Has the Public Accounts Committee (PAC) Chairman Datuk Seri Ronald Kiandee misunderstood the intent and purpose of the parliamentary motion last August directing the PAC to re-open a detailed investigation into the 1MDB scandal?
The Parliamentary motion unanimously passed by all MPs last August directed the PAC to “conduct again a detailed investigation on the embezzlement of monies and the scandal with regard to 1MDB and its related companies in order to restore the dignity of the Dewan Rakyat; and that all related information should be made public”.
In his interview with the New Straits Times yesterday, Kiandee said that the PAC will “resurrect and deconstruct” the previously-concluded report on the 1Malaysia Development Bhd (1MDG) scandal that “cleared” former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
In the first place, the very unsatisfactory PAC report of the 13th Parliament on the 1MDB scandal never “cleared” Najib of any wrongdoing in the 1MDB scandal – a claim which Najib himself had repeatedly asserted before the 14th General Election but could not substantiate.
On 25th March 2018, I had emailed the then Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak to ask him to fix an appointment for him to show me and DAP National Publicity Secretary and MP for PJ Utara, Tony Pua, where in the Public Accounts Committee (PAC) Report on 1MDB he was absolved of any wrongdoing in the 1MDB scandal which had transformed Malaysia overnight into a global kleptocracy.
I said that Najib’s claim that he had been cleared of any wrongdoing in the PAC report over 1MBD was false and baseless, and the latest example of the “fake news” concocted and peddled by those-in-power in Putrajaya before the 14th General Election.
I was even prepared to indulge Najib by declaring that if he could not show chapter and verse from the PAC Report absolving him of any wrongdoing in the 1MDB scandal, I would be satisfied if he could show that he is exonerated by the Auditor-General’s Report on 1MDB, which had not been public at the time on the ridiculous ground that it was classified under the Official Secrets Act.
But there was no response from Najib as he could neither quote chapter and verse whether from PAC Report or the Auditor-General’s Report on the 1MDB absolving him of any wrongdoing in the 1MDB scandal!
It was the mistaken mindset and mentality of Barisan Nasional MPs and leaders before the 14th General Election that the PAC Report had absolved Najib of any wrongdoing the 1MDB scandal, and it is necessary for Kiandee to get rid of such mistaken mindset and mentality if he is live up to his responsibilities as PAC Chairman in the 14th Parliament.
How can the PAC or the Auditor-General absolve Najib of any wrongdoing in the 1MDB scandal when neither the PAC nor the Auditor-General had the opportunity to question him Najib, considering Najib’s key role in 1MDB?
On hindsight, it is clear that if there is no Najib as the Prime Minister, giving his full blessing and authorisation to Jho Low to carry out his depredations and thievery through 1MDB, the 1MDB scandal would not have happened and Malaysia would never have suffered in the infamy, ignominy and iniquity of being regarded worldwide as a global kleptocracy!
Kiandee should realise that the Parliamentary motion in August never asked the PAC of the 14th Parliament to “resurrect and deconstruct” – whatever that means – the PAC Report on 1MDB of the 13th Parliament, but to carry out a detailed investigation into the 1MDB scandal – which the PAC of the 13th Parliament had not been able to do because of the obstruction, miscarriage and subversion of justice perpetrated by Najib’s agents in the PAC and Parliament.
The PAC Report of the 13th Parliament on the 1MDB scandal failed Parliament and the nation as it failed to do justice to the biggest kleptocratic scandal in the nation’s history and save Malaysia from the infamy, ignominy and iniquity of a global kleptocracy.
Let not the PAC Report on the 1MDB scandal of the 14th Parliament follow the footsteps of its counterpart of the 13th Parliament.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 3rd October 2018)
—————————————-
—————————————-
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Rabu, 3 Oktober 2018:
Adakah Pengerusi PAC Ronald Kiandee tersalah faham akan tujuan dan maksud usul Parlimen mengarahkan PAC untuk menyiasat semula skandal 1MDB secara terperinci?
Usul Parlimen yang disokong sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen dan diluluskan pada bulan Ogos lalu mengarahkan PAC untuk “melaksanakan semula siasatan terperinci ke atas skandal dan pengelapan wang 1MDB dan syarikat berkaitan bertujuan mengembalikan maruah Dewan Rakyat; dan semua maklumat berkaitan harus didedahkan kepada orang awam”.
Dalam temu bualnya dengan New Straits Times semalam, Kiandee berkata PAC akan “membangkitkan semula dan membongkar” laporan yang telah diselesaikan sebelum ini mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang “membersihkan” bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada mulanya, Laporan PAC pada Parlimen ke-13 yang sangat tidak memuaskan mengenai skandal 1MDB sebelum ini, tidak pernah “membebaskan” Najib daripada sebarang salah laku membabitkan skandal 1MDB – dakwaan yang berulang kali ditegaskan oleh Najib sendiri sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, namun tidak dapat dibuktikan.
Pada 25 Mei 2018, saya telah menghantar e-mel kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memintanya menetapkan perjumpaan baginya untuk menunjukkan kepada saya dan Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen PJ Utara (Kini Damansara), Tony Pua, di bahagian mana dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB yang menyatakan bahawa beliau (Najib) dibebaskan daripada sebarang salah laku berkaitan skandal 1MDB yang telah mengubah Malaysia menjadi kleptokrasi global.
Saya berkata bahawa dakwaan Najib yang beliau kononnya telah dibersihkan daripada sebarang salah laku berdasarkan laporan PAC mengenai 1MBD adalah palsu dan tidak berasas, dan contoh terkini “berita palsu” yang dikarang dan dilancarkan oleh mereka yang berkuasa di Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.
Saya juga bersedia untuk menurut kemahuan Najib dengan menyatakan bahawa jika beliau tidak dapat menunjukkan bahagian daripada Laporan PAC yang membebaskannya daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB, saya akan berpuas hati jika beliau dapat menunjukkan bahawa beliau telah dibebaskan oleh Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB – yang tidak didedahkan kepada umum pada masa itu dengan alasan yang tidak masuk akal bahawa ia diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Tetapi tidak ada sebarang respons daripada Najib kerana beliau tidak dapat memetik bahagian mana daripada Laporan PAC atau Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang membebaskannya daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB!
Ia adalah pemikiran dan mentaliti salah ahli parlimen dan pemimpin Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, apabila mereka menganggap bahawa Laporan PAC telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku skandal 1MDB, dan Kiandee perlu menyingkirkan pemikiran dan mentaliti yang salah itu jika beliau mahu memenuhi tanggungjawabnya sebagai Pengerusi PAC pada Parlimen ke-14.
Bagaimana PAC atau Ketua Audit Negara boleh membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB apabila PAC mahupun Ketua Audit Negara tidak mempunyai peluang untuk menyoal siasat Najib, mengambil kira peranan utama Najib dalam 1MDB?
Sekali lagi, adalah jelas bahawa jika Najib bukan Perdana Menteri, yang memberikan restu dan kuasa sepenuhnya kepada Jho Low untuk melakukan penyelewengan dan rompakan ke atas 1MDB, skandal 1MDB tidak akan berlaku dan Malaysia tidak akan pernah menderita dalam keaiban, rasa malu dan ketidakadilan apabila dianggap di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global!
Kiandee sepatutnya sedar bahawa usul Parlimen yang dibawa pada Ogos lalu tidak pernah meminta PAC pada Parlimen ke-14 untuk “membangkitkan semula dan membongkar” Laporan PAC mengenai 1MDB yang dikeluarkan pada sesi Parlimen ke-13 yang lalu, tetapi sebaliknya untuk menjalankan siasatan semula secara terperinci ke atas skandal 1MDB – yang tidak dapat dilakukan oleh PAC pada Parlimen ke-13 ekoran halangan, kesilapan dan subversi keadilan yang dilakukan oleh agen-agen Najib dalam PAC dan Parlimen.
Laporan PAC dalam Parlimen ke-13 mengenai skandal 1MDB telah menghampakan Parlimen dan negara kerana gagal melakukan keadilan terhadap skandal kleptokratik terbesar dalam sejarah negara dan menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi global, yang aib, memalukan, dan tidak adil.
Jangan biarkan Laporan PAC mengenai skandal 1MDB pada Parlimen ke-14 mengikuti jejak langkah seperti yang berlaku pada Parlimen ke-13.
– Lim Kit Siang