Hari ini dalam sejarah Umno


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 11, 2012

11 MEI — Hari ini, pada tahun 1946, Umno ditubuhkan dengan presiden pertamanya Datuk Onn Jaafar untuk menyatukan semua persatuan-persatuan dan pertubuhan yang mempunyai matlamat yang satu, iaitu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu untuk menyambung usaha-usaha pejuang kemerdekaan sebelumnya. Parti Umno wujud diatas penyatuan pertubuhan-pertubuhan yang bercambah semasa itu dan penubuhan Umno ini merupakan lonjakkan kepada kekuatan rakyat Malaya khususnya orang Melayu untuk membuat persediaan bagi mencapai kemerdekaan negara dari pentadbiran penjajahan Inggeris.

Di rengkaskan sejarah, Umno wujud diatas kesedaran yang negara tidak lagi dapat menahan keinginan untuk menerima penjajahan Inggeris dan kesedaran untuk bersatu ini dirasakan lebih mendesak apabila Inggeris cuba untuk mewujudkan negara “unitary” di Semenanjung Malaya ini dan di tadbir oleh Malayan Union (MU) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.

Dengan penubuhan Umno itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini sebagai negara “unitary” telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan Umno bersama dengan Raja-Raja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya sebuah negara Persekutuan.

Maka negeri-negeri yang masing-masing mempunyai pentadbiran mereka sendiri dibawah naungan Raja-Raja mereka telah bersatu dibawah satu negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kesemua negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu telah bersatu dibawah satu Persekutuan dan negeri-negri ini di sertai sekali oleh dua buah negeri Straits Settlement, Melaka dan P. Pinang, untuk bersama dalam negara Persekutuan yang baru diwujudkan itu.

Sejak itulah Umno menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh ramai pejuang-pejuang sebelum itu dan Umno sebagai sebuah parti yang boleh berbincang dan berfikir bersama Inggeris, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957. Dalam masa proses mencapai kemerdekaan banyak perkara telah berlaku dalam parti itu.

Diantaranya ialah keluarnya Datuk Onn Jaafar dari Umno kerana cadangannya untuk membawa masuk rakyat berbilang kaum telah ditolak oleh persidangan Umno dan Umno di ambil alih kepimpinannya oleh YTM Tunku Abd Rahman Putra sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Kumpulan agama yang berada dalam Umno telah keluar dari parti itu pada tahun 1951 dan telah menubuhkan Parti Islam Tanah Melayu (PAS) dan berbagai bagai lagi insiden yang berlaku dalam proses perjuangan Umno itu.

MCA dan MIC juga ditubuhkan dalam waktu ini dengan tujuan untuk menyatukan orang-orang Cina dibawah MCA dan kaum India dibawah MIC untuk bersama-sama menuju pencapaian kemerdekaan pada Ogos 1957 itu. Ketiga-tiga parti ini bergabung dibawah Perikatan dan menjadi Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 dengan bilangan keahlian dalam gabungan itu bertambah dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan ini pada tahun 1963 dan diberi nama baru bernama Persekutuan Malaysia.

Umno yang kita ingati sekarang telah berjaya menyempurna usaha pencapaian kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan baik dan telah memberikan munafaat kepada negara dan rakyat berbilang kaum.

Tetapi keadaan berubah mengikut masa dan waktunya. Manusia dan sikapnya pun berubah termasuk kepimpinan dalam Umno itu sendiri. Setelah tiga dekad mencapai kemerdekaan negara dengan jayanya Umno secara tidak sedar telah menjadi parti dan pemerintah yang tidak lagi pandai menguruskan kejayaan itu.

Umno telah berubah dengan wujudnya kepimpinan yang begitu rakus mengambil alih parti yang sudah kuat itu dan bermulalah zaman pimpinan parti yang sudah luntur atau pun tidak mempunyai semangat untuk membangunkan negara dan rakyat secara betul dan berhemah.

Umno mula diresapi oleh individu-individu pemimpin yang tidak jujur kerana mendahului kepentingan peribadi dan seronok dengan kuasa dan mabuk kepada membina kepentingan sendiri dan keluarga mereka sahaja. Mereka-mereka dengan tidak disedari telah menguasai parti dan akhirnya mereka telah berjaya mengambil alih kepimpinan dengan sistematik dan tidak boleh di anjak dan di alih lagi.

Akhirnya Umno itu dengan begitu sistematik telah dibunuh kerana parti itu tidak lagi mampu untuk menjamin untuk terus memberikan mereka kuasa yang berterusan. Dengan terbunuhnya Umno pada 1988 yang lalu maka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap parti itu telah membawa hampir kesemua ahli-ahli yang telah kehilangan Umno itu menyertai parti baru yang juga dinamakan Umno juga.

“Repercussions” terhadap pembunuhan Umno ini amat besar tetapi sempena hari mengingati ulang tahun parti yang telah mati ini, saya hanya hendak mengingatkan siapa yang berminat untuk mengetahuinya; iaitu ramai pemimpin-pemimpin besar Umno telah meninggal semasa tidak menjadi ahli Umno lagi.

Antaranya ialah YTM Tunku Abd Rahman. Beliau mangkat semasa tidak menjadi ahli Umno lagi. Begitu jugalah Tun Hussein Onn dan setiap pemimpin dan ahli selepas kematian Umno itu tidak mati sebagai ahli Umno.

Yang pasti akan mati bukan sebagai ahli Umno ialah Dr Mahathir yang membunuh parti itu, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan semua pemimpin-pemimpin yang lain akan mati bukan sebagai ahli Umno. Mereka akan mati dalam sebuah parti baru yang menggunakan nama yang sama dengan Umno itu.

Hari ini adalah hari dalam sejarah untuk mengingati perjuangan Umno bukannya untuk merayakan usia Umno yang ke 66 kerana Umno itu sudah tiada. Yang ada hanyalah Umno palsu yang ditubuhkan oleh orang yang membunuhnya pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Sebagaimana yang saya selalu ingatkan Umno yang ada pada hari ini tidak pernah memperjuangkan kemerdekaannya kerana ianya lahir 31 tahun selepas kita mencapai kemerdekaan.

Semuanya terkeliru kerana nama keramat Umno itu. Telapak perjuangan orang Melayu sudah tiada lagi. Yang ada sekarang ini adalah telapak kepada perjuangan kebendaan dan peribadi dan ianya wujud diatas perpecahan orang Melayu, bukannya diatas perpaduan orang Melayu seperti asas kewujudan Umno yang telah lama meninggalkan kita itu.

Kita telah kehilangan telapak perjuangan dan tidak pula kita tahu apakah yang mereka (Umno baru) rayakan pada hari ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by Bigjoe on Saturday, 12 May 2012 - 8:12 am

    From Najib’s speech yesterday, clearly there is at least a significant part of him that is feeling good about going to GE. 70K/100K turnout, cheering crowd, his spin is egging on the crowd. The real issue is his thinking rational?

    70K/100K crowd where there is an incentive to show up vs 200K where there are threats? Cheering from a frenzied unthinking bunch – the most frenzied when associations of blood and violence was invoked?

    The only reason to feel good is perhaps the crowd are motivated for going into GE but the fact that its simply ALL about the GE rather than Najib’s plan that is not going well tells you that the basis of optimism is highly shaky.

    Yes, he don’t have to worry about bringing out the horde – but does not mean he got a plan or a horde good enough if PR steps up..

    BUT PR got to step up especially the leadership..

  2. #2 by negarawan on Saturday, 12 May 2012 - 9:12 am

    The participants of the UMNO rally were paid to attend, while the UMNO big guns sitting on the stage have already paid themselves with corrupt multi-million business deals. How could a person in his/her right mind attend this rally and bear the speeches of the corrupt UMNO politicians on how they “defended the Malays and Islam” when what these politicians have done is to steal untold wealth from the country, and desecrated Islam with their immorality?

  3. #3 by dagen wanna "ABU" on Saturday, 12 May 2012 - 9:41 am

    Paid to attend. Sure. That is the way umno works. Who does not know? And what is more significant is the fact that even government depts were roped in to ensure the attendance of civil servants.

    Another mass public orgy by umno.

You must be logged in to post a comment.