Lim Kit Siang

Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU13 – Untuk dua tahun berturut-turut, tiada satu pun universiti Malaysia yang berada di kedudukan 400 teratas dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013

Ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditunggu sekian lama kerana ia menonjolkan kegagalan agenda transformasi negara Najib untuk memulihkan perpaduan negara, mencapai kecemerlangan dan mendapatkan semula daya saing antarabangsa melalui pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) berserta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan mewujudkan banyak akronim yang tidak mungkin dapat diingat melalui pendekatan pembaharuan dengan aksara mengelirukan.

Di dalam keluaran terbaru Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, untuk dua tahun berturut-turut, tiada satu pun universiti Malaysia termasuk di dalam kedudukan 400 Universiti Teratas Dunia.

THE World University Rankings 2012-2013 amat menyedihkan tetapi amaran yang baik kepada rakyat Malaysia berkenaan kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 berkenaan “kebangkitan Universiti Asia-Pasifik”.

Seperti yang Phil Baty, editor THE World University Ranking komen:

“Keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti ternama dari seluruh rantau Asia-Pasifik telah menampakkan kemajuan ketara dalam kedudukan mereka di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, mendapat tempat di antara kuasa tradusional US dan UK.

“Pada jadual 2012-2013, institusi teratas di China, Singapura, Republik Korea dan Taiwan telah meningkat kedudukan mereka. Jiran Asia Pasifik, Australia, juga melalui tahun yang hebat, berbeza dengan US dan UK: majoriti wakil Anglo-Amerika di dalam 200 teratas, sekalipun masih dominan dari segi bilangan, telah semakin hilang tempat.”

“Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik” di dalam pendidikan tinggi dijelaskan seperti berikut:

Sejumlah 81 Universiti Asia Pasifik berjaya masuk di dalam THE 400 Top World University Ranking, tetapi tiada satu pun dari Malaysia, dan kita masih mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia – lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Sekiranya Malaysia mahu berpeluang untuk menjadi sebahagian Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti di dalam kedudukan 400 teratas malah di dalam 100 teratas, keseluruhan sistem perlu dibaikpulih, bermula dari sekolah rendah, menengah sehingga tahap universiti.

Ini hanya dapat tercapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia – dalam PRU13 yang julung kali sepanjang tempoh 56 tahun.

Exit mobile version