Lim Kit Siang

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti

Oleh Aspan Alias
March 24, 2013 |The Malaysian Insider

Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini.

PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang “universal” dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan “ulamak songsang” yang datang dari kumpulan Umno yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong.

Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.

Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15 Disember yang lalu.

Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan RoS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (Umno).

Saya secara peribadi tidak mahu menolak kemungkin BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu. Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan dari kenyataan Nik Aziz Nik Mat semasa melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu.

TGNA telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika RoS bertindak seperti ia bertindak terhadap Umno asal dahulu, maka DAP mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan.

Tetapi apa yang menariknya DAP dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan keputusan yang melibatkan rakyat.

Dalam masa DAP menghadapi tekanan dari pihak RoS dan BN itu, PAS boleh di harapkan untuk membela parti sahabat sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai matlamat penyatuan kaum itu.. Permuafakatan di antara PAS dan DAP ini lah yang memeritkan Umno dan BN. Umno telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS untuk “survival” parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah intim kian hari kian masa.

Saya selalu berkata yang Umno merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan 1 Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang di war-warkan oleh Umno, yang menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat.

“Bersih, Cekap dan Amanah” merupakan slogan Umno semasa pemerintahan kuku besi Dr Mahathir Mohamad dahulu tetapi tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah seperti yang di slogankan itu.

Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan “Bersih. Cekap dan Amanah” itu. Sekarang 1 Malaysia adalah slogan Najib yang sedang di amalkan oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di antara kaum dan agama dengan jayanya.

Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba di perlekehkan oleh Umno yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini.

Umno yang mengaku sebagai pejuang Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap merialisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain.

Tuhan telah menurunkan di dunia ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain. Tuntutan ini lah yang tidak digemari Umno kerana tuntutan Allah swt ini tidak sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang liar dan menjilikan.

Apa yang di agakkan akan dilakukan oleh RoS terhadap DAP boleh di selesaikan dengan cara berpadu dan memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan kearah mencapai “national unity” yang merupakan “ultimate” bagi negara ini.

Sekarang apa yang saya selalu sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan Umno dan BN yang terlalu angkuh dan tidak dapat di fahami lagi apa sebenarnya matlamat perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata..

Sesungguhnya Umno sudah hilang segala “identity” nya sebagai sebuah parti pemerintah. “Attribute” sebagai parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat.

Umno sudah menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah cilik belaka sekarang ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

Exit mobile version