Ke mana agaknya arah tuju PAS?


oleh Zamzani Husin
Roketkini
18 Mac 2017

Saya dapat membayangkan bagaimana rentan dan berkecamuknya hati penyokong tegar PAS apabila dikhabarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang atau mungkin telah membahagi-bahagikan negeri untuk diperintah antara parti Islam itu dan seteru (lama?) iaitu UMNO yang kini di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Hadi Awang di hadapan podium dengan penuh yakin dan ‘tawaduk’ berkata:

“Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar PAS memimpin. Negeri lain UMNO nak lagi biarkan dia. Biarkan dia,” ujar Hadi Awang yang ketika itu berserban dan berjubah putih dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS di Alor Limbat dekat Marang.

Mungkin hadirin yang mendengar ucapan Hadi Awang ketika itu ada yang tersedak atau tercekik kuih, atau terus membatalkan niat untuk meneguk air atau tak kurang juga yang mungkin menarik nafas lega memanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas kurnian rezeki kerana impian untuk menyatukan umat Islam-Melayu akhirnya menjadi kenyataan.

Bagi yang percaya dan menyokong Hadi Awang, kisah penyatuan PAS-UMNO ini seolah-olah syurga dunia yang tidak boleh ditepis lagi, di hujung mata terlihat buah anggur melambai-lambai.

Dalam bayangan itu, segala skandal yang lahir dari perut UMNO seperti 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji dan banyak lagi yang melibatkan institusi Melayu bukan lagi satu isu ‘panas’ bagi PAS. Kerana matlamat yang lebih penting adalah untuk menyatukan umat Islam-Melayu yang terpisah sejak sekian lama.

Tapi dipisahkan oleh apa? Ideologi? Politik? Ini yang sering gagal dijawab ‘puak penyatu’ dengan tuntas dan secara saintifik malah penuh bertamadun.

Namun saya percaya, masih ada penyokong PAS yang waras dan sedar tentang permainan Hadi Awang yang sememangnya dilihat seolah-olah ‘gila kuasa’ apabila cuba membahagi-bahagikan negeri seperti dialog dua penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang karya Allahyarham P. Ramlee: “Satu untuk kau, satu untuk aku” ketika membahagikan hasil curian mereka di sebuah gua.

Cuma berapa peratus penyokong PAS yang ‘menolak secara diam’ Hadi Awang, Allahu Alam, tidaklah diketahui oleh saya mengenai itu. Yang pastinya pilihan raya umum dan keputusan PAS dalam pembahagian kerusi akan menentukan jatuh bangun parti Islam paling lama bertapak di Malaysia itu.

Persoalan yang perlu dijawab kini, dan harus disegerakan oleh penyokongnya adalah ke mana arah tuju PAS selain menegakkan RUU 355? Adakah menjalin kerjasama dengan UMNO yang korup atas dasar ‘politik matang’ atau bersendirian dan kesunyian melawan segala ketirisan yang berlaku?

  1. #1 by Bigjoe on Saturday, 1 April 2017 - 11:36 am

    I do not get it. EVEN critics of PAS handle them with kid gloves full of platitudes. ” Lawan ketirisan”? They cannot even find it, even when put in front of them, they know not the relevant important issues..

  2. #2 by good coolie on Saturday, 1 April 2017 - 1:07 pm

    Hasrat untuk menyatukan kaum Melayu dan umat Islam adalah perkara yang baik. Tetapi jangan pula penyatuan itu mengakibatkan kemunduran kaum Melayu secara berikut:-

    1. Membelakangkan kemajuan ekonomi orang-orang Melayu (lihatlah keadaan orang-orang Kelantan pada keselurahannya).
    2. Menjadi halangan terhadap kemajuan hak asasi kaum perempuan, antaranya hak untuk mendapat pelajaran setinggi-tinggi yang boleh, dan mendapat gaji yang saksama.
    3. Tidak membatalkan hak-hak yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan bagi semua warganegara Malaysia.

    Bukan sahaja kaum Melayu yang perlu bersatu. Kaum-kaum lain pun mesti bersatu juga. Malah, seluruh negara perlu bersatu padu.

  3. #3 by ezraanne ezra on Sunday, 2 April 2017 - 5:25 pm

    Are these people PAS really Islamic or they are actually Arabic? Their attitude towards other people who profess other than Islam and who are not malay – are bad enough (memutuskan hubungan dengan orang bukan Islam and those who don’t share their ‘islamic’ political ideology). Bad enough they PAS should not be given any trust to rule any where in this country.

  4. #4 by ezraanne ezra on Sunday, 2 April 2017 - 5:44 pm

    PAS people are a cocky lot cos they think they will be the sole inhabitants of heaven. Heaven is their ultimate goal arah tuju PAS. They won’t have time for the here and now. They’re just too busy collecting their rewards for the tomorrow.

You must be logged in to post a comment.