Elections

Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU13 – Mengubah tiga peristiwa memalukan Najib yang ditimpakan ke atas dirinya sendiri sewaktu pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat Malaysia

By Kit

February 14, 2013

Kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan kuasa politik di dalam sejarah negara sehingga membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional kepada kejayaan meyakinkan dalam Pilihan Raya Ke-13 dengan majoriti dua pertiga parlimen dan mendapatkan semula negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang, telah bertukar menjadi kemusnahan besar politik dan perhubungan awam.

Tiga aib besar menimpa Najib dan perikatan UMNO/BN, tetapi lebih buruk lagi, ia turut memalukan negara. Tiga aib besar itu ialah:

Terdapat kemusnahan perhubungan awam lain seperti:

Tetapi semua ini adalah isu kedua dan soalan-soalan apa yang sepatutnya menjadi soalan penting – bagaimana untuk mengubah tiga aib Najib yang ditimpakan ke atas diri sendiri pada pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat Malaysia.

Najib berhak menerima ucapan terima kasih sekiranya kemelut Psy dan Gangnam Style mampu membuatkan rakyat Malaysia fokus kepada satu soalan – mengapa Korea Selatan telah membangun begitu hebat berbanding Malaysia sedangkan 56 tahun lalu, Malaysia dua kali lebih kaya dan membangun berbanding Korea Selatan akan tetapi hari ini Korea Selatan dua hingga tiga kali ganda lebih kaya dan maju berbanding Malaysia dan mengatasi Malaysia dalam semua bidang usaha?

Jawapannya kerana Korea Selatan 15 tahun jauh kedepan berbanding Malaysia dalam menjadi negara demokratik yang normal, telaksananya peralihan kuasa dengan aman melalui pilihan raya dengan calon Oposisi Kim Dae-Jung menang dan menjadi Presiden Korea Selatan pada pilihan raya presiden Korea Selatan 1998.

Mampukah Malaysia melalui peralihan kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya pada PRU13?

Sekiranya ini dapat dicapai dalam PRU13, maka itu akan mengubah aib Najib yang ditimpakan ke atas diri sendiri di dalam kemelut Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat negara – membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai Merdeka Kedua yang mana rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing bukannya hanya sesama sendiri tetapi juga dengan negara-negara lain dalam dunia.