Apa masalahnya kalau DAP menang bersama PAS, PKR?


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 08, 2012

8 OGOS — Kali ini saya kembali menyebut satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam Parti Tindakan Demokratik, DAP.

Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan Umno dan penyokongnya dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat yang ramai.

Saya tidak berminat untuk melayan momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya lagi.

“Penyokong Umno ini malas berfikir. You mesti beritahu mereka selalu, kalau tidak mereka lupa. Orang yang malas berfikir mesti diperingati selalu sebab mereka payah untuk memahami isu-isu penting ini. Mereka ini tidak pernah dilatih untuk berfikir sebaliknya dilatih untuk mengangguk sahaja,” kata beberapa orang yang menyokong saya menyertai DAP walaupun mereka ini hanya sekadar penyokong yang akan memberikan undi kepada DAP.

Sebenarnya apa yang hendak saya sebutkan lagi kerana semuanya sudah disebut banyak kali. Apakah benar yang DAP itu adalah parti Cina? Mungkin DAP itu disertai oleh ramai orang Cina tetapi ia bukan parti Cina.

DAP adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan nasib semua bangsa. Parti ini memperjuangkan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan yang sangat kotor pada masa kini. DAP memperjuangkan ketelusan dan menolak isu rasuah yang banyak berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN sekarang ini.

Di mana-mana saya pergi, dari utara ke selatan, dari timur ke barat saya berjumpa dengan ribuan orang dan tidak ramai yang membangkang saya setelah saya berikan “rationale” kenapa kita tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada DAP yang merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat ini.

Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam negara ini. Saya dijemput untuk berceramah dan memberikan penerangan kenapa kita tidak perlu gusar untuk memberikan sokongan kepada DAP.

Barisan Nasional khususnya Umno memang begitu takut dengan pengaruh DAP tetapi sebesar mana pun pengaruh DAP itu ia tidak akan menguasai kerajaan dan Putrajaya jika Pakatan menduduki Putrajaya itu. DAP akan menurunkan hanya seramai lebih kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika DAP menang kesemuanya, parti yang saya anggotai ini tidak akan terjadi apa yang dikhuatiri oleh segelintiran orang Melayu. Takkanlah nak buat kiraan yang senang ini pun mereka (penyokong BN totok) tidak mampu?

Tetapi jika DAP menang semua kerusi, ia memang penting untuk perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pertamanya, parti ini mempunyai rekod ketelusan dalam pentadbiran, Pulau Pinang misalnya.

Jika DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR menguruskan Putrajaya itu sudah pasti DAP akan memainkan peranan untuk keadilan ini. Yang pentingnya kita mempunyai kerajaan yang bersih daripada noda rasuah yang menggila dan menjadi benteng kepada perompak harta rakyat seperti yang lazim berlaku sekarang ini.

Saya menjadi ahli Umno selama 40 tahun dan di dalamnya saya telah menjerit dan berbuat segala-galanya untuk mengingatkan parti itu supaya berbuat yang baik dan jauhi segala kemungkaran terhadap politik dan ekonomi negara.

Tetapi saya siapa? Tidak ada siapa yang mendengarnya kerana saya hanya seorang picisan dalam Umno yang begitu kuat budaya mengampu dan membodek ini. Saya yakin dengan sebenar-benarnya yang kebaikan itu tidak akan datang malahan hanya kerosakan sahaja yang akan wujud, “from bad to worse”.

Maka saya bertindak untuk bersama DAP dan, “I want to grow old with this party”. Saya merasakan bahawa parti ini juga boleh memperbaiki diri saya kerana saya telah begitu lama dalam Umno dan saya memerlukan parti yang boleh memperbaiki sikap dan nilai dalaman saya dalam perjuangan politik negara ini.

Bunyinya besar tetapi saya tetap seperti dahulu, bukannya orang yang mempunyai apa-apa kedudukan dan tidak bergelar serta bernama seperti rakan-rakan yang lain yang mengampu ke hulu dan ke hilir itu.

Saya sebutkan kita mesti menyertai parti yang boleh memperbaiki diri kita dan saya merasakan DAP telah pun sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sedikit sebanyak di dalam diri saya.

Kalau saya masih berada di dalam Umno saya tidak akan memperbaiki diri saya kerana Umno tidak terjumpa nilai-nilai kemanusiaan yang baik dalam perjuangan selain daripada memperjuangkan nasib peribadi mereka semata-mata.

Bermacam-macam yang saya alami sejak menyertai DAP. Ada sahabat karib yang meninggalkan saya terus kerana marah-marah kerana mereka percaya pada momokan Umno dan BN. Tetapi saya mendapat penyokong baru yang begitu ramai dan mereka tidak putus-putus menghubungi saya dan bertukar-tukar fikiran sesama kita.

Alhamdulillah, usaha saya itu berbaloi dan ramai orang Melayu yang akan bersama saya untuk mendokong DAP sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat.

Saya sekarang yakin bahawa PAS, DAP serta PKR akan mendapat dokongan rakyat dalam pilihanraya kali ini dan saya tidak sabar juga untuk melihat perubahan untuk kebaikan itu dalam pilihanraya kali ini. Saya akan bergembira melihat perubahan untuk kebaikan ini berlaku semasa saya masih hidup dan bernyawa ini.

Kepada rakan-rakan saya yang berada jauh dan dekat, ayuh kita teruskan usaha kita dan kepada mereka yang tidak gemar oleh kerana momokan Umno itu, biarkan sahaja mereka di sana. Kita wajar memandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Yang penting negara kita ini kita ubah untuk kebaikan bersama.

Sekarang apa masalahnya lagi? Pemimpin yang rasuah sekarang mungkin bermasalah, tetapi rakyat tidak ada masalah. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 9 August 2012 - 8:00 am

    Apa masalahnya kalau DAP menang bersama pas dan pkr? Tak ada langsung. Tetapi, impian senegara pasti akan ditepati kalau perkara tu berlaku. Maka, biarlah kita semua pilih malaysia yg benar dan bukan malaysia jenis-umno. Saya pilih pakatan rakyat utk malaysia yg benar.

  2. #2 by Bigjoe on Thursday, 9 August 2012 - 8:16 am

    I will be honest. I don’t trust PAS and their Islamic state agenda. BUT why I have no qualm to vote for PAS now is because they are behaving truly what I have understood Malays to be – sensible and full of heart. They are values Chinese and other races in this country can learn to adopt, should define what Malaysia to be.

    Hence DAP-PR-PAS alliance is truly what Malaysia IS, what it was suppose to be originally founded – what the original Alliance promised. We are not ideologues – ours was suppose to be a nation of practicality and sensibility – a balance of our head and our hearts. We understand human society has not invented the perfect ideas and in fact far from it whereas UMNO/BN of today is determined to destroy everything rather than to admit any wrong..

  3. #3 by PoliticoKat on Thursday, 9 August 2012 - 9:47 am

    Entahlah, apa beza PKR-PAS-DAP dan UMNO-MCA-MIC-Gerakan etc?

    Jika UMNO begitu takut orang cina bermain politik, ia sepatutnya membuang MCA dan Gerakan terlebih dahulu.

  4. #4 by Godfather on Thursday, 9 August 2012 - 10:07 am

    UMNO has gotten too fat to bother to think and rationalise. All they want is the easy way out – demonise everybody and everything to stay in power, and hope that the average kampung folk gets conned into believing their lies.

  5. #5 by Godfather on Thursday, 9 August 2012 - 10:29 am

    And the funny thing is that MCA and MIC is now relegated to the role of “minor” partners in BN. They are quietly acknowledging this.

  6. #6 by bush on Thursday, 9 August 2012 - 2:16 pm

    Masalah kalau PR (DAP, PKR, PAS) menang ialah:

    1) Pembunuh (Sabrini, Teoh, Kugan, Atantuya) akan digantungatau diketahui umun.
    2) Ex cronies dipenjara kerana mencuri duit rakyat ber billions.
    3) New cronies tak dapat project baru.
    4) Negara bertambah maju dengan pentabiran yang telus/jimat (tidak bocor)
    5) Mamak akan hilang kewibawaan yang selama ini digelar “Bapa Modern/pembangunan” sekiranya PR dapat membuktikan kemajuan yang akan dicapai. Dia tak boleh terima sesiapa yang lebih bagus daripada dia dan akan merosakkan rancangan PR yang boleh memberi kemajuan kepada malaysia. Perkara ini terbukti dengan supportnya yang diberi kepada Umno yang dikatakan perasuah dari atas hingga ke bawah. Mana ada orang yang support perasuah seperti dia?

  7. #7 by waterfrontcoolie on Thursday, 9 August 2012 - 3:38 pm

    When the leadership of a party has failed to plan and ensure the progress of a nation, it can only revert to create ‘fear of shadows’ around it. They have no other issues to debate on as their sole purpose of grabbing power is to enrich themselves. Such tactic worked 20/30 years ago among most countries; today with facebook/twitter they still pretend it can work. Indeed they must believe so, especially like Utusan and Star. One pities those readers who read those papers and listen to their lop-sided ideas which are indeed not only far-fetching but generally insulting to any thinking mind.

  8. #8 by Godfather on Thursday, 9 August 2012 - 4:14 pm

    Memang ada masalah besar – tak cukup penjara untuk tokoh2 BN…

You must be logged in to post a comment.