By Sakmongkol AK47 | September 12, 2012
The Malaysian Insider
12 SEPT — Dr Mahathir Mohamad kata kalau Pakatan Rakyat memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Dr Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik.
Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk Umno- rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korap, pegawai kerajaan yang korap, rasuah dalam syarikat milik kerajaan,skendel pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skendel IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagu memilih Umno.
Umno akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang melayu yang Bergama Islam. Sebagai orang Islam , semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. Umno mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolaknya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukarnya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.
Apa yang Umno dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. Umno tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman Umno memonopoli semua sudah berakhir.
Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara instutusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang-undang, ia tetap kekal. Tidak ada masaalah.
Pendeknya, apa yang Umno kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan Umno dengan half six leadersnya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Faktanya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam Umno.
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana Umno terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden Umno mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia Umno kekal berkuasa.
Umno kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. Umno kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. Umno kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta dan bergantung kepada Umno.
Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.
Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika Umno tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga?
Ini membuktikan bahawa disebalik laungan Umno berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas Umno berkuasa RM100 berbanding dengan Cina (1,500) dan India (1,200). Kenapa ini terjadi?
Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda Umno Malaysia berlansung, saya berada dirumah Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan Umno.
Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini, tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia.
Najib telah menjawab, Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia, pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah… banyak lagi lah.
Inilah Umno. Jaga rahsia sama sendiri.
Kita tahu bahawa DR Dr Mahathir tidak akan bertanding lagi. Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada Umno, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan Umno. Objektif kita ialah menjatuhkan Umno.
Umno bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada Umno, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada Umno, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu.
Daripada 18 juta orang Melayu, ahli Umno hanya 3 juta. Daripada 6 orang Melayu, hanya seorang ahli Umno. Jika seorang ahli Umno mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli Umno tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika Umno tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah , maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik, diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.
Dr Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah “jumpstart” ekonomi orang Melayu. Caranya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathir pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.
Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan dikalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara cina sama cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab Umno pilih bulu.
Ini rahsia Dr Mahathir. — sakmongkol.blogspot.com