Lim Kit Siang

Pengiraan Detik 79 Hari ke PRU13 – Ke dasar tanpa etika dan lubang mana lagi yang pemimpin UMNO/BN dan media perdana mereka akan gali sebelum PRU13?

Semalam, saya telah meminta agar diakhiri politik penipuan dan pembohongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, yang akan diadakan paling lewat sekitar 156 hari lagi pada 27 Jun, akan tetapi dijangkakan akan berlangsung kurang daripada 70 hari.

Saya merujuk kepada kalahnya lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia di dalam saman fitnah, kali ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat teguran daripada Hakim V.T. Singham yang mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua editornya Abdul Aziz Ishak bersalah merosakkan reputasi Anwar dan mendedahkan dirinya kepada cemuhan.

Di dalam penghakimannya, Singham menekankan bahawa wartawan dan editor perlu berhati-hati dengana apa yang mereka tulis supaya tidak memasukkan komen yang mungkin menimbulkan keraguan kepada seseorang.

Hakim berkata: “Akhbar sepatutnya tidak mempunyai kuasa yang lebih besar dalam menarik perhatian atau mengelirukan fikiran rakyat apabila dibandingkan dengan reputasi individu.

“Adalah penting bagi wartawan, editor dan penerbit mengambil langkah berhati-hati sebelum sebarang artikel yang cenderung merosakkan reputasi individu diterbitkan. Rencana sebarangan yang mengandungi sindiran atau tohmahan tanpa pengesahan hendaklah dielakkan.”

Akan tetapi nasihat hakim tidak mempunyai sebarang kesan kepada media perdana UMNO/BN dan begitu juga permintaan saya agar diakhiri segala politik penipuan dan pembohongan , terutamanya media perdana UMNO/Barisan Nasional sepatutnya memelihara peraturan dan etika kewartawanan dan berhenti menjadi “Akhbar Tipu”.

Ini ditunjukkan oleh satu lagi penipuan dan pembohongan melampau media perdana UMNO/BN hari ini – kali ini New Straits Times dan laporan palsunya bertajuk “Wife of ailing MP angry at DAP” (ms. 6) yang tidak lain hanyalah penipuan tanpa secubit pun kebenaran.

Memetik daripada satu lagi portal berita yang jahat, NST mendakwa Irene Chang, isteri kepada Ahli Parlimen DAP Sibu dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, “dikatakan mengkritik parti kerana gagal memberikan bantuan kewangan kepada suaminya, yang menghidap tumor otak” malahan memetiknya sebagai berkata “kepimpinan parti tidak berhati perut” dan memarahi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menerbitkan penipuan dan pembohongan telah pun melanggar kebanyakkan etika dan peraturan asas kewartawannan, akan tetapi untuk mereka-reka penipuan dan pembohongan bagi memperoleh keuntungan politik dan tidak mempedulikan kesengsaraan yang mereka wujudkan kepada individu yang telah pun berada dalam keadaan tertekan seperti mana yang dilakukan NST kepada Wong Ho Leng dan Irene Chang adalah perbuatan yang durjana dan hina, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan atau bukan manusia saja mampu membenarkan tindakan sedemikian.

Apa yang menjadikan tindakan NST tidak dapat dimaafkan adalah Irene Chang telah meletakan penjelasan berikut di Facebooknya semalam:

“Saya telah dimaklumkan mengenai rencana tertentu yang diposkan secara atas talian yang melaporkan saya merungut terhadap kempimpinan parti kami.

“Saya benar-benar marah. Tiada kebenaran di dalam artikel itu.

“Saya tidak pernah diwawancara atau merungut terhadap parti kami atau sesiapa pun. Lebih penting lagi, tidak pernah saya rasa, walau sesaat bahawa saya mempunyai sebab untuk merungut berkenaan parti kami atau sesiapa khususnya.

“Hakikatnya, selepas keadaan kesihatan suami saya didiagnosis, saya begitu risaukan keadaan kesihatannya berbanding merisaukan sama ada parti akan memberikan bantuan kewangan atau tidak.

“Sungguhpun begitu, saya ingin jelaskan bahawa semenjak pemimpin parti kami dimaklumkan tentang keadaan suami saya, setiap seorang daripada mereka,benar-benar memberikan sokongan dan mengambil berat.

“Suami saya dan saya, sebenarnya merasakan kami benar-benar bertuah mengenali mereka, yang melangkaui peranan sebagai rakan seperjuangan politik menjadi sahabat yang sangat mengambil berat.

“Keluarga saya dan saya begitu amat tersentuh dengan seruan mendapat skongan untuk suami saya oleh Setiausaha Agung, YAB Lim Guan Eng, sebuah penghargaan mengenainya telah diposkan oleh anak sulung kami, Suzanne Gail Wong, di dalam facebooknya pada 14 Januari 2013.

“Oleh itu, adalah tidak adil untuk membiarkan rencana itu disebarkan supaya orang ramai menghakimi pemimpin parti kami, parti kami dan diri saya, tanpa sebarang asas langsung. Saya dengan itu mengecam sekeras-kerasnya rencana itu kerana setiap ayatnya adalah penipuan.”

Soalan yang saya ingin tujukan kepada pemimpin UMNO/BN hari ini ialah ke dasar tanpa etika dan lubang mana lagi yang pemimpin UMNO/BN dan media perdana mereka akan gali sebelum PRU13?

Exit mobile version