Download/Muat turun Manifesto Pakatan Rakyat:
Malaysia adalah negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya diikat oleh muafakat Perlembagaan.
Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan dengan kepayahan hidup.
Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, negara berkebajikan, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita.
Demi kita, demi rakyat, bersama-sama ubah sekarang untuk melakar masa depan Malaysia.
Manifesto oleh Pakatan Rakyat di Shah Alam pada hari Isnin, 25 Februari 2013