(Opening speech by DAP Secretary-General/Penang Chief Minister Lim Guan Eng at the debate with MCA President Datuk Dr. Chua Soi Lek on “DAP & MCA: Whose Policies Benefit the Country More?” at Sunway Pyramid Convention Centre on Sunday, July 8, 2012 at 2.30 pm)
CEO of ASLI Tan Sri Michael Yeoh, my learned opponent, ladies and gentlemen: Salam bersih kepada semua.
Kita berkumpul di sini untuk menentukan dasar parti manakah yang lebih boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Seharusnya, satu perbahasan patut diadakan di antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malangnya Perdana Menteri enggan berbahas dengan Anwar. Adakah Najib enggan berbahas dengan Anwar kerana beliau bimbang selepas perbahasan, rakyat akan membuat pernilaian bahawa Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia?
In fact, MCA is not qualified to be here to discuss about policies because MCA does not decide, it is UMNO that decides. MCA claims to speak only for the Chinese, and yet only the Chinese in the Peninsula, and not the Chinese in Sabah and Sarawak. This is different from the DAP, that wants to speak for all Malaysians. DAP mahu bersuara untuk semua orang Malaysia: Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, kerana kita semua rakyat Malaysia, bukan macam MCA, yang kononnya mahu mewakili orang Cina sahaja.
Mengapakah mesti kita terus dipecahbelahkan mengikut kaum dan agama? Inilah kejayaan terbesar UMNO. Mereka mahu kita takut satu sama lain supaya BN boleh terus merompak harta dan kekayaan Malaysia. Tengoklah skandal lembu dan kondo. Pak cik yang ternak lembu sepanjang masa tidak dapat pinjaman berjuta-juta ringgit, tapi keluarga menteri yang tak pernah ternak lembu boleh mendapat pinjaman 250 juta ringgit yang disalahgunakan untuk beli kondo pula. Jangan-jangan orang Singapura yang ada banyak kondo nak datang ke Malaysia belajar macam mana ternak lembu di kondo. Skandal PKFZ sebanyak 12.5 bilion ringgit telah melibatkan pemimpin tertinggi MCA tetapi ahli politik yang aktif tidak dibawa ke mahkamah. Semua skandal ini MCA tidak bersuara tetapi sokong buta sahaja. Kedudukan Malaysia telah jatuh dalam persepsi rasuah Transparency International daripada 37 dalam tahun 2003 kepada 60 tahun lepas (2011).
Kita harus bersatupadu sebagai anak Malaysia. Kalau kita terus dipecahbelahkan, hanya kroni-kroni dan orang-orang ataslah yang untung. Kalau kita bersatupadu, baru dapatlah kita semua menikmati hasil kejayaan ekonomi Malaysia.
Mengapakah hanya pemimpin Melayu yang boleh membela hak orang Melayu, hanya pemimpin Cina yang boleh membela hak orang Cina. Tibalah masanya untuk pemimpin-pemimpin membela hak semua rakyat Malaysia dan membantu satu sama lain.
For the last 50 years, we have been consumed by race and religion. For the next 50 years, let us be consumed by the task of improving the economic wellbeing and protecting the civil and political rights of our fellow Malaysians.
We have many problems in our country that need to be addressed. But the biggest problem of all is the problem of corruption that results in abuse of power, low wages and an ever-rising cost of living. BN has never spoken truthfully to the Malaysian people. Let us speak truthfully now. If we can unite as Malaysians and not allow BN & UMNO to divide us, and discuss our problems together, I am convinced that we will succeed in overcoming them.
DAP believes that a clean government can always perform better than a corrupt government. The DAP believes that a clean government requires open competitive tenders, full disclosure of contracts between the government and the private sector, freedom of information and the public declaration of the assets of ministers, prime ministers and chief ministers. Why is it that the Federal Government dare not follow the Penang Government in having public declarations of assets? Is it because BN leaders have too much property to hide?
Kejayaan sebuah kerajaan yang bersih terserlah di kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Di Pulau Pinang, kita telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun walaupun perbelanjaan Kerajaan Negeri dinaikkan sebanyak 55%. Kita membuat jalan, longkang, rumah mampu milik dan taman hijau. Berbanding dengan hutang Kerajaan Persekutuan yang naik ke RM480 bilion pada 31 Mac 2012, beban hutang Negeri pula dikurangkan sebanyak 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta, yang merupakan lagi satu rekod dalam sejarah Malaysia. Ini membolehkan wang bantuan diberikan kepada warga emas, ibu-bapa dan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA, ibutunggal dan OKU. Semua sekolah pelbagai aliran diberikan peruntukan setiap tahun, dan bukan lima tahun sekali atau lima puluh tahun sekali, seperti BR1M RM500, yang menimbulkan soalan macam mana seorang datuk MCA dari Pahang pun boleh menerima RM500 yang diberikan kepada keluarga susah. Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang menghapuskan kemiskinan tegar dan kita akan menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan sama sekali menjelang 2015. Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memberikan WiFi percuma kepada rakyat di tempat-tempat awam di Pulau Pinang.
Ada mereka yang telah mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat melaksanakan tender terbuka, maka orang Melayu akan rugi. Tetapi di Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, 70% daripada tender-tender terbuka telah dimenangi oleh kontraktor Melayu yang berkeupayaan. Ini membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing. Sebenarnya, yang tidak berguna hanyalah kontraktor dan kroni UMNO.
The DAP believes that the policies of our party and Pakatan Rakyat represent the future for our children, whereas the policies of the MCA and BN represent the past. No longer can we accept the culture of corruption and cronyism. Let us take our rights back from the BN cronies by abolishing the N-S Highway tolls and removing subsidies to the independent power producers. No longer can we accept the abuse of power that has led to Malaysians dying in custody, as happened to Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani and A Kugan. We must set up the IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) to stop such abuses and custodial deaths. No longer can we allow our womenfolk to walk the streets and park their cars in fear. We should put policemen on patrol instead of monitoring Pakatan Rakyat politicians. No longer can we accept a policy of putting profits before the people’s health. Let us close down the Lynas rare earth plant in Kuantan and stop the building of nuclear reactors proposed by BN.
No longer should Sabahans be strangers in their own land with illegal immigrants getting citizenship. Let us have a royal commission of enquiry to weed out these illegal citizens. No longer should Sabahans and Sarawakians be denied the right to their natural resources by being given royalties of only 5%. We must increase it to 20% as their rightful share. No longer should vernacular schools be marginalised. We have a right to adequate funding for mother-tongue education. No longer can we accept a slow broadband service, let us have proper broadband and free wifi in public places.
No longer can we accept the cynical manipulation and division of the people of Malaysia by race and religion when we should be united by common principles of justice, freedom and democracy. Let us ensure that a minority Malaysian such as Bersih co-chairman Dato’ Ambiga Sreenivasan is not hounded and persecuted because she is an Indian, a Hindu and a woman.