— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 04, 2012
4 OGOS — Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu.
Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara Persekutuan ini.
Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan “Janji Ditepati” yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.
Jika berjaya pun perbincangan itu, pembayarannya mesti berlaku sebelum pilihanraya ini kerana jika persetujuan untuk menghormati perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu. Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Razaleigh yang mewakili Petronas dengan Menteri Besar PAS, Datuk Mohammad Nasir.
Dalam perjanjian itu, Petronas akan membayar 5 peratus daripada hasil minyak yang diperolehi di perairan negeri Kelantan berdasarkan pada harga FOB. Pembayaran itu hendaklah dilakukan dua kali setahun secara tunai, iaitu pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Itu merupakan perjanjian yang asas di samping beberapa klausa pinggiran.
Perjanjian 2 muka kertas itu adalah perjanjian yang jelas dan amat mudah difahami oleh sesiapa dan tidak perlu pergi belajar ke London atau mana-mana untuk belajar undang-undang dahulu. Kalau sesiapa yang rajin untuk memahami perjanjian itu blog ini pernah menyiarkan perjanjian itu dan saudara boleh melihatnya di dalam archive blog ini.
Jika kerajaan persekutuan ingin menghormati perjanjian yang telah ditandatangani ini ia mesti dilaksanakan secara total, mengikut segala apa yang tertulis dalam perjanjian itu. Rakyat Kelantan begitu kecewa sejak dahulu lagi kerana sejak kepimpinan Mahathir lagi perjanjian ini tidak dihormati dan jika ia tidak dilaksanakan oleh pentadbiran Najib maka slogan “Janji Ditepati” itu wajar dicampakkan ke dalam tong sampah sahaja.
Rakyat Kelantan begitu kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek, dan pemimpin-pemimpin dan bekas pemimpin di sana yang memihak kepada pimpinan kerajaan persekutuan untuk menyekat pembayaran royalti minyak ini kepada rakyat negeri mereka sendiri.
Tengku Razaleigh secara terbuka menyokong tuntutan rakyat Kelantan kerana hasil minyak ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan bukan hanya untuk ahli-ahli Umno sahaja. Perjanjian itu adalah perjanjian dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh kerjaan pilihan rakyat tanpa mengira parti serta fahaman politik. Tetapi selama ini pimpinan kerajaan persekutuan tidak “magnanimous” dan menjadikan isu hasil minyak ini sebagai alat untuk melakukan “arm twisting” terhadap rakyat Kelantan untuk menyokong BN.
Surat yang dihantar oleh PM Najib kepada TGNA ini merupakan satu keadaan yang baru dan saya tidak berani untuk membuat komen dengan begitu cepat. Takut-takut rakyat Kelantan dihampakan lagi seperti yang dilakukan oleh pimpinan Mahathir hingga sekarang ini. Jika perjanjian yang sangat jelas dan terang itu boleh diingkari oleh pimpinan persekutuan tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukannya sekali lagi.
Kita tidak mahu perbincangan ini hanya sebagai “intrigue” pilihanraya semata-mata tetapi benar-benar melaksanakan perjanjian itu dengan sepenuhnya. Dengan pimpinan persekutuan BN ini kita mesti mengambil sikap “suspect everybody” dan “trust nobody”. Berdasarkan pengalaman lama sikap ini harus sentiasa ada di dalam pemikiran pimpinan Kelantan.
Jika ia berjaya dilaksanakan saya ucapkan syabas terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan kerana kekuatan dalam perjuangan mereka. — aspanaliasnet.blogspot.com
#1 by PoliticoKat on Sunday, 5 August 2012 - 12:52 am
So BN is try to bribe PAS with oil money (which it rightly owes the state)
Nice double edge sword.
If PAS accepts, BN has PAS under its thumb. PK may fail because component parties may suspect that PAS has turned traitor. If PAS reject, BN can claim that PAS doesn’t have the interest of the people at heart.
And BN can make promises that it will ‘return’ RM7.5 billion back to the Kelantan state should it take the state.
Nice move BN!
#2 by yhsiew on Sunday, 5 August 2012 - 7:48 am
“Janji Ditepati” is to fish for votes. I am glad that some 96% of the people who took part in a poll did not believe it. That is not a good sign for Najib come GE13.
#3 by dagen wanna "ABU" on Sunday, 5 August 2012 - 7:05 pm
Dear jj1b,
Remember that i asked to e maaf-ed for all those trafik saman? Looks like the poloce and jpj knew nothing about it. I thought you promised that if i asked for maaf all those saman would be cancelled. And i did ask for maaf. I am sure a lot of ppl here have knowledge of that. So how come the police and jpj are still afer me? You did not tepati your janji. You did not!
Dagenli.