku Perdana Menteri Keenam, telah mengabaikan kebajikan Orang Asli di Cameron Highlands dan di seluruh negara apabila gagal menyediakan infrastruktur paling asas untuk masyarakat tersebut.
Sepanjang saya melakukan lawatan ke kampung Orang Asli, saya mendapati Kampung Janggap, Kampung Lemoi, Kampung Barehnyis dan Kampung Orang Asli di Pos Terisu adalah antara kawasan yang mempunyai jalan dan laluan yang paling teruk.
Sukar untuk saya lupakan pengalaman terperangkap di Kampung Orang Asli Simoi Lama pada ambang tahun baharu bersama-sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Adun Tanah Rata Chiong Yoke Kong, dan calon Pakatan Harapan bagi PRK Cameron Highlands M. Manogaran, di mana kami terputus dari dunia luar dan terpaksa merentas arus deras sungai untuk sampai ke Pos Lenyang dan Pos Titom.
Secara berseloroh, saya diberitahu jika kenderaan saya dihanyutkan oleh arus sungai yang deras, tidak mustahil ia akan terus hanyut sehingga ke Lipis!
Keadaan infrastruktur yang begitu teruk di kawasan pedalaman Orang Asli harus dilihat dengan mata kepala sendiri, dan saya menyeru agar Najib turun dan melihat sendiri bagaimana beliau, sepanjang menjadi perdana menteri selama lapan tahun, telah mengabaikan kebajikan Orang Asli, dan beliau harus melawat kawasan pedalaman Orang Asli dengan menggunakan kenderaan yang digunakan seharian oleh Orang Asli, bukan dengan helikopter.
Di Kampung Janggap, saya lihat terdapat beberapa tangki air tersedia, namun tiada bekalan air bersih; apatah lagi elektrik; dan ini akan menyebabkan penduduk kampung, khususnya kanak-kanak, terdedah kepada penyakit.
Bolehkah Najib jelaskan mengapa setelah 60 tahun Merdeka, Orang Asli masih lagi tidak disediakan dengan perkhidmatan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih; elektrik; sistem jalan yang baik; pendidikan asas serta perubatan; dan yang paling penting, berhubung penyelesaian tanah adat Orang Asli?
Walaupun Pakatan Harapan telah membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kami berkenaan dengan tanah adat Orang Asli kerana Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal ehwal tanah negeri.
Pakatan Harapan, bertekad mahu menyelesaikan masalah berhubung tanah adat Orang Asli, namun harus menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, selepas Pakatan Harapan berjaya mentadbir kerajaan negeri Pahang dan melantik Menteri Besarnya.
PRK Cameron Highlands akan menjadi ujian paling penting untuk melihat sejauh mana Pakatan Harapan berpeluang untuk menawan Kerajaan Negeri Pahang pada PRU15 nanti supaya kami dapat menyelesaikan pelbagai ketidakadilan dan masalah melibatkan Orang Asli khususnya yang membabitkan soal tanah adat.