— Sakmongkol AK47 The Malaysian Insider Apr 09, 2012
9 APRIL — Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan Umno mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapannya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan Umno ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak-kanak yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa-apa.
Tiadakan kuasa yang ada, apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihatnya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.
Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing-masing dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak.
Antara 5 negeri yang mendapat FDI yang paling tinggi, 3 dari nya ialah negeri yang di tadbir oleh PR. Yang dua lagi negeri BN termasuk Sarawak yang di pimpin oleh pemimpin yang bukan dari Umno. Sarawak membangun tanpa campur tangan Umno dan jika ada campur tangan Umno, sudah tentu jahanam. Yang membantu Johor ialah kehampirannya dengan Singapura.
Apa sudah jadi pada janji Umno untuk membantu orang Melayu? Lihat sahajalah apa sudah jadi pada DEB? Kemajuan terpesat dan pertumbuhan yang nyata kepada ekonomi orang Melayu hanya berlaku semasa Tengku Razaleigh mengurus ekonomi negara kita. Semenjak ianya di ambil alih oleh putera dari keturunan Hindi Kerala, ekonomi orang Melayu, daripada yang bersifat rakyat, bertukar menjadi kemajuan ekonomi untuk orang yang terpilih.
Dari 1970 hingga ke 1981, perkongsian Melayu dalam kekayaan negara bertambah dari 2.7 peratus kepada 18.4 peratus. Bila Mahathir mengambil alih, ekonomi orang Melayu bersifat rakyat, bertambah kepada kurang sedikit dari 20 peratus. Ekonomi Melayu di bawah pengurusan Mahathir hanya bertambah 1 lebih peratus.
Dari segi rekod, Najib jangan cakap besar lah. Hari ini dia hanya boleh showcase Mokhtar al-Bokhari sahaja. Jika ekonomi orang Melayu hanya boleh di perlihatkan melalui Syed Mokhtar Bokhari, ini membuktikan bahawa dasar ekonomi di bawah Umno dan BN tidak berjaya dan gagal.
Dan jika orang seperti Syed Mokhtar berulang kali hanya mampu maju dengan pertolongan kerajaan, ini membuktikan bahawa S Mokhtar tidak ada skills untuk maju dengan usaha kudrat sendiri. Tambahan pula, dalam Malaysia ini, orang Melayu yang wajib di bantu ialah Syed Mokhtar sahaja kah?
Dibawah Syed Mokhtar, monopoli gula yang di pindahkan dari Robert Kuok menjadi lebih mahal. Sebagai reaksi harga mahal, ada matlaon pemimpin Umno yang mencadangkan supaya orang Melayu terutamanya, makan kurang gula. Bingung punya cadangan.
Bila Syed Mokhtar ambil alih Bernas, beras jadi lebih mahal. Inilah janji Najib kepada rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Saya ulangi lagi, janji Najib hanyalah untuk Putera dalam Bumi-Putera. Rakyat Bumi biasa hanya menadah tangan mengharapkan ehsan Sultan Najib dan al malikul sembab.
Pencapaian orang Melayu lainnya adalah hasil natural progression. Pendidikan? Semua kerajaan dalam dunia ini mesti mengadakan pendidikan. Mengadakan pendidikan sebagai suatu wadah menambahbaikkan kedudukan orang Melayu bukanlah sesuatu yang unik kepada Umno. Pentadbiran di bawah kerajaan-kerajaan Pakatan pun menyokong pendidikan sebagai wadah mengeluarkan mereka mereka dari kemiskinan. No big deal untuk di gahkan oleh Najib.
Najib gagal dalam janjinya untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.
Sekarang kita pergi ke bab terima kasih. Orang Umno yang bongkak dan sombong, beranggapan bahawa mengucapkan terima kasih dan puak yang berhak mendapatkan ucapan terima kasih ialah Umno. Inilah dusta yang paling besar. Jika rakyat di sarankan mengucapakan terima kasih kepada kerajaan yang telah meningkatkan kebajikan meraka, maka pengucapan itu mesti tidak bersyarat. Jika rakyat dalam negeri BN di suruh berterima kasih kepada kerajaan BN, maka rakyat di bawah kerajaan PR pun wajib beterima kasih kepada kerajaan PR. Nilai terima kasih rakyat kepada kerajaan BN tidak lebih mulia dari nilai terima kasih rakyat dibawah kerajaan PR.
Jadi sesuai dengan saranan PM kita yang kurang cerdik, saya mencadangkan rakyat yang telah menerima manfaat dari keelokan pentadbiran kerajaan PR menyatakan terima kasih mereka dengan mengekalkan kerajaan PR. Di negeri lain yang sengsara dengan pembohongan kerajaan Umno dan BN, mereka boleh menyatakan terima kasih mereka dengan menendang gerombolan penyamun dan perompak harta benda rakyat.
Mengenai sombong Najib jangan cakap besar lah. Bukankah dia baru sahaja memohon maaf kerana kesombongan Umno di negeri Kedah beberapa mingu yang lalu?
Dan beberapa minggu yang lalu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mengulangi kesilapan mereka. Saya amat bersetuju dengan peringatan ini. Ya, rakyat jangan mengulangi kesilapan memilih Umno dan BN kerana kesilapan tersebut akan memberi lesen besar kepada Umno dan BN melanun dan merompak negara kita. Sudah tentu yang membuat kesilapan ialah golongan minority. Umno dan BN hanya mendapat 49 peratus dari undi popular sedangkan majoroti iaitu 51 peratus sudah pasti golongan yang membuat pilihan tepat. Lima puloh satu peratus telah mengundi parti PR dan ini mesti di teruskan.
Nyawa Umno dan BN bergantung kepada pembohongan dan manipulasi persempadanan kawasan parlimen. Lebih dasyat, terutama kepada orang Melayu, kita jangan lagi bergantung kepada parti politik yang kosong dari segi idea dan hanya bergantung untuk masa depannya kepada bontot Saiful Buhari dan diatas cerita seks.
Punah bangsa Melayu macam ini. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).