Ahmad Fadli KC
Malaysiakini
Jul 18, 2012
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa perdana menteri mengkaji semula tema Hari Kemerdekaan 2012 yang didakwa menggunakan slogan politik BN, “Janji Ditepati”.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai masa untuk berbuat demikian dan membuktikan yang beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.
“Jadilah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia, baik untuk BN dan juga Pakatan (Rakyat).
“Masih belum terlambat untuk perdana menteri mengarahkan kajian semula terhadap tema sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia,” kata Lim.
Menurutnya, tema ‘Janji Ditepati’ mula digunakan pemimpin-pemimpin BN sewaktu jelajah jalanan mereka bermula beberapa bulan lalu.
Justeru, apabila ia kini digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan, ia tidak lagi bersifat menyeluruh terhadap semua rakyat Malaysia, katanya.
“Apabila tema Hari Kemerdekaan ‘dirampas’ dan menggunakan slogan kempen BN, ia akan memecah-belahkan rakyat Malaysia.
“Hari Kebangsaan sepatutnya merupakan acara yang disambut oleh semua rakyat Malaysia.
“Tapi apabila propaganda BN digunakan sebagai tema Hari Kebangsaan, ia jelas sekali meminggirkan Pakatan,” katanya.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada hujung Jun lalu mengumumkan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pada pengumuman yang sama, Rais menggesa agar semua pihak mengenepikan perbezaan politik dan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 nanti.
#1 by Jeffrey on Wednesday, 18 July 2012 - 11:51 pm
///Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai masa untuk berbuat demikian dan membuktikan yang beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia./// – Ahmad Fadli.
But why should he? Its not his style. See the national day themes in last 5 years where since he took over the helm in April 2009, it is observed that national themes have always revolved around partisan / his personal/party’s campaign platforms/themes :-
Malaysiaku Gemilang
(My Glorious Malaysia) – 2007 Under Pak Lah
Perpaduan Teras Kejayaan
(Unity Is The Core of Success)-2008 Under Pak Lah
1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
(1 Malaysia: People First, Performance Now)- 2009 under Najib
1 Malaysia: Menjana Transformasi
(1 Malaysia Transforming the Nation)- 2010 under Najib
1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
(1 Malaysia: Transformation Success, People Peace) -2011 under Najib
55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati
(55 Years of Independence: Promises Fulfilled) -2012 under Najib
#2 by undertaker888 on Thursday, 19 July 2012 - 7:29 am
The tema should be “maafkan kami, beribu ribu ampun kerana 50 tahun lebih mencuri Dari rakyat “. Or “takkan ubah walaupun 1000 tahun mencuri.”
#3 by k1980 on Thursday, 19 July 2012 - 8:17 am
The tema should be “Undilah BN kalau tak mahu May 13”
#4 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 19 July 2012 - 8:47 am
Merdeka belongs to the people and the country. Not umno! Just like the country’s wealth and resources, they all belong to the people and not umno. And umno you claimed ownership over everthing and including, now, the merdeka event(???). Not clever. Not at all, smart. Look at the RAHMAN legacy. You umno claimed ownership over that as well didnt you. And hey look, that legacy spells your end.
#5 by bennylohstocks on Saturday, 21 July 2012 - 1:43 am
MERDEKA 2013!