— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 05, 2012
5 MAC — Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk bercakap tentang kesilapan dan kesalahan Barisan Nasional (BN) yang lampau. Katanya apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memandang kehadapan dan lupakan masalah lampau.
Beliau memberikan komen ini sebagai reaksi kepada permohonan maaf Najib Razak yang dibuatnya di Alor Setar dua hari yang lepas. Tindakan Najib berpatah sikap itu mendapat banyak reaksi ramai dan menjadi bahan perbualan disetiap tempat kita pergi. Di setengah tempat ianya menjadi bahan jenaka rakyat.
Seperti Najib, kata-kata Muhyiddn itu mempunyai satu ciri yang sama; iaitu mengakui yang BN telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan yang datang dari masalah kelemahan kepimpinan BN selama masa mereka membuat salah dan silap itu. Muhyiddin tidak mahu mengingati cerita lama yang telah membuatkan BN hampir tersungkur dihadapan mata rakyat.
Maksud kata-kata Muhyidin itu, ialah untuk rakyat lupakan segala kesalahan BN dan Umno selama ini dan dalam waktu kita menanti kedatangan PRU ini, Muhyiddin meminta rakyat memberikan sokongan kepada Umno dalam PRU nanti. Pendeknya BN boleh membuat kesalahan dan maafkan mereka. Apabila pilihanraya sampai kita berikan sokongan kepada mereka lagi. Itu sebenarnya maksud Muhyiddin.
Lagi satu maksud Muhyiddin jangan undi PR walaupun belum pernah memerintah, apatah lagi untuk membuat silap dan salah seperti yang dilakukan oleh BN. Dengan kata-kata lain hanya BN boleh melakukan segala kesalahan terhadap rakyat dan hanya BN sahaja yang boleh dimaafkan dan terus diberikan kuasa memerintah sampai hari kiamat. Jika PR hendak melakukan sesuatu yang baik Umno akan kata yang PR belum tentu lagi baik dan bertanya kepada kita yang “entah-entah lebih teruk dari Umno”.
Tetapi mereka hendak mempertahankan parti yang sudah tentu melakukan segala gejala buruk untuk negara dengan memberikan alasan yang PR belum tentu memberikan pentadbiran yang lebih baik. Pemimpin-pemimpin Umno dan penyokongnya mahukan rakyat memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan besar dengan alasan yang PR belum tentu baiknya. Alasan yang menghina perasaan rakyat yang berfikir ini membuatkan Umno telah menunjukan sikap yang “arrogant” dan memporbodohkan rakyat yang mempunyai pemikiran.
Najib dan Muhyiddin meminta kita sentiasa memaafkan mereka walaupun melakukan perkara-perkara yang buruk. BN mahukan kita menjadi seperti Tuhan yang sentiasa memaafkan umatnya yang membuat kesalahan dan mereka (Umno) sentiasa mahu melakunkan watak syaitan kerana mendapat laba yang besar. Setelah melakunkan watak syaitan, mereka memohon ampun dan maaf terus-terusan. Najib dan Muhyiddin mahukan kita menjadi “net giver” seperti Tuhan. Siapa yang memahami madsud saya boleh lah sambung kata-kata saya tadi itu.
Tetapi hakikatnya dibawah ini telah ramai rakyat yang sedar dan mahu mengikut apa yang diperintah Tuhan dan apa yang terkandung didalam Quran, kitab suci agama kita. Itu sebabnya telah ada trend yang jelas mereka tidak mahu lagi mengikut jejak Qarun tetapi mahu mengikut Quran.
Sesiapa yang sedar dan menerima kenyataan, yang membuat kesalahan besar akan tetap mendapat pembalasan. Tetapi itu juga adalah hak Tuhan yang Maha Esa. Bukan kita yang menentukan dosa pahala sesiapa. Hanya ada setengah pihak yang telah menjatuhkan hukum yang saya ini adalah munafik dan kafir kerana menyertai DAP.
Saya jawab juga sikit-sikit mereka ini. Saya kata, “kita jumpa sahaja di yaumil mahsya” kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang kafir. Hanya Tuhan sahaja yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kafir.
Tetapi masih ada yang mahu mangambilalih kerja Tuhan walaupun tanggungjawabnya sebagai ummah tidak diselesaikannya, apa yang kita hendak buat. Tengok sajalah… kalau tidak tahan melihatnya kita hanya beristighfar sajalah sementara menunggu pilihanraya nanti untuk melakukan pembetulan. — aspanaliasnet.blogspot.com
#1 by k1980 on Tuesday, 6 March 2012 - 7:41 am
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/ten-reasons-why-najib-wont-debate-mansor-rehman/
The answers to the 10 questions above — Lupakan masalah masa lampau
#2 by dagen wanna "ABU" on Tuesday, 6 March 2012 - 8:38 am
Yeah, kita lupakan saja masa lampau. We look forward – forward to the future. The bright future ahead wihout umno!
#3 by mm08 on Wednesday, 7 March 2012 - 1:49 pm
masalah tidak dapat dilupakan ! as the problem is still there not being rectified yet! cakap saja senang, bila bikin apa pun tak ada. amat mendukacitakan!!!