Lim Kit Siang

DAP dakwa risalah fitnah bertaburan di Teluk Intan

Oleh Hasbullah Awang Chik
The Malaysian Insider
May 30, 2014

Menjelang tempoh berkempen yang akan tamat tepat jam 12 tengah malam ini, pelbagai risalah ditaburkan di sekitar bandar Teluk Intan bagi memburuk-burukkan parti DAP dan calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengakui apa yang dikatakan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong mengenai kempen di Teluk Intan paling kotor itu benar tetapi ia bukanlah angkara DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

“Kita lihat dalam tempoh 24 jam pelbagai risalah dibanjiri di Teluk Intan dengan pelbagai bahasa, fitnah, dusta dan pembohongan. Antara fitnah yang dilemparkan adalah agenda tersirat DAP jika diberikan kuasa menerusi kemenangan Dyana, mengatur strategi mengusir keluar orang Melayu.

“Siapa yang mahu bertanggungjawab? DAP, Pakatan atau Umno BN? Mah boleh kata dia tak tahu. Semua pun tak tahu. Politik seksis, serangan hamper, politik wang, serangan politik Umno. Semua tak tahu. Ini pun dia tak tahu,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi DAP di Teluk Intan, hari ini.

Lim mendakwa, sebuah tabloid berjudul ‘Anson Bay’ diedarkan di Teluk Intan dengan melemparkan segala fitnah kepada DAP dengan mengenengahkan fakta tidak benar. – 30 Mei, 2014.

Exit mobile version