Archive for February 6th, 2012

Kita memerlukan siasah, ‘ambience’ politik dan imej negara yang baru

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Feb 06, 2012

6 FEB — Sejak saya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 8hb Januari yang lalu, saya agak sibuk juga berjumpa dengan ramai rakan-rakan lama yang saya sudah lama tidak temui. Setiap hari ada sahaja beberapa panggilan talipon dari sahabat-sahabat lama ini, ada yang sudah dua puluh tahun tidak bersua. Mereka berjumpa untuk bertanya khabar setelah mendengar berita yang saya sudah meninggalkan Umno untuk melalui wadah baru perjuangan setelah menyepi hampir dua dekad.

Sesungguhnya selama saya keseorangan di rumah bersama cucu-cucu, saya sempat berfikir dan membuat “soul searching” secara serius tentang isu-isu politik yang berbangkit dalam negara kita ini. Saya memerhatikan lagak dan laku pemimpin-pemimpin melalui TV yang kebanyakkannya adalah dari mereka yang saya kenal sejak berdekad-dekad dahulu yang kini sudah menjadi pemimpin, tidak dapat memahami dan menyelami perasaan ahli-ahli Umno dan rakyat amnya.

Ramai di antara mereka yang berjumpa dengan saya itu adalah ahli-ahli Umno serta pemimpin di peringkat rendahan seperti ketua-ketua bahagian Umno serta jawatankuasa mereka. Ada juga pemimpin peringkat yang tinggi memanggil bertanyakan kenapa saya menyertai pembangkang sedangkan saya telah menyertai Umno selama 40 tahun, lebih lama dari mereka sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan ini saya jawab hanya dengan meluahkan satu dua baris ayat jawapan. Yang paling selalu saya jawap ialah, Umno sudah hilang identitinya samasekali. Saya sudah tidak mengenali Umno lagi. Parti yang disebut sebagai Umno itu sudah tidak rupa Umno lagi. Umno hanya tinggal pada nama tetapi tidak ada rohnya lagi. Umno ibarat kucing dengan tikus. Dulu kucing makan tikus tetapi kucing sekarang takut pada tikus. Kadang-kadang saya menjawab dengan bertanya satu soalan; kenapa saya mesti kekal dalam Umno? Apabila soalan itu dijawab barulah saya boleh menjawab soalan kenapa saya menyertai DAP.

Pemimpin-pemimpin sekarang tidak memahami apa itu Umno sebelum mereka menyertai parti itu. Sampai sekarang mereka tidak memahami apa itu Umno dan mereka jugalah yang menjadi pemimpin parti itu dan mentadbir negara dengan cara yang kita lihat sekarang. Mereka menganggap menyertai Umno dan seterusnya menjadi Menteri dan sebagainya itu merupakan perkara yang “ultimate” bagi mereka tetapi mereka tidak pernah berusaha untuk menjaga apa yang terkandung dalam BAB3 Perlembagaan Parti itu. Read the rest of this entry »

2 Comments

Shahrizat returns from leave with all guns blazing – not slayed the ghost of the “cattle condo” scandal but reared more monsters

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Wanita UMNO leader and Minister for Women, Family and Community Development, has returned from her three-week leave from Cabinet with all guns blazing but instead of slaying the ghost of the RM330 million “cattle condo” scandal, she has only reared more monsters.

When announcing her leave on January 12, Shahrizat said: “I hope the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will be able to investigate whether or not I was involved in any of the decisions made by the government on the NFC in which my husband, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail, is the executive chairman.”

Has Shahrizat been cleared of any impropriety, abuse of power or conflict of interest in the RM330 million NFC “cattle condo” scandal by the MACC?

The answer is in the negative. As the purpose of her Ministerial leave has not been achieved, shouldn’t her Cabinet leave be extended until a clear answer is available?

In the absence of any unequivocal exoneration by the MACC, the only alternative open to Shahrizat is to rebut one by one the many specific allegations of abuses of public funds or her knowledge/complicity, for instance allegations like the RM13.8 million used for purchasing luxury condominiums in Bangsar, RM10 million to purchase a luxury condominium in Singapore, RM3.4 million for plots of land in Putrajaya, RM830,000 for holiday trips, RM530,000 for a luxury car, payment of RM600,000 credit card bill for Shahrizat’s family, etc. Read the rest of this entry »

28 Comments