Perhimpunan Agung UMNO ke-66 selama lima hari, yang mana pengkritik meggambarkannya sebagai “Lima hari pesta liar bingit dan berang” berakhir dengan kepimpinan UMNO merasa yakin bahawa UMNO/BN akan mencapai “kemenangan besar pilihan raya” – memenangi semula dua pertiga majoriti di Parlimen juga negeri-negeri Pakatan seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertahankan kuasa yang tidak sah dan tidak mengikut perlembahaan di Perak.
Bagaimanapun, ucapan kempimpinan UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO, terutamanya “tok dalang” UMNO, Tun Dr Mahathir tidak menampakkan keyakinan itu.
Sungguhpun begitu, pertembungan merebut Putrajaya pada PRU13 akan menjadi sangat sengit dan sesiapa yang memenangi majoriti empat juta pengundi “atas pagar” akan mendapat kelebihan.
Pakatan Rakyat sepatutnya menumpukan pada memenangi empat juta pengundi “atas pagar” sekiranya mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13.
Untuk PRU13, daftar pemilih telah meningkat lebih daripada 13 juta pengundi. Terdapat lebih kurang 3 juta pengundi baru di dalam daftar pemilih, 60% adalah di bawah usia 30 tahun. 25% daripada daftar pemilih pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pengundi baru. Pengundi baru, bersama dengan lebih kurang 10% pengundi atas pagar daripada PRU 2008 membentuk jumlah 4 juta pengundi pada PRU akan datang. Pengundi-pengundi itu yang akan menentukan siapa yang akan memerintah di Putrajaya selepas PRU13.
Adalah tidak mencukupi untuk Pakatan Rakyat memenangi majoriti 3 juta pengundi baru bagi menawan Putrajaya. Anggarkan bahawa % undi yang dimenangi BN dan PR daripada pengundi PRU 2008 adalah sama, walaupun PR menang bersih 70% pengundi baru, PR hanya dapat memenangi 109 kerusi parlimen daripada 222 kerusi (Jadual 1 di bawah)
Jadual 1: Kerusi parlimen BN dan PR sekiranya PR menang bersih 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU2008
Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008 | BN | PR |
---|---|---|
55% | 132 | 90 |
60% | 129 | 93 |
70% | 113 | 109 |
Di bawah senario Jaduan 1, PKR akan kekal menjadi parti terbesar diikuti DAP dan PAS (Jadual 2 di bawah)
Jadual 2: Bilangan kerusi PR mengikut parti sekiranya PR menang 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU2008
Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008 | PAS | PKR | DAP | Jumlah |
---|---|---|---|---|
55% | 26 | 34 | 30 | 90 |
60% | 26 | 36 | 31 | 93 |
70% | 32 | 43 | 34 | 109 |
Untuk menawan Putrajaya, PR juga mestilah meyakinkan % lebih besar pengundi PRU2008 untuk menukar undi mereka kepada PR. Hanya jika PR berjaya menang bersih 70% pengundi baru sejak PRU2008 dan sebagai tambahan 3% pengundi PRU2008 barulah PR dapat menawan Putrajaya dengan majoriti selesa 7 kerusi parlimen (119) (Lihat Jadual 3 di bawah)
Jadual 3: Kerusi Parlimen BN dan PR di bawah senario berbeza (Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU2008 dan tambahan pengundi PRU2008)
Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU2008 + tambahan pengundi PRU2008 | BN | PR |
---|---|---|
55% pengundi baru + 1% PRU2008 | 132 | 90 |
60% pengundi baru + 2% PRU2008 | 124 | 98 |
70% pengundi baru + 3% PRU2008 | 103 | 119 |
Di bawah senario Jadual 3, PKR akan kekal sebagai parti terbesar diikuti DAP dan PAS (Lihat Jadual 4 di bawah)
Jadual 4: Bilangan kerusi parti-parti PR di bawah senario berbeza (Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU2008 dan tambahan pengundi PRU2008)
Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU2008 | PAS | PKR | DAP | Total |
---|---|---|---|---|
55% pengundi baru + 1% PRU2008 | 26 | 34 | 30 | 90 |
60% pengundi baru + 2% PRU2008 | 28 | 38 | 32 | 98 |
70% pengundi baru + 3% PRU2008 | 34 | 48 | 37 | 119 |
Faktor yang menggugat kesatuan Oposisi termasuklah yang berikut:
Penekanan untuk PR berjaya di dalam pertembungan merebut Putrajaya adalah untuk memenangi sokongan golongan atas pagar dengan menumpukan pada isu negara yang penting.
Buat pengundi baru dan pengundi atas pagar, isu utama yang tidak begitu penting buat mereka tidak akan dapat memikat mereka. Bagi mereka, tumpuan adalah pada isu negara termasuklah:
Pakatan Rakyat tidak sepatutnya membiarkan diri kita diganggu dengan isu-isu sempit tetapi menumpukan pada gambaran besar untuk memenangi hati pengundi atas pagar seraya memenangi pertembungan menawan Putrajaya pada PRU13.