Making the rounds on the social media is the work of a wag that the former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak attended the Anti-ICERD rally in Kuala Lumpur on Saturday to turn it into a IC(curi)E(ngkau)R(amai-ramai)D(efend) endorsement of his kleptocratic rule and the 1MDB corruption scandal.
This cannot be so, as it is unbelievable that the tens of thousands who rallied at Dataran Merdeka on Saturday supported Najib and his kleptocracy record, including the globally infamous 1MDB kleptocratic scandal.
Najib’s attendance at the Anti-ICERD rally is most questionable, especially as it is confirmed that Najib, accompanied by the former 1MDB Chairman Arul Kanda Kandasamy, will be charged tomorrow over the alleged tampering of the Auditor-General’s 1MDB Report – continuing Najib’s personal odyssey to overtake UMNO President Datuk Zahid Hamidi’s 45 corruption charges.
A day after the Anti-ICERD Rally, New York Times carried a long report entitled “A Yacht, a Monet, a See-Through Piano: The U.S. Collects on a Fugitive’s Shopping Spree”, a fulsome account of the ill-gotten gains of the 1MDB kleptocratic scandal.
It said:
“The fund at the center of the investigation, called the 1Malaysia Development Berhad fund or 1MDB, was supposed to benefit ordinary Malaysians. It raised billions of dollars from banks and borrowed from investors, ostensibly to finance projects like a joint venture with a Saudi oil company and the purchase of power plants.
“But prosecutors say 1MDB became a ‘massive, brazen and blatant’ money-laundering scheme, in which billions were diverted into the bank accounts of senior officials, including the former prime minister Najib Razak, his family and associates and Mr. Low.”
Will there be a Anti-Kleptocracy Rally, and will the two major speakers at the Anti-ICERD rally, Datuk Seri Zahid Hamidi and Datuk Seri Hadi Awang prepared to speak at such a rally to condemn 1MDB scandal and grand corruption in Malaysia, which reached such stratospheric heights as to make Malaysia a global kleptocracy under Najib’s premiership.
Of course not.
Today is the last day of the Parliamentary budget meeting for the Dewan Rakyat.
Neither at the 20-day Opening of the 14th Parliament meeting in July/August nor at the 30-sitting of the Budget meeting in October/November/December had a single Opposition Member of Parliament from UMNO and PAS declared his or her stand whether 1MDB scandal was a national catastrophe and whether Najib should be held responsible for Malaysia becoming a global kleptocracy.
For the past few years, Malaysia had been haunted and hounded by the RM50 billion 1MDB scandal, totted up a national debt of a trillion ringgit and gained international notoriety as a global kleptocracy. Are these lies and slanders?
If Malaysia is to be a world top-class nation, Malaysians must put an end to the toxic politics of lies, hate, fear, race and religion whether it be the falsehood that the 1MDB scandal is a international conspiracy against Malaysia or the falsehood that the International Convention for the Elimination of all forms of Racial Discrimination (ICERD) is anti-Malay, anti-Islam, anti-Malay Rulers and a “Freemason agenda” to destroy Malaysia and Islam.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, llth December 2018)
———————————- ———————————-
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Selasa, 11 Disember 2018:
Kini sedang beredar di media sosial satu bahan lawak yang mengatakan bahawa Najib Razak hadir pada himpunan Anti-ICERD pada Rabu kerana mahu menjadikannya himpunan itu sebagai himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend), iaitu suatu bentuk sokongan terhadap pemerintahan kleptokratik beliau dan skandal rasuah yang membelenggu 1MDB.
Kini sedang beredar di media sosial satu bahan lawak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak hadir pada himpunan Anti-ICERD pada Rabu kerana mahu menjadikannya himpunan itu sebagai himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend), iaitu suatu bentuk sokongan terhadap pemerintahan kleptokratik beliau dan skandal rasuah yang membelenggu 1MDB.
Tidak mungkin, kerana sukar untuk percaya bahawa ribuan yang berhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu menyokong Najib dan rekod kleptokratiknya, termasuk skandal kleptokratik 1MDB yang dikenali di seluruh dunia.
Kehadiran Najib pada perhimpunan Anti-ICERD baru-baru ini paling dipersoal, lebih-lebih apabila beliau disahkan, bersama-sama bekas Pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bakal didakwa esok atas dakwaan meminda laporan 1MDB yang dikeluarkan Ketua Audit Negara.
Sehari selepas himpunan Anti-ICERD, New York Times menerbitkan sebuah laporan panjang bertajuk *_“A Yacht, a Monet, a See-Through Piano: The U.S. Collects on a Fugitive’s Shopping Spree”_*, yang menceritakan mengenai skandal kleptokratik 1MDB.
_“Dana yang sedang menjadi siasatan utama, dipanggil sebagai dana 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB, sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia biasa. Ia meminjam berbilion dolar wang daripada bank dan meminjam daripada pelabur, kononnya untuk membiayai projek seperti usaha sama dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi serta pengambilalihan loji kuasa._
_“Bagaimanapun pihak pendakwa raya berkata 1MDB telah menjadi sebuah skim pengubahan wang haram yang bersifat ‘mega, tidak tahu malu dan terang-terangan’, di mana berbilion wang dilencongkan ke dalam akaun bank pegawai kanan, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, keluarganya dan rakan subahatnya serta Encik Low.”_
Mungkinkah akan ada himpunan Anti-Kleptokrasi selepas ini, dan adakah dua penceramah utama himpunan Anti-ICERD iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hadi Awang sudi untuk berucap pada himpunan seumpama itu bagi mengutuk skandal 1MDB.
Sudah tentu tidak.
Hari ini adalah hari terakhir sidang belanjawan Parlimen untuk Dewan Rakyat.
Sepanjang 20 hari pembukaan sidang Parlimen ke-14 pada Julai/Ogos dan 30 hari sidang belanjawan pada Oktober, November, Disember, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pembangkang dari UMNO dan PAS menyatakan pendirian mereka berhubung sama ada skandal 1MDB merupakan malapetaka kepada negara dan sama ada Najib harus dipertanggungjawabkan kerana menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.
Untuk beberapa tahun lalu, Malaysia dihantui dan dibayangi oleh skandal RM50 billion 1MDB, menjadikan hutang negara meningkat sehingga RM1 trilion ringgit. Adakah ini pembohongan dan fitnah?
Jika Malaysia mahu menjadi negara bertaraf dunia, rakyat Malaysia harus meninggalkan politik toksik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan agama, apatah lagi pembohongan bahawa kononnya skandal 1MDB adalah konspirasi dunia terhadap Malaysia atau pembohongan bahawa kononnya ICERD anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu dan kononnya sebuah “agenda Freemason” untuk memusnahkan Malaysia dan Islam.
– Lim Kit Siang