I have received written replies by the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, to some of the points on corruption which I had raised in my speech on the 2013 Budget in Parliament on Oct. 4, 2012 but which the Minister did not have the time to respond during his winding-up on Monday.
In my speech I had called on the Prime Minister to give Parliament and nation an update of the actions being taken by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) with regard to the various police reports lodged against the “trio” of Sarawak Chief Minister, Tan Sri Taib Mahmud, the Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman and the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail.
I had specifically asked what is the outcome of the police report lodged with regard to corruption allegations against the Attorney-General, in particular with regard to lawyer Zainal Abidin Ahmad’s recent book, “Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)?”?
This is Nazri’s written reply:
“Yang Berhormat Ipoh Timur ingin mengetahui tindakan terhadap dakwaan rasuah oleh Peguam Negara Malaysia sebagaimana dalam buku tulisan Zainal Abidin Ahmad yang bertajuk ‘Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu, Penjenayah’. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku yang ditulis oleh Zainal Abidin Ahmad mengenai dakwaan rasuah terhadap Peguam Negara yang bertajuk ‘Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu, Penjenayah’ masih dalam siasatan pihak polis.”
On corruption reports against the Sarawak Chief Minister, Nazri’s written reply states:
“Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Serdang ingin mengetahui hasil siasatan tuduhan rasuah yang melibatkan YAB Ketua Menteri Sarawak. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu ini masih dalam siasatan SPRM. Siasatan kes-kes rasuah yang dibuat oleh SPRM adalah berlandaskan undang-undang dan memerlukan beban pembuktian yang cukup kukuh sehingga mencapai tahap (dengan izin) beyond reasonable doubt. Ini kerana penyiasatan sesuatu kes itu menjurus kepada intipati kesalahan yang melibatkan keterangan saksi, dokumen dan bukti-bukti lain yang mampu menyokong kes berkenaan.”
In my speech, I had said that although Fighting Corruption is one of the priority six National Key Result Areas (NKRA) of Najib’s Government Transformation Programme (GTP), Malaysia’s corruption has gone from bad to worse in the past three years as tracked by Transparency International’s annual Corruption Perception Index.
I said I fully agreed with the former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Adviser, Tan Sri Robert Phang, who had said that the recent 6th International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) Conference and general meeting in Kuala Lumpur was a waste of time and an occasion for the Malaysian government to pretend that it was serious about fighting graft.
This is Nazri’s response in his written replies:
Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan isu berkenaan kejatuhan negara dalam skor Corruption Perception Indeks (CPI). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bebanan pencapaian skor CPI tidak boleh diletakkan dibahu Kerajaan semata-mata dan kerjasama daripada semua pihak adalah sangat perlu agar tanggungjawab membanteras rasuah digembleng bersama di antara sektor Kerajaan, sektor swasta, masyarakat usahawan, NGO, parti-parti politik dan rakyat keseluruhannya bagi mencapai matlamat Pelan Transformasi Kerajaan ke arah menjadikan negara kita bebas rasuah. Yang Berhormat Ipoh Timur mendakwa penganjuran 6th IAACA Annual Conference and General Meeting adalah membuang masa. Pandangan bahawa penganjuran 6th IAACA Annual Conference and General Meeting yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) adalah membuang masa dan tidak mencerminkan indeks persepsi rasuah negara adalah menunjukkan bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur mempunyai pandangan yang cetek. Kerajaan berpandangan bahawa penganjuran ini boleh membawa impak yang besar kepada negara dari segi kerjasama antarabangsa dalam usaha pembanterasan rasuah. Ini kerana rasuah sebagai jenayah yang juga merentasi sempadan memerlukan kerjasama antarabangsa bagi membendungnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, IAACA secara rasmi telah ditubuhkan pada 22 Oktober 2006 di Beijing, China bertujuan membantu negara-negara ahli bagi memenuhi ketetapan dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC). Persidangan pada tahun ini menekankan Artikel 6 UNCAC iaitu ‘Technical Assistance and Information Exchange’ sebagai tema. IAACA mempunyai lebih daripada 300 ahli organisasi yang meliputi hampir semua agensi pengkuatkuasaan undang-undang memerangi rasuah dan melibatkan lebih daripada 2,000 ahli-ahli individu dari 18 buah negara termasuk pendakwa, penyiasat dan pakar-pakar yang mempunyai pengalaman dalam penyelidikan anti-rasuah. Keputusan yang berjaya dicapai dalam persidangan-persidangan lepas termasuklah menghasilkan dua deklarasi penting iaitu mengenai kerjasama antarabangsa menentang rasuah dan pencegahan rasuah.