Lim Kit Siang

Mulakan kiraan 100 hari ke PRU13 hari ini – dan pastikan mandat yang jelas untuk Pakatan Rakyat menggantikan perikatan UMNO/BN di Putrajaya untuk membina negara yang bersatu, demokratik, adil, progresif dan makmur.

Setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan menjadikan dirinya tumpuan negara dan antarabangsa selama hampir dua tahun kerana memainkan watak Hamlet yang sengsara dengan persoalan “To Be or Not To Be” (melakukannya ataupun tidak) dalam hal membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat buat dirinya seraya menamatkan peranannya sebagai Perdana Menteri paling lama di Malaysia yang tidak dinaikkan melalui jalan pilihan raya, maka ungkapan “100 hari ke PRU13” telah menjadi sebut-sebutan dalam bulan terakhir 2012.

Mulakan kiraan rasmi 100 hari ke PRU13 hari ini, hari pertama 2013, dan biarkan semua rakyat Malaysia mengambil bahagian di dalam kiraan detik ke PRU13 kerana terdapatnya kemungkinan yang bersejarah di dalam peristiwa itu.

Walaupun jika Najib tidak mengadakan pilihan raya umum pada 20 April – hari ke-100 selepas hari ini – Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 27 April 2013 kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukan sedemikian melainkan dibubarkan dengan lebih awal, Parlimen akan terbubar lima tahun selepas tarikh mesyuarat pertama selepas sesebuah pilihan raya umum, misalnya 28 April 2008.

Saya tidak merasakan yang Najib mahu menjadi lebih Hamlet daripada Hamlet dan tidak dapat membuat keputusan sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya pada 27 April 2013 bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Di dalam perutusan Tahun Barunya, Najib menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan kerajaan Barisan Nasional mandat kerana beliau berjanji untuk membangunkan negara sedaya upayanya.

Di dalam tempoh empat tahun beliau sebagai Perdana Menteri, Najib telah menunjukkan bahawa beliau bukanlah penentu kepada nasib beliau sendiri, disebabkan itulah banyak program “tranformasi” beliau dilihat lebih kepada dilanggar berbanding dipenuhi – termasuklah dasar 1Malaysia yang sehingga kini tidak mendapat sokongan baik daripada Kabinet Najib atau UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Mulakan kiraan 100 hari ke PRU13 hari ini – dan pastikan mandat yang jelas untuk Pakatan Rakyat menggantikan perikatan UMNO/BN di Putrajaya untuk membina negara yang bersatu, demokratik, adil, progresif dan makmur.

Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika kiraan detik Tahun Baru di Johor Bharu mengatakan beliau akan meletakkan jawatan Presiden MCA dan menyertai DAP sekiranya DAP menang besar di Johor dan melantik Menteri Besar berbangsa Cina.

Ini merupakan politik yang tidak jujur dan penuh pembohongan serta penipuan yang tidak diperlukan Malaysia pada abad ke-21 dan saya akan menjadi orang pertama membantah Chua Soi Lek menyertai DAP.

Exit mobile version