Pengucapan bebal disana sini


By Sakmongkol 47 | December 12, 2011
The Malaysian Insider

12 DIS — Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.

Mula saya ingat Muhyiddin Yassin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan Umno mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.

Sana sini orang bercakap. Adakah pemimpin Umno sudah jadi bingung? DAP yang bukan Kristian mahu mengkristiankan orang Melayu? Yang sepatutnya di soalkan orang Melayu ialah mengapa terjadi nya murtad di kalangan orang Melayu? Adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? Mengapa aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu di lemaskan dengan 1,001 program keIslaman?

Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello, yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk ialah orang Muslim dan majoriti Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan sistem pemerintahan dan cara orang Umno berpolitik.

Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk negara ini? Tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik dengan raja2 Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh. Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin Umno dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, Umno sudah cemas dan kebingungan.

Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark Umno dan orang2 yang menyokong nya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi keatas Umno sekarang.

Elok rasanya kita jawab kenyataan Ezam. Apa salahnya jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut di nikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang dimana kekayaan dan nikmat ekonomi di monopoli oleh segelintir orang yang rasuah? Apa salahnya negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awamnya kelas pertama? Dan apa salahnya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat keatas rasuah?

Bila kita bercakap pasal rasuah, di manakah kotak2 yang pernah di laungkan oleh Ezam Mohd Nor yang di katakan mengandungi maklumat mengenai kes2 rasuah oleh pimpinan Umno? Rasuahlah yang merupakan kezaliman yang paling teruk merosakkan orang Melayu. Apabila sesebuah negara rasuah, amat sukarlah untuk pemimpin yang berada dalam sistem tersebut, melakukan perubahan.

Tidakkah kamu lihat apa jadi kepada orang Melayu di Singapura? Maka saya jawab apa yang terjadi kepada mereka? Walaupun kita enggan mengakuinya, pandangan dunia Melayu Singapura berbeza dengan pandangan Melayu Malaysia. Orang Melayu Singapura sedar bahawa mau tidak mahu, mereka terpaksa cultivate diri dengan ciri2 menjayakan diri melalui kerja keras dan mengelokkan diri dari segi mental. Orang Melayu Singapura merupakan hanya 15 peratus dari penduduk di sana. Mustahillah suatu kumpulan minoriti dapat menguasai kumpulan yang majoriti. Apatah lagi jika yang majoriti juga kuat dari segi ekonomi dan dari segi mempunyai kelompok kuasa intelek yang lebih tinggi.

Bahkan apa yang terjadi keatas orang Melayu di Singapura patut menjadi peringatan dan pengajaran kepada orang Melayu Malaysia. Satu bangsa yang meletakkan masa depan mereka keatas kepercayaan mutlak dalam tangan orang lain hanya menempah masa depan yang sengsara. Orang Melayu Singapura sepatutnya mengingatkan orang Melayu di Malaysia peri pentingnya bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

Dan orang Melayu di Singapura, mengingat kita di Malaysia, kita mesti menolak pemimpin yang bodoh. Kita mesti tolak pemimpin yang rasuah. Orang Melayu Singapura mentertatwakan orang Melayu Malaysia sebab sejak 13 tahun kebelakangan ini, orang Melayu Malaysia di penjarai oleh soal seks pemimpin Melayu lain. Bangsa lain hendak maju, kita asyik obsess dengan citarasa seks Anwar Ibrahim. — sakmongkol.blogspot.com
________
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

  1. #1 by k1980 on Tuesday, 13 December 2011 - 11:03 am

  2. #2 by sotong on Tuesday, 13 December 2011 - 1:05 pm

    Malays must do their best not rely on government welfare/assistance….it’s damaging in the long term, creating a culture of dependency and not fully realise their full potential and ability.

You must be logged in to post a comment.