DAP

Fitnah 13 Mei: Dato Ghani Othman perlu lebih berani, tegas dan serius untuk menolak kempen politik kotor

By Kit

April 30, 2013

Saya kesal kerana risalah fitnah kononnya saya menjadi pencetus peristiwa 13 Mei 1969 masih disebarkan tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Malah sikap tidak serius Dato Abdul Ghani Othman, calon BN yang menjadi saingan saya bagi Parlimen Gelang Patah, membayangkan seolah-olah beliau tidak peduli dengan kempen kotor yang dilakukan oleh pelampau kaum di Johor.

Saya telah beberapa kali meminta Dato Ghani beliau supaya bersama-sama dengan saya untuk memastikan kempen pilihanraya benar-benar bersih dan tidak dicemarkan oleh penipuan dan pembohongan. Sebagai bekas Menteri Besar yang lama berkhidmat, beliau tentu faham betapa pentingnya untuk mengamalkan kempen PRU yang bersih.

Fitnah 13 Mei terhadap saya bukan sahaja kejam dan keji di sepanjang kempen PRU ini tetapi ia juga akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara kaum selepas selesai PRU. Ini adalah kerana ia berasaskan pembohongan dan penipuan semata-mata. Dato Ghani Othman perlu lebih berani, tegas dan serius untuk menolak kempen politik kotor ini.

Malah Dato Ghani sebagai seorang pemimpin yang sederhana serta bijak dalam bidang akademik sepatutnya lebih sedar tentang sejarah Malaysia. Beliau sepatutnya tahu bahawa saya tidak terlibat sama sekali dengan peristiswa 13 Mei 1969.

Saya tidak berada di Kuala Lumpur pada waktu itu kerana saya berada di Sabah pada 13 Mei 1969 untuk membantu kempen calon-calon Bebas yang sama prinsip perjuangan dengan DAP. Rekod tentang perkara ini ada dalam simpanan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Pihak berkuasa tidak pernah melibatkan saya dengan peristiwa 13 Mei 1969. Malah tuduhan terhadap saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1969 TIDAK ada kena-mengena dengan tragedi 13 Mei 1969.

Kempen busuk dan keji terhadap saya ini hanya memalukan budaya dan amalan orang Johor. Saya yakin pengundi-pengundi Johor sudah sedar tentang propaganda palsu yang telah menuduh DAP sebagai parti cauvinis. Ini adalah satu pembohongan.

Sejak ditubuhkan 47 tahun lalu, DAP berjuang semata-mata untuk kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kerana perjuangan inilah saya dan ramai pemimpin DAP yang lain telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA secara zalim dan kejam.

Jika Dato Ghani sudah lupa tentang perjuangan DAP, saya ingin membantu beliau mengingati apa yang kami perjuangkan selama ini. Antara prinsip-prinsip asas DAP adalah:

Semoga Dato Ghani faham dan akur tentang perjuangan DAP yang dipenuhi dengan duri, darah dan air mata. Semoga beliau berusaha lebih keras untuk memastikan kempen PRU kali ini benar-benar bersih dan bebas daripada fitnah.