Crime

Pengiraan Detik 98 Hari ke PRU13 – Malaysia berhak mendapat kedudukan lebih tinggi berbanding tempat ke 36 di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan” EIU

By Kit

January 07, 2013

Pada Pengiraan Detik 98 Hari ke Pilihan Raya Umum ke-13, Malaysia diingatkan bahawa negara ini berhak mendapat yang lebih baik untuk semua aspek kehidupan di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan persekitaran.

Malaysia tentu sekali berhak mendapat kedudukan lebih tinggi berbanding tempat No.36 daripada 80 negara di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” dalam usaha Economist Intelligence Unit (EIU) mengukur negara mana yang memberikan peluang terbaik untuk kehidupan yang sihat, selamat dan makmur.

Negara yang berada di tempat 10 teratas di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” EIU adalah:

  1. Switzerland
  2. Australia
  3. Norway
  4. Sweden
  5. Denmark
  6. Singapura
  7. New Zealand
  8. Belanda
  9. Kanada
  10. Hong Kong

Malaysia telah diatasi oleh Taiwan (No. 14), Amerika Syarikat (No. 16), UAE (No. 18), Korea Selatan (No. 19), Kuwait (No. 22), Japun (No. 25) dan Britain (No. 27).

Malaysia mendapat 6.62 mata daripada 10 mata di dalam kajian tinjauan kepuasan hidup, yang bertujuan menyatakan kuantiti betapa gembira seseorang itu berdasarkan senarai 11 indikator ekonomi dan sosio-politik seperti pendapatan negara per kapita, kos hidup, hak asasi manusia, harapan kehidupan, celik huruf dan tahap pendidikan, jenayah, keyakinan terhadap institusi awam dan kesejahteraan kehidupan keluarga.

Malaysia mampu melakukan lebih baik daripada kedudukan No. 36 di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” EIU juga di dalam indeks-indeks global yang lain, sama ada berkenaan kerajaan yang bersih dan tidak korup, statistik jenayah, hak asasi manusia, kedaulatan hukum, kebebasan badan kehakiman, kebebasan akhbar atau persekitaran bersih.

Ini meripakan antara isu-isu yang perlu diputuskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan tiba.