PAS

Hadi has proved himself a disgrace to political Islam as he cannot comply with my 48-hour challenge to substantiate his allegation that DAP discriminates against the East Coast by opposing equal development for Terengganu and Kelantan

By Kit

October 22, 2018

PAS President, Datuk Haji Hadi Awang has proved himself a disgrace to political Islam as he cannot comply with my 48-hour challenge to substantiate his allegation that DAP discriminates against the East Coast by opposing equal development for Terengganu and Kelantan.

I am reminded of Saturday’s 47th ABIM annual congress at Universiti Sains Islam Malaysia in Nilai themed “Visi Islam dalam aspirasi Malaysia Baharu” and the keynote address by Professor Datuk Dr. Siddiq Fadzil on “Malaysia Baharu & Kesinambuangan Reformasi Islahiy”, where Dr. Siddiq stressed that the prerequisite for the building of a New Malaysia is to undertake a “human and cultural transformation”.

He spoke of “nilai malu” which he described as “nilai teras ajaran Islam”.

He said:

Sifat malu adalah kekuatan moral yang dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan keji. Sifat malu juga adalah ciri orang bermaruah. Justeru, orang bermaruah malu berperilaku tidak bermoral, malu melakukan korupsi, malu menganggotai organisasi korup, malu di perintah kerajaan korup, malu dipimpin ketua korup, malu ditipu dan diperbodoh, malu menjadi bangsa yang ketinggalan, malu negaranya desebut ‘kleptocracy at its worst’.”

Dr. Siddique spoke about “moral deficit” and the death of idealism in politics, which have given rise to many modern political ills including the politics of lies, falsehood and fake news.

The greater culprit today in the politics of lies, falsehood and fake news is none other than President Trump of the United States, and Dr. Siddique referred to a Washington Post report which calculated that Trump had made 2,140 false or misleading claims during his first year in office – an average of nearly 5.9 per days.

Dr Siddique concluded: “Kebenaran harus diselamatkan segera sebelum terkubur dalam politik bohong. Untuk itu Malaysia Baharu harus mengamalkan politik moral yang komited terhadap misi pendaulatan nilai kebenaran dan kejujuran.”

Dr. Siddique speech struck a chord in me, as for decades, I had been a victim of demonisation and fake news, at the receiving end of an long-time orchestrated campaign to paint me as quite a devil, a puaka, even jembalang; that I am anti-Malay, anti-Islam; cause of May 13, 1969 riots; a communist; a stooge of foreign powers; multiple agent of foreign powers including CIA, KGB, MI5, Australian Secret Intelligence; received RM1 billion from Mahathir, RM100 million from tycoon Robert Kuok and over RM1.2 billion from Israeli sources to fund the 13th General Election; given RM40 million to a news portal; offered PAS President Hadi Awang RM100 million to defy the Sultan of Selangor; that I dominate and run Pakatan Harapan; made other leaders like Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Mohamad Sabu and Husam Musa into my stooges and puppets; want to be Prime Minister when Pakatan Harapan wins the 14th General Election; want to disband Malay Regimen and destroy Malaysia-China relations, and a litany of incredible fake news, false information and downright lies!

It was even alleged that on Dec. 3, 2016, I had a secret meet with Tun Mahathir where we sealed an agreement that after the 14th General Election, Mukhriz Mahathir would be the Prime Minister and I the Deputy Prime Minister.

In actual fact, there was no such Dec. 3, 2016 meeting with Mahathir at all and in my various meeting with Mahathir before the 14th General Election, we never discussed the subject of Prime Minister or Deputy Prime Minister!

Some of these purveyors of lies, falsehoods and fake news are inventing new ones against me and the DAP, like the recent “cock-and-bull” story that I had advocated after the May 1969 general election for Peninsular Malaysia to be split into two, East Coast for the Malays and West Coast for the Chinese.

However, my “Jelajah Raya di Pantai Timor” in Pahang, Terengganu and Kelantan in July last year had vindicated me and confirmed what I had always believed – that the lies and falsehoods which form the core of the UMNO demonisation campaign against me and DAP leaders, painting us as anti-Malay and anti-Islam, do not have any traction with the majority of Malays and Muslims, as they are not so stupid and irrational as to succumb to the lies, fake news and false information pumped out by the UMNO propaganda mills of lies and falsehoods.

The question is why the PAS President, Datuk Seri Haji Awang, is setting out to be the Trump of Malaysia with his latest lie that the DAP discriminates against the East Coast by opposing equal development for Terengganu and Kelantan?

I am confident that just as the UMNO lies, falsehoods and fake news about the DAP being anti-Malay and anti-Islam have failed, similarly the lies, falsehoods and fake news being churned out by Hadi that the DAP is anti-Malay and anti-Islam will also fail.

Both UMNO and PAS leaders do not seem to realise that we are in the age of information, where information travels at the speed of light and that they are fighting a losing battle to believe that the Malays are so gullible as to fall victims to the lies, falsehoods and fake news churned out by the UMNO and PAS propagandists.

Najib and Hadi must wake up to realise that the Malays are living in the second decade of the 21st century, and not in the first decade of the fifthteen century!

(Media statement in Gelang Patah on 22 October 2018) ————————————– ————————————–

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada Isnin 22 Oktober 2018 di Gelang Patah:

Hadi Awang memalukan politik Islam apabila gagal menyahut cabaran saya untuk membuktikan tuduhannya bahawa DAP mendiskriminasi negeri-negeri di Pantai Timur dengan menentang pembangunan setara di Terengganu dan Kelantan dalam tempoh 48 jam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memalukan politik Islam apabila gagal menyahut cabaran saya untuk membuktikan tuduhannya bahawa DAP mendiskriminasi negeri-negeri di Pantai Timur dengan menentang pembangunan setara di Terengganu dan Kelantan dalam tempoh 48 jam.

Saya diingatkan mengenai kongres tahunan ABIM ke-47 di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai yang bertemakan “Visi Islam dalam aspirasi Malaysia Baharu” dan ucaptama oleh Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil mengenai “Malaysia Baharu & Kesinambuangan Reformasi Islahiy”, di mana Dr. Siddiq menegaskan bahawa prasyarat untuk membina sebuah Malaysia Baru adalah dengan melaksanakan “transformasi budaya dan manusia”.

Beliau bercakap mengenai “nilai malu” yang digambarkannya sebagai “nilai teras pengajaran Islam”.

Beliau berkata:

“Sifat malu adalah kekuatan moral yang dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan keji. Sifat malu juga adalah ciri orang bermaruah. Justeru, orang bermaruah malu berperilaku tidak bermoral, malu melakukan korupsi, malu menganggotai organisasi korup, malu di perintah kerajaan korup, malu dipimpin ketua korup, malu ditipu dan diperbodoh, malu menjadi bangsa yang ketinggalan, malu negaranya desebut ‘kleptocracy at its worst’.”

Dr. Siddique bercakap tentang “defisit moral” dan kematian idealisme dalam politik, yang menimbulkan banyak masalah politik moden termasuk politik pembohongan, kepalsuan dan berita palsu.

Pelaku politik pembohongan, kepalsuan dan berita palsu paling besar hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Dr. Siddique merujuk laporan Washington Post yang mendedahkan bahawa Trump membuat 2,140 tuduhan palsu atau mengelirukan pada tahun pertama pentadbiran – purata hampir 5.9 setiap hari.

Dr Siddique membuat kesimpulan: “Kebenaran harus diselamatkan segera sebelum terkubur dalam politik bohong. Untuk itu Malaysia Baharu harus mengamalkan politik moral yang komited terhadap misi pendaulatan nilai kebenaran dan kejujuran.”

Ucapan Dr. Siddique menyentuh perasaan saya, kerana selama beberapa dekad, saya telah menjadi momokan dan berita palsu, pada akhir kempen yang telah lama dirancang untuk mengambarkan saya sebagai setan, puaka, bahkan jembalang; bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam; pencetus rusuhan 13 Mei 1969; komunis; tali barut asing asing; ejen kuasa asing termasuk CIA, KGB, MI5, Perisikan Rahsia Australia; menerima RM1 bilion daripada Mahathir, RM100 juta daripada hartawan Robert Kuok dan lebih RM1.2 bilion daripada sumber Israel untuk membiayai Pilihan Raya Umum Ke-13; diberi RM40 juta untuk sebuah portal berita; menawarkan Presiden PAS Hadi Awang RM100 juta untuk menentang Sultan Selangor; bahawa saya menguasai dan mengerakkan Pakatan Harapan; menjadikan pemimpin lain seperti Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Mohamad Sabu dan Husam Musa sebagai tali barut dan boneka; mahu menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14; mahu membubarkan Regimen Melayu dan memusnahkan hubungan Malaysia-China, dan pelbagai lagi berita palsu, maklumat palsu dan pembohongan.

Ada juga yang mendakwa pada 3 Disember 2016, saya mengadakan pertemuan rahsia dengan Tun Mahathir dan membuat perjanjian bahawa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri dan saya Timbalan Perdana Menteri.

Hakikatnya, tidak ada sebarang pertemuan berlangsung antara saya dan Mahathir pada 3 Disember 2016 dan dalam pelbagai pertemuan antara saya dan Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, kami tidak pernah berbincang tentang calon Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri!

Sebahagian daripada pencetus pembohongan, kepalsuan dan berita palsu ini telah mereka cipta kisah baru bagi menyerang saya dan DAP, seperti kisah temberang yang tular baru-baru ini, yang menuduh saya kononnya ada membuat cadangan supaya Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada dua, Pantai Timur untuk orang Melayu dan Pantai Barat untuk orang Cina, selepas Pilihan Raya Umum Mei 1969 .

Bagaimanapun, “Jelajah Raya di Pantai Timur” yang saya sertai di Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Julai tahun lepas telah membuktikan dan mengesahkan apa yang saya sering percaya – bahawa pembohongan dan kepalsuan yang menjadi teras kempen jahat UMNO terhadap saya dan pemimpin DAP, yang menggambarkan kami sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, tidak mampu menarik minat majoriti orang Melayu dan Islam, kerana mereka berfikiran rasional dan tidak mudah diperbodohkan untuk mempercayai pembohongan, berita palsu dan maklumat palsu yang disebarkan oleh kilang propaganda dusta dan kepalsuan yang digerakkan UMNO.

Persoalannya ialah mengapa Presiden PAS, Datuk Seri Haji Awang, mahu menjadi Trump versi Malaysia dengan menuduh bahawa DAP mendiskriminasi negeri-negeri di Pantai Timur dengan menentang pembangunan setara bagi Terengganu dan Kelantan?

Saya yakin, sama seperti kegagalan dakyah pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang dilakukan UMNO terhadap DAP dengan tuduhan anti-Melayu dan anti-Islam, begitu juga pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang dilemparkan oleh Hadi terhadap DAP dengan tuduhan anti-Melayu dan anti-Islam akan turut menemui nasib yang serupa.

Kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS nampaknya tidak menyedari bahawa kita kini berada di era maklumat, era di mana maklumat bergerak pantas dan mereka memperjuangkan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai sia-sia apabila menganggap bahawa orang Melayu begitu mudah terpedaya dan seterusnya menjadi mangsa pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang dilemparkan oleh propagandis UMNO dan PAS.

Najib dan Hadi harus berhenti bermimpi dan menyedari bahawa orang Melayu hidup dalam dekad kedua abad ke-21, dan bukan pada dekad pertama abad ke lima belas!

– Lim Kit Siang