— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Dec 28, 2011
28 DIS — Isu Shahrizat Jalil dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri Kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini.
Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli Kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk “maid”nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk “maid”nya itu.
Apabila diketahui umum, maka beliau telah meletakkan jawatan kerana beliau telah bertindak secara tidak beretika dalam meluluskan permohonan permit itu. Itu sahaja sebabnya. Begitulah tingginya etika kepimpinan di negara itu.
Sebaliknya di negara kita perkara-perkara yang tidak beretika itu berlaku tanpa hadnya dan jika semuanya mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak beretika itu hari ini, tidak ada seorang pun yang kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini.
Kes NFC dengan Shahrizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Shahrizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam Kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam Umno, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah.
Maksud Shahrizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Shahrizat akan dikeluarkan oleh Najib dari Kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama.
Jamil Khir Baharom, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu.
Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai “immunity” dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam Umno yang kita boleh yakini lagi?
Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika Pakatan Rakyat memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam Kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Shahrizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu.
Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan “bail-out” terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina.
Sebelum itu Pemimpin Utama ini juga telah membuatkan Bank Negara kerugian sebanyak RM36 billion dalam pasaran wang antarabangsa. Saudara Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Treasury Bank Negara telah melaksanakan urusan jual beli wang antarabangsa yang akhirnya telah merugikan negara sebayak RM36 billion. Akhirnya BNM terpaksa menjual harta bagi mengurangkan angka kerugian bank pusat itu dan BNM akhirnya telah mengumumkan kerugian itu hanyalah RM9 billion.
Nor Mohamed Yakcop akhirnya di lantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan setelah melakukan tindakan yang merugikan negara itu dan sekarang ini menjadi Menteri Kanan dalam Kerajaan Persekutuan kita. Awal tahun lepas setiausaha politiknya pula tertangkap dengan tunai sebanyak RM2 million di rumahnya di P Pinang. Tetapi Nor Mohamed Yakcop masih di dalam Kabinet persekutuan kita. Di mana kah etika kepimpinan kita? Apa semuanya ini?
Pemimpin ini selalu mengkritik orang Melayu kerana Melayu hanya mampu jika diberikan tongkat untuk berjaya. Katanya selalu, orang Melayu tidak pandai memajukan diri kalau tidak ada tongkat. Tetapi orang yang berfikir suka hendak bertanya, bagaimana dengan anak-anak beliau yang terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat kegagalan dalam perniagaannya. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi pengaruh politiknya dalam negara inilah yang membolehkan menggunakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.
Oleh yang demikian apa yang di sebut oleh Shahrizat itu ada benarnya: tidak ada pemimpin Umno yang tidfak bermasalah. Kenapa hanya tumpukan kepada isu beliau? Bezanya Shahrizat dengan pemimpin lain yang sama rekodnya ialah, Shahrizat tidak pandai menyorokan kesalahannya dan kesalahan keluarganya.
Yang lain pandai menyorokan kesalahan mereka. Pak Lah pandai menutup apa yang beliau lakukan, Muhyiddin Yassin pandai menutupi apa yang beliau lakukan semasa menjadi MB Johor misalnya. Namakan yang lain dan pasti senarainya amat panjang. Tetapi mereka pandai menutupnya sedangkan Shahrizat tidak pandai menutup perlakuan sumbangnya.
Itulah sebabnya susah bagi Najib atau sesiapa pun untuk mengambil keputusan tegas terhadap Shahrizat. Masing-masing ada lubang besar untuk ditutup. Oleh kerana semuanya bermasalah maka tidak ada siapa di kalangan pimpinan boleh bertindak terhadap Shahrizat dengan mudah.
Kalau rakan-rakan dalam majlis tertinggi dan Kabinet nampak kurap di badan Shahrizat, Shahrizat pun nampak juga perkara yang sama di badan rakan-rakan beliau dalam kerajaan kita. Itulah sebabnya Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin dengan pantas mempertahankan Shahrizat semasa awal isu ini timbul. Sekarang Khairy dan Muhyiddin namapaknya diam sedikit tentang isu ini.
Yang boleh bertindak dengan mudah ialah rakyat. Jika rakyat yang bertindak, bukan sahaja Shahrizat akan mampu di ketepikan malah seluruh jemaah yang menyeleweng semasa mentadbir kita akan dapat di ketepikan.
Rakyat kini mahu hidup dengan selesa tanpa dikelirukan oleh pihak yang memerintah. Cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh BN khususnya Umno selama ini.
Isu Shahrizat ini merupakan cebisan dari cerita besar penglibatan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Rakyat sudah terhidu semuanya. Sampai masanya terbongkarlah segala-galanya. — aspanaliasnet.blogspot.com
#1 by sheriff singh on Thursday, 29 December 2011 - 12:16 pm
‘Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada.’
Amat betul dan tepat sekali.
#2 by SENGLANG on Thursday, 29 December 2011 - 1:42 pm
jauh lagi jauh lagi jika kita nak berbanding dengan negara seperti Britian. Apa makdudnya etika itu oun tidak difahami pemimpin negara kita. Jikanya difahami mereka tidak akan menghiraukanya kerana mereka boleh mengkukuhkan kuasa mereka dengan macam-macam cara pun yang boleh dilakukan oleh mereka. Itu hakikatnya politik di Malaysia.
Kes rasuah dan menyalahgunakan kuasa memang bukan isue-isue yang baru di Malaysia, dan tidak kurang kes-kes yang sedimikian yang terlibat pemimpin pucuk seperti kes lembu ini. apakah lagi kes PKFZ? itu satu kes yang boleh dikata yang terbesar tetapi hanya menteri cabinet yang terlibat itu telah bersara beliau didakwa ke mahkamah.
apa yang boleh rakyat harap kes lembu ini? jamgam harap-harap apa-apa boleh di lakukan.
#3 by dagen on Thursday, 29 December 2011 - 2:55 pm
/// Lima tahun dahulu seorang ahli Kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk “maid”nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk “maid”nya itu. ///
Tak perlu kita pandang sebegitu jauh sampai ke UK. Tengoklah halaman kita sendiri. Bukan kah tak lama dulu anwar ibrahim di dakwa salahguna kuasa sebab beliau dikatakan telah mengarah PRDM membuat siasatan terhadap tuduhan sodomi yg pertama. Arahan tu dikatakan “abuse of power” oleh mahkamah serta hakim umno dan oleh itu beliau pun dipenjarakan, kalau tidak salah saya.
Tapi perempuan mamak ni lain – tak serupa. Walaupun dia seorang melayu celup dia tetap mempunyai hak ketuanan yg penuh. Maknanya perempuan ni ada hak utk membuat segala galanya. Dia power sangat.
#4 by sotong on Thursday, 29 December 2011 - 3:43 pm
They fully understand ethics, moral, integrity, accountability and etc….but they don’t care because they could get away with it.
#5 by Godfather on Thursday, 29 December 2011 - 9:36 pm
Asking this question is like asking why dogs like to lick their b@lls.
#6 by k1980 on Friday, 30 December 2011 - 8:04 am
Yet another condo, this time in Singapore’s Orchard Scotts. When will that RM250,000,000 loan be repaid, if ever?
http://malaysiakini.com/news/185236
#7 by ENDANGERED HORNBILL on Friday, 30 December 2011 - 12:06 pm
“Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam Kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam Umno, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah….”.
JADI apa yang patut dilakukan ialah semua anggota kabinet mesti letak jawatan.
Zat wang ini amat merbahaya jika menetri-menteri menyeleweng.
RESIGN! RESIGN! RESIGN!