Lim Kit Siang

Najib had failed the Orang Aslis as Prime Minister by focusing on the international 1MDB corruption and money-laundering scandal instead of bringing the Orang Asli into the national mainstream of development

One question uppermost in the minds of the voters of Cameron Highlands is why the former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, is positioning himself as the primary spokesman for the Barisan Nasional in the Cameron Highlands by-election on January 26.

Najib said in Pekan yesterday that he is confident that the Barisan Nasional will retain its victory in the Cameron Highlands by-election on Jan 26.

As former Prime Minister, why Najib had no sense of shame that the Cameron Highlands by-election is being held because of money-politics, vote-buying and corrupt electoral practices?

I have said that it would require a miracle for the Pakatan Harapan to win the Cameron Highlands by-election, as the seat had always been one of the Barisan Nasional fortresses as evidenced by the fact that the seat had never been won by any other coalition in the nation’s history.

But we are in the era of political miracles, starting with the historic result of the 14th General Election on May 9, 2018 despite Najib’s supreme confidence of an easy victory in the 14GE, even for Barisan Nasional to win back two-thirds parliamentary majority lost in the 12th General Election 10 years ago in 2008.

The Cameron Highlands by-election is therefore a second opportunity to prove Najib wrong – and this time, by the voters of Cameron Highlands.

It is regrettable that Najib is resorting to cheap and low-class politics, which required the Director-General of the Department of Orang Asli Development (JAKOA), Datuk Ajis Sitin to issue a statement yesterday to refute the former Prime Minister’s allegation that the Pakatan Harapan government did not provide allocation for the Orang Asli community in Budget 2019.

Ajis said the Pakatan Harapan government allocated RM100 million for the development and welfare of the Orang Asli community nationwide and the focus will be on the construction and upgrade of roads to facilitate Orang Asli in their daily activities to raise their socio-economic status.

Najib also launched an attack on me for saying that the previous BN government had neglected the Orang Asli.

There can be no doubt that Najib, as the sixth Prime Minister of Malaysia for eight years, had failed the Orang Asli in the country by focusing on the international 1MDB corruption and money-laundering scandal and other 1MDB-line scandals in Felda, Felcra, MARA and Tabung Haji instead of bringing the Orang Asli into the national mainstream of development.

Is Najib prepared to compare the total amount of public funds squandered in the 1MDB scandal and the other 1MDB-like scandals with the total expenditures spent on Orang Asli development in his eight years as Prime Minister?

It is a crying shame that after six decades of JAKOA history, only about 30 per cent of JAKOA staff are Orang Asli and only two JAKOA State Directors are from the Orang Asli community, when by now, after more than six decades of JOKOA, at least 70 per cent of the JAKOA staff and all State JOKOA Directors should have come from the Orang Asli community.

There are 27 Orang Asli kampongs in the Cameron Highlands constituency, involving 1,637 families with a total population of 6,976 people.

If Najib had not focussed his attention and energies on tne 1MBD scandal and other 1MDB-linked scandals, bogged down in corruption and abuses of power to such extent that Malaysia was condemned by the world as a “global kleptocracy” and he had devoted more funding and resources for the development of the Orang Aslis, the plight of the Orang Aslis in Cameron Highlands today would be in a better position.

Does Najib deny that in this modern age of Internet where information travels at the speed of light, some 20 per cent of the Orang Aslis in the Cameron Highlands constituency live without electricity.

Can Najib define what he understands as the meaning of the full success of JAKOA?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Brinchang, Cameron Highlands on Sunday, 6th January 2019)

———————————–
———————————–

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Brinchang, Cameron Highlands pada Ahad, 6 Januari 2019:

Najib mengecewakan masyarakat Orang Asli semasa menjadi Perdana Menteri dengan menumpukan kepada rasuah antarabangsa 1MDB dan skandal pengubahan wang haram daripada membawa masyarakat Orang Asli ke dalam arus utama pembangunan negara

Satu soalan utama yang bermain di fikiran pengundi di Cameron Highlands adalah mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meletakkan dirinya sebagai jurucakap utama Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari nanti.

Najib semasa di Pekan semalam, berkata yang beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan dalam PRK Cameron Highlands.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, mengapa Najib tidak ada sekelumit rasa malu terhadap hakikat bahawa PRK Cameron Highlands diadakan susulan terdapat bukti berlakunya politik wang, membeli undi dan amalan rasuah.

Saya sebelum ini ada menyatakan bahawa Pakatan Harapan memerlukan keajaiban untuk menang dalam PRK Cameron Highlands kerana kerusi itu sejak sekian lama merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional yang tidak ditembusi oleh mana-mana parti lain.

Namun, kita kini berada di dalam era keajaiban politik, bermula dengan keputusan bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, walaupun Najib begitu yakin akan memperoleh kemenangan mudah dan menguasai semula majoriti dua pertiga Parlimen yang gagal direalisasikan mereka dalam PRU12 pada 2008.

Justeru itu, PRK Cameron Highlands adalah peluang kedua untuk membuktikan bahawa Najib salah – dan kali ini, ini harus dibuktikan oleh pengundi Cameron Highlands.

Adalah dikesalkan apabila Najib begitu terdesak sehingga perlu memainkan politik murahan dan menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ajis Sitin terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan semalam, bagi menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri itu bahawa kerajaan Pakatan Harapan kononnya tidak memberikan peruntukan untuk masyarakat Orang Asli dalam Belanjawan 2019.

Menurut Ajis, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan tumpuan akan diberikan bagi membina dan menaik taraf jalan untuk memudahkan Orang Asli melakukan aktiviti seharian, sekali gus meningkatkan status sosio-ekonomi mereka.

Najib turut melakukan serangan terhadap saya berhubung kenyataan saya yang mengatakan kerajaan BN mengabaikan masyarakat Orang Asli.

Tidak boleh dinafikan lagi yang Najib, sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam selama lapan tahun, telah mengecewakan masyarakat Orang Asli di negara ini dengan memberikan tumpuan kepada rasuah antarabangsa 1MDB dan skandal pengubahan wang haram serta skandal lain melibatkan Felda, Felcra, MARA dan Tabung Haji daripada membawa masyarakat Orang Asli ke dalam arus utama pembangunan negara.

Adakah Najib berani untuk membandingkan jumlah dana awam yang telah dibazirkan dalam skandal 1MDB dan skandal serupa 1MDB dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk pembangunan Orang Asli selama lapan tahun beliau menjadi Perdana Menteri?

Bukankah memalukan, setelah enam dekad JAKOA ditubuhkan, hanya 30 peratus kakitangan JAKOA adalah terdiri daripada Orang Asli dan hanya dua Pengarah Negeri JAKOA adalah daripada masyarakat Orang Asli, sedangkan sepatutnya sekarang, sekurang-kurangnya 70 peratus kakitangan JAKOA dan semua Pengarah JAKOA perlu datang darpada masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Terdapat 27 kampung masyarakat Orang Asli di kawasan Cameron Highlands, melibatkan 1,637 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 6,976 orang.

Jika Najib tidak terlalu memberikan tumpuan dan mencurahkan tenaganya kepada skandal 1MDB dan skandal berkaitan 1MDB, terjerumus dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga Malaysia dikutuk masyarakat dunia dengan gelaran “kleptokrasi global” dan memberikan lebih peruntukan dan sumber untuk pembangunan Orang Asli, nasib Orang Asli di Cameron Highlands hari ini mungkin lebih baik.

Adakah Najib ingin menafikan, dalam era moden Internet di mana maklumat bergerak pantas pada kelajuan cahaya, kira-kira 20 peratus masyarakat Orang Asli di kawasan Cameron Highlands masih belum mendapat kemudahan bekalan elektrik.

Bolehkah Najib menjelaskan apakah sebenarnya yang difahami beliau tentang makna kejayaan JAKOA?

Exit mobile version