Aspan Alias
21 November 2012
Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.
Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.
Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.
Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahu kah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat?. Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.
Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.
Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain dari itu setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.
Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi ‘double Standard’ kerana UMNO selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden buat penggal kedua?
Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai ‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal dengan bacang.
Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh di hidu dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita.
#1 by monsterball on Thursday, 22 November 2012 - 7:30 pm
Najib buah ramutan sudah masak.
Tingu2…sampai buah2 tak boleh makan…..sumua jadoh…habis wayang.
Nasib Najib sudah sampai…tak boleh tukar.
#2 by Bigjoe on Thursday, 22 November 2012 - 9:33 pm
I keep thinking of that insecure kid in school that copy what others do and pretend others think he is cool when they only think he is sad…
#3 by Sallang on Friday, 23 November 2012 - 8:26 am
Buah bacang dari timur.Buah epal dari barat
Bau buah epal tak kuat. Bau bacang kuat dan berulat.
#4 by lee tai king (previously dagen) on Friday, 23 November 2012 - 9:29 am
Janganlah bandingkan orang biasa dengan orang yg sudah kehilangan rambutan. Dah banyak kali I suruh cintanegara kasi dia rambutan dua biji. Yg hijau hijau pun ok. Tak semestinya merah. Hoi cintanegara, u dengar tak?
#5 by monsterball on Friday, 23 November 2012 - 10:01 am
Feeling insecure and sad happens to everyone’s life….unless you are born feeding with a silver spoon to your mouth.
Najib should never feel insecure surrounded by all the good fortunes.
The day he supported Mahathir as Youth Chief was the day …his fate is sealed…learning all the bad ad cunning things from that old devil and became one.
Mahathir knows Najib was a playboy….yet he was chosen by the devil to be PM.
Najib has NEVER been elected as PM….holding the APPOINTED position by his party for 4 years…longest unelected PM in Malaysian history.
Like I said…his fate is sealed.
Najib knows that too well and Mat Rempits are on the prowl again…at a candlelight virgil at Lynas…with police making sure…no incidents.
Najib can never get Malaysians to fight to the death…representing .. traitors and patriots…thus his Emergency Rule idea…will never succeed.
#6 by cseng on Friday, 23 November 2012 - 11:17 am
Najib akan pangil itu bacang-epal atau epal-bacang, itu lah keistimewaan Najib. Lepas itu dia akan cakap both growth on tree and fall on ground.
Most of his speech are motherhood statement without details, can afford to dwell into details and argue about facts.
He toys with alphaerts
#7 by cseng on Friday, 23 November 2012 - 11:21 am
he toys with alphabets a lot.. GTP, NKRA, BRIM ABCD, EFG, where you don’t actually feels it.
Master of distraction….. BRIM of collapse!.
#8 by artemisios on Friday, 23 November 2012 - 1:27 pm
This is exactly what I call INSULTING THE PEOPLE’S INTELLIGENCE.
#9 by good coolie on Friday, 23 November 2012 - 8:20 pm
If the BN has not called for elections, that means they are unsure of victory! They are planning,mind you. PKR has to be sure as to whom they chose as representatives. Do not chose people who can be bought easily. Keep Karpal’s mouth shut for some time. PAS fellows do not qualify to be PM. I wish Tok Guru were 10 years younger.
#10 by boh-liao on Sunday, 25 November 2012 - 4:52 pm
Not 2 worry, AhCheatSoh has bacang 2 stuff AhCheatKor 1
#11 by ENDANGERED HORNBILL on Monday, 26 November 2012 - 8:43 pm
I just watched Rosmah Mansor Menyanyi, Menari, Berjoget on Youtube.
Oh, she can sway the crowd with her hips. Mama mia, can she dance!
Abang Jib should also try to shake a little, smile a little and sing a little. At least Malaysians will remember him as the last hip-shaking Prime Minister unlike Tun M who shoots wildly from his hips.