Lim Kit Siang

Pengiraan Detik 91 Hari ke PRU13 – Pemimpin BN tiba-tiba menggambarkan Malaysia sebagai “syurga dunia” kerana pemimpin UMNO/BN sedar mereka boleh kehilangan Putrahaya dalam PRU13, yang kemungkinan diadakan pada penghujung Mac

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjauhi dasar 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengisytiharkan dirinya “Melayu dahulu, Malaysia kemudian”, berada di barisan hadapan memuji-muji Malaysia – mendakwa Malaysia kini menjadi negara “kegemaran pelabur” kerana pelbagai Program Transformasi.

Semua puji-pujian yang melambung-lambung oleh pemimpin UMNO/BN tentang kejayaan pelbagai program transformasi Najib, dakwaan yang Najib telah berjaya menghentikan “tsunami politik” 2008 dan UMNO/BN bersedia untuk merampas kembali 20 kerusi parlimen daripada Pakatan Rakyat dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di dalam PRU13, semua tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin UMNO/BN sedang bimbang mereka terpaksa keluar dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman ketika bercakap dengan pertubuhan Cina Kulai pada hari Selasa memberikan kenyataan terbaik bahawa Pakatan Rakyat boleh memenangi Putrajaya dalam PRU13, walaupun beliau memberikan peringatan Pakatan Rakyat Cuma boleh menang tipis sebanyak 5% hingga 10% kerusi parlimen, yang katanya akan membawa kepada kestabilan ekonomi.

Pakatan Rakyat memenangi 5% hingga 10% majoriti parlimen bermakna antara 117 kerusi dimenangi PR dan 105 kerusi dimenangi BN dengan majoriti 12 kerusi (majoriti 5.5%) hingga 122 kerusi dimenangi PR dan 100 kerusi dimenangi BN dengan majoriti 22 kerusi (majoriti 10%).

Rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan mendasar daripada PRU13 perlulah berkerja keras memastikan Pakatan Rakyat boleh memenangi lebih daripada 5% hingga 10% majoriti parlimen, iaitu memenangi lebih daripada 122 kerusi parlimen.

Inilah sebabnya mengapa bulan lepas, saya telah menyeru semua rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya kempen “Seratus Hari ke Putrajaya” untuk kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dengan 125 kerusi di Parlimen, mengikut pembahagian 45:40:40 kerusi untuk PKR, PAS dan DAP.

Saya juga telah katakan rahsia untuk kejayaan PR dalam PRU13 akan menentukan kemampuan kita untuk memenangi empat juta undi golongan pertengahan dengan menfokuskan kepada isu nasional yang utama dan penting, termasuklah kemampuan PR

Hari ini, pada Pengiraan Detik 91 Hari ke PRU13, biar saya katakan bahawa saya menjangkakan Parlimen dibubarkan pada bulan Febuari dan PRU13 akan diadakan pada penghujung Mac – memandangkan yang Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan akan dibubarkan dengan sendirinya pada 26 Mac 2013 kerana ia merupakan dewan undangan negeri pertama bersidang selepas pilihan raya umum 308 pada 2008, iaitu pada 27 Mac 2008.

Exit mobile version