Pengiraan Detik 93 Hari ke PRU13 – Najib sepatutnya membubarkan Parlimen pada 8 Mac sempena berakhirnya penggal 5 tahun Parlimen bukannya menggunakan Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia untuk menjamin 50 hari lagi sebagai PM yang tidak dipilih


Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia menyebut:

“55(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”

Parlimen ke-12 dipilih pada 8 Mac, 2008 – hari membuang undi untuk pilihan raya umum ke-12.

Mesyuarat pertama Parlimen yang terkini adalah pada 28 April, 2008. Di bawah perkara 55(3), melainkan Parlimen dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen ke-12 akan terbubar dengan sendirinya pada 27 April, 2013.

Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri tanpa mandatnya sendiri yang paling lama memerintah – jauh lebih lama berbanding empat Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah, Tun Mahathir, Tun Hussein and his father Tun Razak.

Beliau sepatutnya membubarkan Parlimen pada 8 Mac 2013 apabila berakhirnya penggal 5 tahun Parlimen dan bukannya menggunakan Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia untuk menjamin 50 hari lagi sebagai Perdana Menteri yang tidak dipilih.

Di bawah Perkara 55(3) Perlembagaan, Najib bertindak mengikut Perlembagaan dengan memegang jawatan selama 50 hari lagi sebagai Perdana Menteri yang tidak dipilih, akan tetapi tiada Perdana Menteri di Malaysia pernah menggunakan perlembagaan untuk memanjangkan penggalnya sebagai Perdana Menteri – dan dalam kes ini, sebagai Perdana Menteri yang tidak dipilih.

Sekiranya Najib perlu membubarkan Parlimen pada 8 Mac 2013, beliau mempunyao 58 hari lagi untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Adakah Najib bersedia untuk mengumumkannya dalam masa beberapa hari lagi bilakah beliau akan membubarkan Parlimen sebelum 8 Mac 2013 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan?

Pemimpin UMNO telah mencanangkan ke seluruh negara bahawa Najib telah menghentikan “tsunami politik” 2008.

Buktikannya dalam PRU13.

Atau cakap besar itu cuma omong kosong dan retorik palsu, sepertimana dakwaan UMNO/Barisan Nasional bahawa UMNO/BN mampu merampas kembali 20 kerusi parlimen yang dipegang Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga parlimen dalam PRU13 – juga menawan kembali kerajaan negeri PR di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah?

Adakah Najib yakin berdepan dengan PRU13 pada 8 Mac 2013 atau adakah beliau perlu 50 hari lagi untuk mengumpul keberanian bagi berdepan dengan pengundi Malaysia?

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.