Corruption

Apa dah jadi dengan Negara kita?

By Kit

February 11, 2016

Oleh Yunus Tasim Free Malaysia Today February 10, 2016 Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

Apa dah jadi dengan Negara kita? Bila wang berbillion di katakan derma Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua Setelah sekian lama mengarang cerita Semuanya serba tak kena Apa lagi untuk diterima dan dipercaya Tiba-tiba wang dipulang semula Kepada penderma yang tak tahusiapa Katanya Arab yang dah kaya raya Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara

Apa dah jadi dengan Negara kita? Bila siasatan mengambil masa lama Bukan satu agensi, tetapi tiga Malaysia kan bukan negara Afrika Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA Maka dengan Peguam Negara ditolaknya Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa Tanda SPRM tidak cekap kerjanya? Atau itu memang lakonan yang direka Untuk mengabui mata rakyat jelata

Apa dah jadi dengan Negara kita? Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya Akaun bank Singapura dibekukan semua Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja Negara jadi terkenal kerna nista dan hina Angkara tipu daya pemimpin durjana

Apa nak jadi dengan Negara kita? Rasuah disanjung sebagai derma Salah guna kuasa dibiarkan sahaja Harapkan pegar, padi dimakan semua Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka Sampai bilakah si durjana kan menipu kita? Sehingga kita di alam baka? Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?