Saya mengalu-alukan lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Kabinetnya ke Felda Sahabat 16 di Lahad Datu semalam bagi mendapatkan pandangan terus berkenaan kebuntuan antara pasukan keselamatan Malaysia dan yang kononnya Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Ini merupakan salah satu objektif lawatan saya ke Felda Sabahat 16 di Lahad Datu dua hari lalum bersama-sama dengan wakil yang dilantik DAP Sabah, termasuklah Jimmy Wong Sze Phing, Naib Pengerusi Negeri Frederick Fung, Setiausaha Negeri Dr. Edwin Bosi, Setiausaha Publisiti Negeri Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu, DAP Penolong Setiausaha Penganjur Kebangsaan Vincent Wu.
Lawatan kami ke Lahad Datu pada 20 Feb mempunyai objective berikut:
- Misi mendapatkan fakta untuk menentukan keadaan sebenar di tempat kejadian berkenaan kebuntuan yang berlaku;
- untuk memahami kebimbangan penduduk tempatan;
- menunjukkan solidariti dengan rakyat di Lahad Datu yang terkesan dengan kejadian itu; dan
- menghantar mesej yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah, khususnya Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, untuk memberi keutamaan kepada siatuasi buntuk di sana bagi memastikan penyelesaian segera kerana semakin banyak masalah timbul kepada rakyat Sabah.
Saya gembira kerana kami telah mencapai matlamat sejauh mana melibatkan kerajaan negeri Sabah, kerana sejurus selepas lawatan kami, pada hari berikutnya Ketua Menteri Sabah dan rombongan Kabinetnya telah melawat Felda Sahabat 16 untuk mendapatkan taklimat di pos keselamatan General Operations Force (GOF) di sana.
Namun itu tidak memadai, memandangkan bukan saja rakyat Sabah tetapi seluruh Malaysia bertanya mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai masa untuk menjalankan kempen harian untuk dirinya dan UMNO/Barisan Nasional walaupun Parlimen masih belum dibubarkan lagi, tetapi tidak ada masa dalam tempoh 14 hari untuk melawat Lahad Datu dan bertemu dengan orang di kawasan itu bagi mendengar keresahan dan kebimbangan mereka berkenaan situasi buntu bersama 150 penceroboh Sulu?
Sekiranya pemimpin DAP boleh mengetepikan kempen pilihan raya untuk melawat Lahad Datu, mengapa Perdana Menteri tidak dapat melakukan perkara yang sama?
Soalan yang ingin saya kemukakan kepada Najib ialah bilakah beliau akan meletak ketepi dahulu kempen hariannya untuk PRU13 dan pergi melawat mereka di Lahad Datu untuk memastikan penyelesaian segera situasi buntu dengan penceroboh Sulu yang sudah masuk minggu ketiga?
Bolehkah Najib mencerahkan penduduk Lahad Datu, Sabah dan Malaysia bagaimana 150 penceroboh Sulu mampu melepasi tentera laut, askar dan polis sehingga mereka bertaha di in Kg Tanduo di Felda Sabahat 17 sejak 9 Febuari?
Banyak soalan yang tepat telah dilontarkan oleh rakyat Malaysia di media social dan Perdana Menteri perlu menjawabnya soalan mereka sendiri atau arahkan Menteri yang sesuai atau agensi persekutuan untuk memberikan jawapan.
Di twitter misalnya, wartawan pertahanan Dzirhan Mahadzir @DzirhanDefence melontarkan soalan berikut dan pandangan beliau:
- Tertanya apakah Polis sepatutnya bertanggungjawab terhadap rundingan dalam situasi seperti Lahad Datu yang melibatkan tuntutan dasar luar, bukan bidang tugas mereka
- Sejujurnya Malaysia perlu membaik pulih kaedah pengurusan krisisnya, terutamanya melibatkan unsur antarabangsa, membiarkan @PDRMsia adalah salah pada pandangan saya
- Membaca twit @mpkotabelud dan @HishammuddinH2O, hanya dapat mengatakan sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pertahanan/keselamatan, hanya karut dari kedua-duanya
- Tertanya apakah sesiapa dapat ingat kembali bahawa kita mempunyai sistem radar di Malaysia timur yang diberikan AS di bawah program 1206 untuk mengesan serangan
Pos berikutnya daripada blog Mejar (rtd) D. Swami dari Seventh Rangers, berbaloi untuk direnung bukan sahaja oleh pegawai tentera dan bekas pegawai tentera, tetapi juga Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan seluruh penduduk:
Tahukah anda pegawai-pegawai tinggi Polis, mereka gemuk-gemuk belaka!! Adakah itu memberikan anda keyakinan bahawa mereka mampu menguruskan pengganas bersenjata? Mereka memerhati pengganas melalui binokular? Rasanya mereka hanya cuba mengkagumkan orang awam bahawa mereka sedang melakukan sesuatu. Seperti biasa mereka sangka kita bodoh. Polis tidak sepatutnya terlibat, kerana ia bukan situasi keselamatan dalam Negara, setakat ini kelihatan mustahil mereka dapat mengusir penceroboh.. Bolehkah Perdana Menteri menjelaskan mengapa Menteri Dalam negeri dan Polis menguruskan situasi buntu itu apabila sepatutnya yang menguruskannya Menteri Pertahanan dan pihak tentera? Dan lagi, berapa lama situasi buntu itu akan berlarutan – untuk beberapa minggu lagi atau bulan? Ahli politik telah campur tangan dan sebab itulah situasi buntu ini berterusan. Polis tidak terlatih untuk melakukan serangan di kawasan musuh, di mana musuh menembak semula. Ini bukannya perhimpunan Bersih. Mereka tidak ada mortar, artileri, Kenderaan Infantri atau Pasukan Khas yang mahir dalam intipan, Pasukan Udara dan Tentera Laut. Ini sepatutnya tugas Tentera memandangkan ia adalah ancaman luar, senjata mereka lengkap dan mereka terlatih untuk ini. Situasi ini sepatutnya diuruskan oleh Komander Briged kelima tanpa membiarkan semua adat tertib ini. Ini merupakan tugas Menteri Pertahanan, nampaknya dia bercuti dan Tentera sedang dimalukan oleh sekumpulan pengganas. Terdapat satu lagi badut, kononnya Laksamana, tanpa malu berkata perbelanjaan pertahanan kita sangat bagus (dengan kapal selam tak guna) sehingga serangan 1511 tidak akan berulang lagi. Yalah tu, kita telah diserang kali ini bukan oleh armada Portugis tetapi sampan Filipina. Apa kata anda tentang kapal selam kita yang gagah?
Bolehkah Perdana Menteri menjelaskan mengapa Menteri Dalam negeri dan Polis menguruskan situasi buntu itu apabila sepatutnya yang menguruskannya Menteri Pertahanan dan pihak tentera?
Dan lagi, berapa lama situasi buntu itu akan berlarutan – untuk beberapa minggu lagi atau bulan?