Anwar Ibrahim

Pengiraan Detik 80 Hari ke PRU13 – Tolak politik penipuan dan pembohongan UMNO/BN

By Kit

January 22, 2013

Tahniah kepada Anwar kerana memenangi saman fitnahnya ke atas Utusan Malaysia, surat khabar di Malaysia yang sedang mencipta sejarah dunia sebagai akhbar paling banyak tewas di dalam saman fitnah terhadap personaliti Pakatan Rakyat.

Penipuan dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat telah menjadi makanan harian Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi UMNO, sehingga ke tahap Utusan Malaysia kelihatan lebih sebagai “Surat Tipu” berbanding “Surat Khabar”.

Tetapi Utusan Malaysia bukan satu-satunya “Surat Tipu” di Malaysia walaupun ia adalah contoh terburuk dari kalangan media perdana UMNO/Barisan Nasional.

Dengan pendekatan harian pilihan raya umum ke-13, pemimpin UMNO/Barisan Nasional dan alat propaganda mereka, baik media perdana mahupun penyangak cybertroopers, akan berkerja lebih masa untuk mewujudkan penipuan dan pembohongan.

Seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, tempat, umur atau jantina, bersatu di dalam PRU13 akan datang menolak politik penipuan, pembohongan dan penyalahgunaan oleh UMNO/BN.

Amat menyedihkan apabila bukan sahaja yang hidup, malah yang telah meninggal dunia juga turut menjadi mangsa politik penipuan dan pembohongan sedemikian.

Salah satu contoh politik penipuan dan pembohongan yang jijik dan memalukan ditunjukkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir minggu lepas, apabila beliau mendakwa apa yang beliau lakukan di dalam Projek IC atau Projek M dalam penipuan “kewarganegaraan-untuk-undi” di Sabah adalah “mengikut undang-undang” dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman “telah melakukan lebih teruk dengan memberikan kewarganegaraan kepada satu juta orang yang tidak layak di Semenanjung Malaysia” sebelum Merdeka.

Menambah lagi penghinaan, Mahathir malahan bertanya: “Kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?”

Saya tumpang sedih bukan sahaja untuk Tunku, tetapi juha semua pemimpin UMNO/Pakatan pada era Merdeka, memandangkan Mahathir bukan sahaja mencemar kenangan dan nama baik Bapa Malaysia tetapi juga semua rakan seperjuangan yang memperjuangkan kemerdekaan termasuklah Tun Razak, Tun Ismail, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan.

Saya bertambah sedih – bukan sahaja terhadap fitnah ke atas Tunku, Razak, Ismail, Tan Cheng Lock dan Sambanthan oleh Mahathir, akan tetapi selepas empat hari, tiada langsung suara dari kerajaan dan kepimpinan UMNO/Barisan Nasional mempertahankan nama baik mereka.

Mari kita akhiri politik penipuan dan pembohongan dalam PRU 13.