DAP

Lim Kit Siang and UMNO

By Kit

March 28, 2017

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 27.3. 2017

Saya ingin menyahut cabaran Tan Sri Annuar Musa untuk menulis esei berkenaan Lim Kit Siang. Rm50k yang ditawarkan sangat menarik minat saya untuk turut serta dalam cabaran ini, Tinggi harapan saya untuk mendapatkan Rm 50k yang dijanjikan itu malah saya juga berhasrat untuk menyumbang Rm50k itu kepada pasukan bola sepak Kelantan (TRW) dan juga membantu para pelajar UniKL/biasiswa MARA . Saya tidak terkejut TS Annuar Musa mampu memberi hadiah sebanyak RM 50k kerana sebelum ini kita telah lihat bagaimana “cekapnya” dia menguruskan pasukan TRW sampai “tidak pernah sekali pun” duit Pelaburan MARA/UNI KL digadaikan untuk menutup kelemahan urus tadbir beliau. “Bagus betul” menjaga kebajikan pelajar. Biasiswa MARA bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara & yang diperuntukkan untuk membiaya pelajar UNIKL yang diberhentikan membuktikan “kecekapan” beliau dalam mengendalikan tugasnya. Mungkin ini adalah satu langkah kehadapan bagi beliau bagi mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan rakyat Malaysia. Husnuzon, bersangkabaiklah. (Tetapi Bab Lim Kit Siang, Husnozon tak boleh tau) . Lim Kit Siang kan “anti-Islam” Lim Kit Siang “anti-Melayu” Lim Kit Siang “anti-Raja Melayu” . Let’s start with the first allegation, Lim Kit Siang “Anti-islam” Lim Kit Siang Anti Islam.

. Dia lah yang dikatakan menyalahgunakan harta anak yatim (YAPEIM) untuk main golf di luar negara (+Rm400K) sampai ada Yayasan anak yatim yang saman beliau sebanyak RM20 Juta. Eh, ni bukan Menteri UMNO (DS Jamil Khir). ni LIM KIT SIANG! Hidup ISLAM! . Dia lah yang mengepalai Parti DAP yang mengisyhtiharkan darurat di Kelantan pada tahun 1977, dengan itu merampas kuasa dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Eh, ni bukan UMNO-BN. Ni LIM KIT SIANG! Hidup Islam! . Dia lah dengan bantuan DAP yang MENAMBAH peruntukan untuk sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, jauh beza berbanding kerajaan Pro-Rakyat UMNO-BN. Eh, saya salah. Bukan LIM KIT SIANG yang baik, UMNO-BN yang baik. Lim Kit Siang buat untuk publisiti murahan ja. Dengan UMNO kita boleh Husnozon (bersangka baik), dengan LIM KIT SIANG tak boleh! Hidup Islam. . Let’s now proceed to the second allegation, Lim Kit Siang Anti-Raja Melayu” . Parti yang diketuai oleh Lim Kit Siang lah yang menyuarakan kebimbangan apabila akta MKN yang diluluskan tidak mendapat perkenan YDPA. Eh, sorry. Itu bukan LIM KIT SIANG. UMNO yang baik! . Dia lah yang nak “WHACK” Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila ada perbedaan pendapat. Eh, itu bukan DS Nazri Aziz. Itu LIM KIT SIANG! . Let’s now proceed to the third and final allegation, Lim Kit Siang “Anti-Melayu” (paling penting sekali) . Lim Kit Siang Anti-Melayu. . Dia lah yang dikatakan membikin filem lucah Wolf of Wall Street yang memakan belanja US$100 juta dan membayar hutang judi US$13 juta di pusat perjudian Las Vegas dengan menggunakan duit rakyat MALAYSIA yang majoritinya bangsa melayu. Eh, ni bukan anak kandung Rosmah Mansor, Riza Aziz yang disaman oleh Department of Justice. Ini LIM KIT SIANG! Hidup Melayu! . Dia lah yang menolak peruntukkan MARA/JPA. Dia lah yang menolak peruntukkan kepada universiti2 awam. Dia lah yang mengenakan cukai GST dan menarik semula pelbagai jenis subsidi yang akhirnya membebankan rakyat kerana kos sara hidup yang tinggi. Sambil semua ini berlaku, dia lah yang hidup dengan penuh kemewahan sampai berjuta juta wang rakyat dikatakan dibelanjakan untuk beli “anti-ageing products” untuk isteri kesayangannya(eh, siapa kata ini berkenaan Najib & Rosmah?) . Index rasuah Malaysia makin teruk? Ini Salah Lim Kit Siang. RM28Billion (~USD7 BILLION) disalahgunakan oleh 1MDB? Ini Salah Lim Kit Siang. Skandal RM100 Juta Kementerian Belia & Sukan, Skandal RM105 Juta Jabatan Air Sabah, Skandal YAPEIM, Skandal MARA-Australia, Skandal Exco Perumahan Johor, Skandal DBKL dll…… Semua salah siapa? . Semua salah LIM KIT SIANG! Hidup Melayu! . As a Malaysian, As a Muslim, As a Malay, . To me, he is my fellow Malaysian. Even before I joined the opposition, I have always stayed away from the politics of mislabeling someone “Anti-Malay/Anti-Islam” etc. Instead of labelling someone, I prefer to confront them with arguments and deal with the issue head on. I don’t need to hide behind a ”labeling” to succeed in forwarding my argument. . I might disagree with Lim Kit Siang on some issue, but never will I call him an “Anti-Malay”, “Anti-Islam”, Anti- Raja raja Melayu”.

He is my fellow Malaysian.

SYED SADDIQ Ketua ARMADA PPBM