Economics

Pengiraan Detik 52 Hari ke PRU13: PRU13 bukan saja pungutan suara terhadap empat tahun “tanpa transformasi” Najib tetapi juga 22 tahun dasar korup Mahathir

By Kit

February 19, 2013

Adakah parlimen akan dibubarkan bulan untuk untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan bulan depan?

Dijamin jawapannya tentu positif, bersiap untuk pembubaran parlimen paling lama ditangguhkan di dalam sejarah negara daripada seorang Perdana Menteri tidak diundi paling lama dan berkemungkinan menjadi pilihan raya umum paling kotor dan mahal Malaysia!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sedang pusing satu negara berkempen untuk jangka hayat politiknya, tetapi terdapat seorang insan di dalam UMNO/Barisan Nasional yang sedang mengatasi kempen Najib – dan beliau adalah mantan serta Perdana Menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pilihan Raya Umum ke-13 amat penting dan kritikal buat Najib – tetapi lebih penting dan kritikal lagi buat Mahathir, memandangkan ia bukan saja pungutan suara terhadap empat tahun “tanpa transformasi” Najib tetapi juga 22 tahun dasar authoritarian dan korup Mahathir.

Sebenarnya, untuk Mahathir, masa depannya turut dipertaruhkan dalam PRU13 – memandangkan PRU13 akan menentukan sama ada beliau dapat terus menjadi dalang politik untuk politik UMNO/BN, yang kini secara sendirian membuat keputusan dalam UMNO/BN selepas beliau Berjaya memaksa perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri sesudah “tsunami politik” pilihan raya umum 2008.

Kuasa dan pengaruh Mahathir kini lebih besar daripada Najib yang merupakan Perdana Menteri.

Malaysia mempunyai enam Perdana Menteri sepanjang tempoh 56 tahun tetapi tidak ada sesiapa di dalam UMNO/BN berani untuk beritahu mana-mana Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan sekiranya gagal memperoleh mandat yang lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya – seperti yang dilakukan secara terbuka oleh Mahathir di Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 pada 31 Januari yang mana beliau mengatakan Najib sepatutnya memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya BN hanya memperoleh kemenangan tipis di dalam pilihan raya.

Najib di bawah pemerhatian dan “guru besar” yang akan menentukan masa depan Najib adalah Mahathir – seperti mana Mahathir menamatkan penggal pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah, yang gagal mencapai jangkaan Mahathir!

Hampir setiap hari, Mahathir bukan sahaja mengatasi kempen Najib tetapi turut menetapkan dasar-dasar untuk Najib dan pemimpin serta Menteri UMNO/BN seperti yang dapat dilihat di dalam contoh berikut sejak sepuluh hari lalu:

Mahathir juga cuba untuk menyelamatkan Najib daripada kemusnahan “Tiga Ya untuk Psy, Tiga Tidak untuk BN” ketika lawatan Perdana Menteri di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang selepas membelanjakan RM3.5 juta untuk mengimport bintang K-Pop Korea Psy dan “Gangnam Style”, mendakwa itu semua daripada “video yang diubahsuai” di YouTube.

Mahathir berkata:

Baru-baru ini sebuah klip video pendek menunjukkan PM bertanya kepada hadirin di Pulau Pinang sama ada mereka bersedia untuk BN. Terdapat teriakan kuat “No” datang dari orang ramai. Kini didapati bahawa semua ini dirancang dengan membawa sebuah kumpulan menyertai hadirin, dilengkapi kamera video dan mikrofon. Apabila PM bertanya “are you ready for BN” kumpulan ini menjerit “No” sebagai balasan. Kelihatan seperti seluruh hadirin menjerit “No”. Sebenarnya hanya kumpulan tertentu itu saja menjerit “No” ke dalam mikrofon mereka. Jeritan “Yes” dari hadirin yang lebih besar tidak dirakam dan tidak kedengaran di dalam video di You Tube. Dengan segera rakaman itu diletakkan ke dalam You Tube dan menjadi viral walaupun rakaman video dari orang lain menunjukkan orang ramai mengangkat tangan mereka menjeritkan “Yes” kemudiannya diletakkan ke dalam You Tube, ramai tidak peduli untuk menontonnya. Mereka terus percaya kepada klip video palsu.

Mahathir mungkin menyangka rakyat Malaysia generasi 2013 mudah tertipu seperti rakyat Malaysia ketika 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 sayangnya beliau silap.

Rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada Najib kerana menjemput Psy dan Gangnam Style ke Pulau Pinang, kerana itu telah mampu membuatkan rakyat Malaysia fokus kepada satu soalan – mengapa Korea Selatan telah membangun begitu hebat berbanding Malaysia sedangkan 56 tahun lalu, Malaysia dua kali lebih kaya dan membangun berbanding Korea Selatan akan tetapi hari ini Korea Selatan dua hingga tiga kali ganda lebih kaya dan maju berbanding Malaysia dan mengatasi Malaysia dalam semua bidang usaha?

Terdapat satu lagi soalan yang rakyat Malaysia perlu tanya – siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menyebabkan Malaysia tewas begitu teruk kepada Korea Selatan di dalam reputasi daya saing antarabangsa meliputi segala macam pencapaian sama ada perkembangan ekonomi, kemajuan pendidikan, pembangunan sumber manusia, kehebatan teknologi, seni dan sukan?

Pada tahun 1980, setahun sebelum Mahathir mula menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Malaysia dengan US$1,769 masih jauh mendahului Korea Selatan dengan KDNK (nominal) per kapita US$1,689 dalam Dolar AS.

Akan tetapi bermula 1981, sewaktu Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat, Malaysia jatuh dengan begitu teruk tahun demi tahun di belakang Korea Selatan, sehingga KDNK per kapita Malaysia hanya satu pertiga daripada Korea Selatan apabila Mahathir meletakkan jawatab sebagai Perdana Menteri 22 tahun kemudian pada tahun 2003!

Jadual di bawah menunjukkan data perbandingan KDNK per kapita untuk kedua-dua negara sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri:

KDNK (nominal) Per Kapita (dalam dolar AS)

Tahun Malaysia South Korea
1980 1,769 1,689
1981 1,763 1,870
1982 1,842 1,971
1983 2,012 2,154
1984 2,221 2,350
1985 1,978 2,414
1986 1,711 2,760
1987 1,901 3,445
1988 2,033 4,571
1989 2,186 5,565
1990 2,374 6,308
1991 2,649 7,289
1992 3,102 7,730
1993 3,413 8,422
1994 3,698 9,757
1995 4,295 11,779
1996 4,752 12,587
1997 4,601 11,587
1998 3,232 7,724
1999 3,455 9,906
2000 3,992 11,347
2001 3,846 10,655
2002 4,078 12,094
2003 4,352 13,451

Biar Mahathir, seseorang yang perlu memikul tanggungjawab besar kerana mengakibatkan Malaysia kalah teruk dengan Korea Selatan, menjelaskan mengapa sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri beliau membolehkan Korea Selatan bukan sahaja memintas Malaysia dalam reputasi daya saing antarabangsa tetapi membiarkan Malaysia sangat jauh ketinggalan.