Lim Kit Siang

Pengiraan Detik 48 Hari ke PRU13: Najib ke arah mencipta rekodnya yang ketiga sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi mengelakkan daripada menjadi Perdana Menteri UMNO/BN terakhir lantas memenuhi ramalan “RAHMAN”

Parlimen ke-12 sepatutnya dibubarkan hari ini bagi membolehkan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, dengan pencalonan pada 16 Mac dan pembuangan undi pada 30 Mac.

Akan tetapi 22 Febuari akan datang dan berlalu tanpa sebarang pembubaran Parlimen, dengan spekulasi bahawa tarikh pembubaran dianjakkan antara 15 – 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April (dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak akan membuang undi kerana mereka dijangka tidak akan pulang ke kampong halaman sekali lagi selepas pulang ke sana minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang akan jatuh pada 5 April).

Saya dimaklumkan pertama kali tentang pembubaran Parlimen pada 22 Febuari selepas mensyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling “hangat”untuk pembubaran Parlimen PRU13.

Namun jelas dengan kesilapan demi kesilapan, Datuk Seri Najib Razak kekurangan keyakinan terhadap persediaanya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 dan kemampuan untuk melepasi ujian Mahathir oleh mantan Perdana Menteri pada 31 Januari tahun ini.

Pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 mantan Perdana Menteri yang berkhidmat paling lama serta menjadi kuasa sebenar di belakang takhta UMNO secara terbuka merumuskan “ujian Mahathir” untuk Najib di dalam PRU13 – iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan beliau sepatutnya melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika UMNO/Barisan Nasional Cuma mendalam majority tipis di dalam PRU13, yakni tanpa memperolehi majority dua pertiga parlimen untuk Barisan Nasional.

Akan tetapi sehingga Tahun Baru Cina pada 10 Febuari, dengan Psy dan Gangnam Style yang berharga jutaan ringgit untuk Tahun Baru Cina Pulau Pinang pada 11 Febuari, Najib masih sangat yakin bahawa beliau bersedia untuk pembubaran Parlimen pada 22 Febuari.

Namun Gangnam Style dan Psy terbukti senjata makan tuan, memandangkan kemunculan Psy di Pulau Pinang bukan sahaja satu kegagalan, akibat buruknya tersebar seluruh negara sepertimana yang digambarkan oleh sambutan dingin yang diterima Najib apabila beliau cuba mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong enam hari selepas kesan Psy.

Walaupun Najib menyangka bahawa bintang Korea K-Pop merupakan salah satu “senjata rahsia” untuk PRU13, sekarang boleh dikatakan Gangnam Style dan Psu yang “membunuh” niat bagi membubarkan Parlimen pada 22 Febuari – kerana pelbagai bencana politik dan perhubungan awam daripada jemputan bernilai RM3.5 juta untuk kemunculan Psy dan Gangnam Style dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Febuari.

Lagi pun, bukan satu sahaja bencana tetapi banyak bencana – “3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untuk BN”, kemelut lima minit “gaul yee sang”, Psy menolak untuk menarikan Gangnam 1Malaysia Style dengan Najib, Rosmah dan Ng Yen Yen serta dakwaan terdapat ancaman bunuh untuk Psy dan Najib yang tidak masuk akal.

Kesannya, Najib sedang kearah mencipta rekod ketiga sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi mengelakkan rekod keempat sebagai Perdana Menteri terakhir UMNO/BN memenuhi ramalan “RAHMAN”.

Dua rekod yang Najib telah capai sebagai Perdana Menteri ialah:

Rekod ketiga yang bakal Najib capau dalam dua minggu ini pada ulang tahun 8 Mac, 2008 “tsunami politik” dalam pilihan raya umum ke-12 ialah mempunyai Parlimen di bawahnya berkhidmat dalam tempoh penuh lima tahun, yang tidak pernah jadi sebelum ini dalam sejarah Parlimen Malaysia. Setiap Hari selepas 8 Mac merupakan hari melangkaui lima tahun penggal kebiasaan Parlimen.

Najib sedang mencapai tiga rekod ini bertujuan mengelakkan beliau daripada mencapai rekid keempat memenuhi ramalan RAHMAN sebagai Perdana Menteri UMNO terakhir di Malaysia.

Kemungkinan untuk beliau memenuhi ramalan RAHMAN dengan menjadi Perdana Menteri UMNO menghantui Najib dan menyebabkannya menangguhkan PRU13 sepanjang dua tahun lalu, termasuklah yang terbaru sikap tidak tegas untuk kekal membubarkan Parlimen pada 22 Febuari.

Watak Hamlet Najib “To Be Or Not To Be” amat luar biasa mengambilkira gambaran hebat yang dipaparkan propagandis UMNO/BN bukan sahaja tentang bersedianya UMNO/BN, tetapi juga keyakinan bahawa UMNO/BN akan cemerlang di dalam PRU13 – malah memenangi majority dua pertiga parlimen dan menawan semula kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat!

Najib contohnya melawat Johor Baru pada hari ketiga Tahun Baru Cina dan mengisytiharkan Johor kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional di dalam PRU13 dan yakin mendapatkan semula kerusi BN yang jatuh ke tangan Oposisi dalam pilihan raya umum lalu.

Sebenarnya, daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Najib paling risau tentang Johor yang memberikan 24 Ahli Perlimen atau 30% daripada keseluruhan 85 Ahli Parlimen BN di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya 2008.

Inilah sebabnya mengapa Johor, bersama dengan Sabah dan Sarawak, dianggap negeri “deposit tetap” untuk UMNO/BN dan siapa yang akan menjadi “dalang” negeri dan akan dapat menentukan siapa Berjaya menawan Putrajaya.

Pada pilihan raya umum 2008, Johor kekal menjadi kubu kuat UMNO/BN walaupun calon UMNO/BN kalah teruk di Sepenanjung Malaysia:

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pemimpin UMNO/BN sangat angkuh dan bongkak mengisytiharkan Johor, Selangor dan Melaka akan menjadi negeri “pembangkang sifar”.

.

Ketika pilihan raya berlangsung, BN terlepas kerajaan negeri di Selangor kepada Pakatan Rakyat, berjaya memenangi hanya 20 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri ; tewas lima daripada 28 Dewan Undangan Negeri di Melaka sementara Pakatan Rakyat memenangi enam daripada 56 Dewan Undangan Negeri di Johor.

Pemimpin UMNO/BN sekali lagi bercakap tentang “pembangkang sifar” di Johor dalam PRU13, sepertimana pada pilihan raya umum tahun 1995 dan 1999, dan “pembangkang sifar” menjadi kenyataan pada pilihan raya umum 2004.

Sama ada Johor akan kembali menjadi negeri “sifar pembangkang” akan ditentukan oleh pengundi Johor dan bukannya pemimpin UMNO/BN, negeri atau Negara – bukan juga Najib atau Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pemimpin, negeri dan persekutuan UMNO/BN, mempunyai tiga hari lalu untuk “berseronok” mempercayai bahawa Pakatan Rakyat Johor sedang berpecah dan memusnahkan diri sendiri dan mereka tidak akan bebas daripada mimpi ngeri di dalam PRU13 untuk menyaksikan penghujung Johor sebagai kubu kuat UMNO/BN sejak setengah abad lalu.

Keputusan tetap akan keluar sama ada pemimpin UMNO terlepas mimpi ngeri ini melihat Johor kehadapan di dalam “tsunami poitik”di dalam pilihan raya umum ke-13 – mengepalai transformasi lanskap politik di Semenanjung Malaysia!

Exit mobile version